Tahniah diucapkan buat pelakon, Raysha Rizrose yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka seorang bayi perempuan semalam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh kakaknya, Nelydia Senrose di Insta Story.
Menerusi hantaran tersebut, Nelydia meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak saudaranya itu.
“Adik yang selalu ikut ke mana-mana dan bergaduh bersama sebelum ini sudah melahirkan seorang bayi.
Ads
“Alhamduillah atas segala nikmat yang kami sekeluarga terima ini.
“Semoga Allah sentiasa menghujani keluarga ini dengan penuh barakah dan penuh kasih sayang,” katanya.
Ads
Sementara itu, Nelydia berkata dia yakin bahawa Raysha dan suaminya, Nabil Jeffri mampu menjadi ibu bapa yang terbaik serta mendedahkan nama panggilan bayi tersebut iaitu Baby R.
Ads
“Saya dan suami tahu mereka akan jadi ibu bapa yang hebat kepada bayi ini.
Sepasang suami isteri maut manakala anaknya berusia tiga tahun patah kaki apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan selepas pasangan itu selesai mengundi dalam kejadian di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.08 tengah hari melibatkan kereta Perodua Alza dinaiki tiga beranak itu dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.
“Hasil siasatan mendapati mangsa yang menaiki Perodua Alza dalam perjalanan ke Skudai, Johor Bahru setelah selesai mengundi di Lok Heng dekat sini.
“Perodua Alza tersebut yang menghala ke Johor Bahru terbabas semasa melalui selekoh dan berpusing di laluannya sebelum masuk ke laluan bertentangan menghala ke Mersing.
“Perodua Alza itu kemudian bertembung Toyota Hilux tersebut dalam keadaan jalan basah akibat hujan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Alza iaitu lelaki berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 31 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya patah kaki kanan.
Sementara pemandu Toyota Hilux berkenaan yang berusia 60 tahun katanya, tidak mengalami kecederaan.
Menurut Hussin, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Normak berkata, seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
Mohd Rafi berkata, pasangan suami isteri terbabit tersepit di tempat duduk masing-masing.
“Anak mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum bomba tiba. Bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dengan peralatan khas.
“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Usahawan berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri menerima kejutan yang paling istimewa daripada isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Aliff menerima sebuah kereta mewah berjenama Ferrari sebagai hadiah perkahwinan mereka.
Tambah Alif lagi, kereta Ferrari berwarna merah itu juga dipilih sendiri oleh isterinya.
Menurut Aliff, dia sudah lama mengimpikan kereta mewah berkenaan namun, tidak menyangka isterinya akan memberi kejutan kepadanya sebagai hadiah.
“I love you sayang. Tak sangka isteri saya kejutkan saya sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-17.
“Sebenarnya lama saya idamkan kereta Ferarri terbaru ini,” katanya.
Aliff memberitahu hasart untuk memiliki kereta idamannya itu selama ini terbantut apabila memikirkan keadaan ekonomi ketika ini.
“Bila fikir balik dengan anak ramai tak sesuai. Komitmen makin tinggi bila anak dah remaja dan ekomoni pun tak stabil tapi terkejut dapat hadiah,” kongsinya lagi.
Walau bagaimanapun, Aliff sangat berterima kasih kepada isteri tercinta kerana melakukan kejutan yang paling bermakna ini.
Menerusi video yang dikongsikan, anak-anak Aliff turut kelihatan teruja sewaktu melihat dan menaiki kereta tersebut.
Indra anak Siti Saleha akhirnya diperkenalkan kepada umum selepas hampir sebulan pelakon itu selamat melahirkan cahaya mata sulungnya. Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian peminat yang tidak sabar melihat wajah si kecil yang menjadi pelengkap rumah tangga aktres popular itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 36, memuat naik beberapa foto yang merakamkan sesi fotografi bersama anak dan suaminya.
“Assalamualaikum, Indra ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Tapi Indy tak puasa tau,” katanya di ruangan kapsyen pada Ahad.
Menariknya lagi, dalam hantaran yang itu juga, kelihatan suami Saleha iaitu Joshua Fitton tampil dengan imej baru iaitu berambut pendek.
Sementara itu di ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan Indra dan wajahnya yang kelihatan seperti anak mat salleh. Ramai yang teruja melihat gabungan wajah ibu dan bapanya yang menyerlah pada raut wajah si kecil tersebut.
Ada juga peminat yang menyifatkan Indra sebagai bayi yang sangat comel dan memiliki mata yang cantik. Tidak kurang juga yang mendoakan agar anak pasangan ini membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh.
Kehadiran Indra anak Siti Saleha dalam kehidupan pasangan ini pastinya memberi sinar baharu dalam rumah tangga mereka. Selepas mengumumkan kelahiran sebelum ini, ramai peminat ternanti-nanti untuk melihat wajah penuh bayi sulung pelakon berkenaan.
Perkongsian terbaharu ini sekali gus menjawab rasa ingin tahu peminat yang setia mengikuti perkembangan pelakon tersebut sejak mendirikan rumah tangga sehingga bergelar ibu.
Untuk rekod, Saleha mendirikan rumah tangga dengan Joshua pada 15 Februari 2025.
Saleha berkongsi khabar gembira menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada 13 Januari.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.