Tahun kedua si kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya menyambut Aidilfitri tanpa ibu tercinta. Biarpun tanpa kehadiran seorang ibu, Safiya dan Sofiya tetap merasai kegembiraan menyambut hari raya seperti kanak-kanak lain.

Menggayakan baju kurung yang disediakan oleh abinya ternyata gelagat mereka sentiasa menjadi perhatian ramai.

Tahun Ke-2 Safiya & Sofiya Beraya Tanpa Ibu. Nanti Kamu Pasti Bangga Pengorbanan Ibumu! 

Bagi sesetengah pihak, menyiapkan keperluan anak-anak biasanya diserahkan pada isteri namun bagi Syazwan Najmi Zulkarni, semua itu atas tanggungjawabnya.

Melihat amanah isteri ini membuatkannya lagi semangat untuk membesarkan mereka. Lagi-lagi sekarang kedua-duanya makin panjang akal dan sentiasa buatkan hati terhibur.

Tahun Ke-2 Safiya & Sofiya Beraya Tanpa Ibu. Nanti Kamu Pasti Bangga Pengorbanan Ibumu! 

Menerusi perkongsian Syazwan di Facebooknya, dia berkongsi gambar hari raya sekeluarga di mana gelagat si kembar memakai baju kurung sedondon sambil membawa ‘handbag’.

IKLAN

Gambar tiga beranak ini dirakam berdekatan dengan rumah mereka dan masing-masing disiapkan dengan kemas sekali apabila abinya membuat tocang pokok kelapa pada rambut Safiya dan Sofiya.

Tahun Ke-2 Safiya & Sofiya Beraya Tanpa Ibu. Nanti Kamu Pasti Bangga Pengorbanan Ibumu! 

Muat naik gambar tersebut juga menunjukkan Syazwan bersyukur masih diberi peluang menjaga anak perempuannya dan sentiasa meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Sebelum ini media melaporkan arwah isteri Syazwan, Siti Nur Nasuha Shafie, 23, meninggal dunia selepas melahirkan bayi kembar perempuan mereka 31 Mac 2020. Pemergian arwah isteri tanpa apa-apa pesan itu sungguh mengejutkan ditambah pula dengan kehadiran anak kembar.

IKLAN

Tahun Ke-2 Safiya & Sofiya Beraya Tanpa Ibu. Nanti Kamu Pasti Bangga Pengorbanan Ibumu! 

Namun kecekalan hati Syazwan yang menjaga amanah isteri itu sentiasa mendapat  sokongan kedua-dua belah keluarga. Bukan itu saja, kisah bapa muda ini juga telah mendapat perhatian pihak istana Kelantan ketika si kembar ini berusia 5 bulan.

Kunjungan pasangan diraja, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson ke kediaman Syazwan benar-benar buatkannya lagi bersemangat.

IKLAN

Tahun Ke-2 Safiya & Sofiya Beraya Tanpa Ibu. Nanti Kamu Pasti Bangga Pengorbanan Ibumu! 

Pada kunjungan tersebut, Tengku Mahkota berpesan kepadanya agar menjaga dua amanah itu dengan baik dan tabah dalam membesarkan mereka malah jangan keberatan untuk memaklumkan jika mempunyai sebarang masalah.

Semoga Medina Safiya dan Medina Sofiya terus membesar dengan sihat dan sentiasa menjadi bidadari buat abi dan ibu yang menunggu mereka di syurga.

Kredit: Mie Mie

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI