Ibu bapa mana yang tak gembira melihat anak yang sebelum ini sakit kini semakin sihat. Begitulah yang dirasai oleh Lana Nodin apabila dia meluahkan rasa syukur kerana anak keduanya, William Daud Mckienzie telah menyambut ulang tahun kelahiran pertama sekali dengan anak sulungnya, Gia.
Lana juga gembira kerana keadaan kesihatan anaknya yang mesra disapa Billy itu semakin baik.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“Syukur pada Ilahi, tahun lalu pada tarikh ini, Allah SWT berikan ujian yang sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga, dan pada tarikh ini juga, Alhamdulillah, Allah SWT berikan nikmat untuk menyambut tahun pertama bersama kami.
Ads
“Terima kasih Allah SWT dengan anugerah ini, anakku ini semakin sihat dan terima kasih juga kerana memberiku peluang untuk ku menjaganya yang pernah ku merayu dan ku mohon pada-Mu, dan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak saya, terima kasih semua.
“Selamat hari lahir anakku, semoga jadi anak yang soleh dan beriman.. Amin, we love you Billy Boy,” tulisnya sebagai kapsyen.
Ads
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Lana mengucapkan selamat hari lahir kepada Billy dan mendoakan kesihatan yang baik untuknya.
Menerusi perkongsian Gempak, difahamkan sejak dilahirkan, Billy telah menjalani prosedur ‘baloon valvuloplasty’ disebabkan masalah injap sempit (aortic stenosis), namun tahap kesihatannya kini semakin baik.
Baru-baru ini, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir telah selamat menimang cahaya mata ketujuh pada penghujung tahun 2021. Khabar gembira ini dikongsikan di media sosial dengan mengucapkan rasa syukur diatas kelahiran bayi tersebut.
“Anak ke-7 saya ni adalah anak istimewa”
Terbaru setelah hampir beberapa bulan kelahiran anak ketujuhnya, Faizal Tahir baru sempat bercerita berkenaan anak perempuannya yang lahir pada Disember 2021.
Menurut Faizal, dia dan isteri telah dikurniakan seorang anak istimewa yang diberi nama Maryam Tahirah binti Ahmad Faizal selepas mempunyai tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Tambahnya lagi, kelahiran Maryam ini sangat istimewa kerana telah disahkan sebagai ‘anak syurga’ yang mempunyai sindrom down.
Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak berasa terbeban dan telah bersedia mental, fizikal sejak doktor mengesan beberapa komplikasi terhadap kandungan isterinya.
“Salah satu benda yang baru untuk tahun 2022 ini adalah kelahiran anak ke-7 yang diberi nama Maryam Tahirah.
“Maryam ini adalah anak kami yang Allah beri keistimewaan, yang sangat-sangat special kepada kami sekeluarga kerana sejak dalam kandungan doktor dah dapat detect beberapa masalah komplikasi kemudiannya diconfirmkan sebagai Tetralogy of fallot (TOF). Maknanya dia punya campuran darah dengan oksigen tu tak bagus apa semua. Masa tu dah dapat tahu lah memang nak kena operate jantung Maryam,” kongsinya.
Ahli keluarga, rakan-rakan tak henti beri kata semangat
Faizal yang merupakan aktivis kemanusiaan juga mengakui yang dia tidak pun menyorok hal tersebut dan sering berkongsi keadaan anaknya kepada sahabat handai, rakan sekerja serta ahli keluarga.
Apa yang membuatkannya lebih selesa menerima ‘anak syurga’ itu adalah kata-kata positif daripada semua pihak yang tak henti-henti memberikan semangat buatnya sekeluarga.
“Seluruh ahli keluarga kami pun dah diberitahu mengenai hal ini dan tak sangka jawapan yang diterima sangat positif sehingga buatkan kami rasa kuat menghadapinya,” kongsinya.
Perkongsian Faizal menerusi Instagram dan sangat positif menerima takdir Allah dengan berlapang dada ini sangat memberikan inspirasi kepada orang ramai.
Rata-rata warganet mendoakan agar Faizal dan keluarga terus semangat dalam menempuhi kehidupan baru bersama Maryam yang pastinya memberikan mereka seribu satu keistimewaan di dunia dan di akhirat.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak dilahirkan pada 6 Ogos lalu, anak bongsu pelakon dan pelawak popular, Shuib, 37, iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, dua hari lalu.
Berat makin naik, perkembangan baik
Shuib berkata, selepas dikeluarkan dari inkubator, perkembangan ditunjukkan Ayash yang berusia 20 hari itu sangat baik.
“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib). Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya.
Baru-baru ini Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri.
“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Shuib sebelum ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).
Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah, tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi, maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik.
Namun, adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi anda?
Beberapa langkah pencegahan mudah boleh memastikan si manja anda selamat semasa anda mengendongnya.
Sebelum mengendong bayi, baca dahulu arahan yang disertakan pada anduh bayi dengan teliti. Paling utama, periksa berat minimum pada anduh sebelum meletakkan bayi baru lahir anda di dalamnya. Ini kerana, bayi yang mempunyai berat kurang daripada 2.5kg berisiko untuk lemas di dalam anduh
Semasa mengendong bayi, pantau aliran udara bayi supaya tidak terhalang. Anda perlu memastikan muka si manja tidak ditutupi dengan anduh dan pantaunya sepanjang masa
Berhati-hati semasa dan selepas penyusuan. Jika anda menyusukan bayi di dalam anduh, pastikan anda ubah posisi bayi selepas menyusukannya supaya kepalanya dapat menghadap muka dan tubuh anda
Begitu juga jika anda ingin menunduk semasa sedang mengendong bayi. Jika anda ingin menunduk untuk mengambil barang atau sesuatu, bengkokkan lutut anda dahulu. Jangan menundukkan pinggang anda jika ingin mengambil barang yang terjatuh. Ini adalah bagi memastikan bayi anda terletak selamat di dalam anduh
Kerap perhatikan bayi. Pastikan bayi anda kekal berada pada posisi yang selamat
Sebelum mengendong bayi, sentiasa periksa dahulu anduh. Pastikan tali dan kain anduh dalam keadaan baik sebelum meletakkan bayi anda
Gunakan anduh bayi yang sesuai dengan berat dan umur si manja
Walau bagaimanapun, anduh boleh jadi merbahaya pada bayi, jika bayi mengalami keadaan di bawah:
Fabrik anduh menekan hidung dan mulut bayi menyebabkan bayi sukar untuk bernafas dan lemas. Ini berlaku apabila anda meletakkan bayi baru lahir pada anduh. Bayi baru lahir mempunyai otot leher yang lemah dan mereka belum boleh menyeimbangkan kepala.
Jika bayi diletakkan pada posisi dagu mereka menunduk ke dada orang yang mengendongnya, tidak kiralah ibu ataupun bapa. Posisi sebegini akan mengehadkan aliran udara dan bekalan oksigen bayi, serta menghalang bayi untuk menangis meminta tolong dan bayi juga akan lemas.
Bayi yang lahir pramatang dan mengalami berat badan kurang daripada 2.5 kg berisiko lemas jika diletakkan dalam anduh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.