Tahniah diucapkan kepada pelakon dan ahli perniagaan, Hairi Safwan yang menyambut kelahiran puteri sulung, pada jam 2.52 13 Ogos yang lalu.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
menurut laporan Berita Harian, Hairi bersyukur bayi yang dinantikan seisi keluarga, selamat dilahirkan isteri, Fara Afiza Azman.
“Alhamdulillah, anak perempuan ini dinantikan keluarga saya sejak sekian lama. Ini kerana dalam keluarga saya, lebih ramai lelaki berbanding wanita.
“Jadi kehadiran bayi ini cukup dinantikan. Alhamdulillah, anak ketiga saya cukup sifat dan sihat. Ibunya stabil dan menjalani proses berpantang…. Semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Ads
Sebelum ini, Hairi mempunyai dua anak lelaki iaitu Arif Haikal dan Azad Hakim.
“Jadi, lengkaplah keluarga kami. Namun, jika ada rezeki pada masa depan, saya tidak menolak. Apa-apapun tanya isteri saya dahulu. Kalau dia okay, saya lagilah okay,” katanya.
Ads
Hairi dilihat turut memuat naik posting di Instagram miliknya dengan kapsyen yang pendek tetapi amat bermakna.
Saat seorang ibu menatap wajah kecil yang baru lahir, tiada kata lain selain syukur dan bahagia. Bau bayi yang masih suci, sentuhan lembut di pipi semua itu terasa seperti anugerah paling indah.
Tapi, di sebalik rasa gembira tu, ada juga kerisauan yang sering menghantui bila kulit dan mata bayi mula kelihatan kekuningan. “Normal ke ni? Bahaya ke tak?” soalan yang selalu bermain di fikiran ibu baru.
Ramai ibu bapa anggap kuning bayi (jaundis) adalah sesuatu yang biasa. Tapi jika bacaan terlalu tinggi atau berlarutan, ia boleh menjejaskan fungsi otak dan tumbesaran anak. Kuning bayi bukan sekadar perubahan warna kulit, tetapi boleh menjadi tanda awal masalah kesihatan yang serius.
Pemeriksaan awal sangat penting untuk pastikan tahap jaundis selamat dan terkawal.
Kuning bayi ialah keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kekuningan akibat peningkatan bilirubin dalam darah. Ia sangat biasa berlaku — hampir 50% bayi akan alami jaundis dalam minggu pertama kelahiran.
Kalau bayi masih kuning bayi selepas 14 hari, itu dinamakan Prolonged Jaundice. Ada banyak punca — bukan semata-mata kerana susu ibu seperti yang sering disalah anggap.
Ramai ibu menyusu kecewa bila disuruh berhenti menyusu atau menambah susu formula, sedangkan sebenarnya susu ibu membantu menurunkan jaundis jika bayi menyusu dengan kerap.
Yang penting, doktor perlu periksa punca sebenar — sama ada disebabkan kekurangan enzim G6PD, jangkitan, atau masalah hati.
Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, bacaan bilirubin, Hb dan platelet perlu dipantau jika jaundis berlarutan. Kadang-kadang bacaan tersebut boleh beri petunjuk sama ada bayi sedang alami pemecahan sel darah merah (hemolisis) atau jangkitan.
Kuning bayi mungkin nampak biasa, tapi ibu bapa kena peka dengan perubahan anak. Kalau bayi terlalu lemah, mengantuk, atau kuning cepat merebak — jangan tunggu, terus ke klinik untuk pemeriksaan.
Kerana bagi seorang ibu, tiada yang lebih berharga daripada memastikan bayi kecil itu sihat, aktif dan membesar dengan sempurna.
Tiga bulan pertama menjaga bayi yang baru lahir banyak cabarannya. Salah satunya adalah kemungkinan si kecil mama kerap berjaga malam dan tidurnya yang kurang lena. Bukan sahaja perlu bangun untuk menyusukan bayi, malah berdepan pula dengan bayi yang tidurnya tak nyenyak.
menurut Konsultan Tangisan dan TIdur Bayi, Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, kaedah, corak dan proses tidur bayi yang berusia 3 bulan ke bawah adalah berbeza daripada bayi yang berusia 4 bulan ke atas. baru sahaja mengenali dunia, pasti sahaja bayi mama juga sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Nak tahu bagaimana caranya untuk tidur baby 0-3 bulan yang lena, ikuti perkongsian Pn Uswatun ini:
Kaedah, corak dan proses tidur bayi newborn 0-3 bulan BERBEZA dengan bayi 4 bulan ke atas.
Ya BERBEZA ya !
Kita tengok bayi newborn pun tak sama dalam banyak hal bila dibandingkan dengan bayi yang lebih berusia.
Jadi, tentulah cara tenangkan dan tidurkan mereka juga lain dan ada cara khasnya.
Berita baiknya, kaedah tidur kan bayi newborn LEBIH straight forward berbanding bayi lebih berusia!
Ini kerana bayi newborn BELUM ada kematangan otak untuk ‘sabotaj’ tidur, buat drama dan tantrum elak masuk tidur, belum lasak : memanjat, naik turun katil serta keluar masuk bilik, serta belum mudah terganggu atau excited dengan suasana sekeliling.
Tapi, bila ibubapa tak tahu cara, 3 bulan pertama boleh jadi tempoh paling sukar mengurus anak
…kerana dalam masa yang sama, ibubapa perlu beradaptasi dengan jadual bangun menyusu hampir setiap 2 jam sekali, badan yang belum pulih sepenuhnya dari proses hamil dan melahirkan serta ibu masih dalam proses membiasakan diri dengan amalan penyusuan ibu.
Ujian Apgar ialah ujian yang dilakukan bagi menentukan sama ada bayi baru lahir memerlukan bantuan perubatan seperti pernafasan selepas dilahirkan. 5 perkara ini mama papa perlu tahu.
Selepas dilahirkan keadaan bayi anda amat kecil dan seluruh tubuhnya diselaputi oleh bahan berminyak putih yang dikenali sebagai verniks. Sebaik dilahirkan dan disambut, bayi akan diperiksa oleh pakar pediatrik. Ujian yang dilakukan dikenali sebagai Apgar.
Terdapat beberapa kriteria akan diperiksa seperti tindak balas, aktiviti otot (tone muscle), pernafasan, degupan jantung dan warna kulit akan diperiksa.
Menurut Pakar Pediatrik Avisena Specialist Hospital, Dr Roliza Ibrahim, ujian Apgar dilakukan di peringkat awal untuk mengetahui sama ada bayi memerlukan pemeriksaan lanjut atau tidak. Dalam ujian Apgar, doctor akan membuat skor semasa melakukan pemeriksaan. Skor paling tinggi adalah 10 untuk lima jenis pemeriksaan.
Ujian Apgar akan menentukan sama ada bayi memerlukan rawatan oksigen atau bantuan pernafasan pada masa itu. Jika skor Apgar kurang daripada 5, mungkin bayi perlu diberi oksigen, bantuan pernafasan atau CPR. Jika skor lebih daripada 5, doktor hanya akan mengesat dan membersihkan bayi.
Bila skor rendah ia tidak semestinya menunjukkan bayi sakit. Ini kerana ada sesetengah ibu yang telah diberi ubat pelali beberapa jam sebelum bersalin. Jadi bayi akan sedikit sebayak terpengaruh daripada kesan ubat tersebut.
Doktor akan memberi ubat pada bayi, dan selepas itu dia akan menangis menandakan keadaannya tiada masalah.
Bayi yang lahir pramatang akan dijangkakan mendapat skor Apgar yang tidak tinggi.
“Bila buat ujian Apgar ia hanya memberi panduan sama ada perlukan tindakan ketika itu atau tidak tetapi tidak semestinya bayi itu tidak sihat dan akan menghadapi masalah kesihatan. Tetapi jika skor apgar terlalu rendah, doktor boleh agak sama adabayi boleh terus hidup atau tidak,” kata Dr Roliza.
Jika berwarna biru atau pucat, skor yang diperoleh 0. Jika biru di hujung kaki tangan tetapi badan berwarna merah jambu, skor adalah 1 dan jika keseluruhan badan berwarna merah jambu maka skornya adalah 2.
Jika tiada degupan semasa skor Apgar dilakukan, doktor akan pegang pada tali pusat untuk periksa degupan, jika masih tiada maka skornya adalah 0. Sekiranya degupan perlahan iaitu kurang daripada 100 per minit, skor ialah 1 dan jika degupan jantung lebih daripada 100 per minit, skor ialah 2.
Jika bayi keluar tidak bernafas, skor ialah 0. Ada bernafas tetapi perlahan, skornya 1 dan jika bayi terus menangis dan bernafas elok maka skornya 2.
Jika lembik, skornya 0. Sekiranya ada gerakan di hujung kaki tetapi badannya lembik, skor adalah 1. Jika keluar bayi menangis, kaki dan tangan bergerak aktif maka skor ialah 2.
Bayi baru lahir dipenuhi air, jadi doktor akan menyedut hidung dan mulut menggunakan tiub suction. Jika bayi diam semasa disedut, skornya 0. Jika bayi menunjukkan mimik muka maka skornya 1. Jika semasa disedut, bayi batuk atau bersin maka skornya 2.
Jika jumlah skor Apgar keseluruhan bayi tiada masalah maka dia tidak memerlukan rawatan selanjutnya.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.