Kebelakangan ini kebanyakan tadika mengadakan hari sukan sekolah yang melibatkan kanak-kanak dari usia 4-6 tahun terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik. Bagusnya hari sukan sekolah ini adalah kerana kesemua murid akan terlibat dan dapat meningkatkan kemahiran sosial serta dapat merangsang sensori serta kekuatan otot dan memori mereka.
Pelakon cantik, Shakilla Khoriri baru-baru ini berkongsi video anaknya yang terlibat dengan sukan sekolah. Ameena Sofia dilihat begitu aktif dan dapat memahami setiap arahan untuk melengkapkan tugasan yang telah ditetapkan.
Ads
Pada awalnya Ameena dan rakan-rakan membuat senaman ringkas untuk warming up dan kemudian aktiviti sukan pun bermula. Antara aktiviti yang dilakukan si comel itu adalah seperti berlari, memanjat, menyelesaikan puzzle dan banyak lagi.
Di penghujung video, Ameena bersama rakan-rakan telah diberikan pingat dan kelihatan sangat gembira dengan aktiviti pada hari tersebut. Malah menurut Shakilla, tahun ini Ameena lebih matang dan tiada drama air mata seperti tahun lepas.
Memang seronok bila tengok anak-anak melaksanakan tugasan serta terlibat dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sebenarnya pada hari sukan beginilah ibu ayah dapat melihat perkembangan anak-anak serta skil komuniksi mereka bersama para guru dan rakan-rakan. Good job, Ameena!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila cuti sekolah menjelma, soalan klasik pun muncul “Nak bawa anak ke mana hujung minggu ni?” Kalau ibu ayah tengah mencari aktiviti yang senang, menyeronokkan dan semua orang boleh enjoy tanpa drama, menonton wayang selalunya jadi jawapan paling selamat.
Tambah pula kalau pawagam tu baru berwajah baharu dan penuh dengan pengalaman menarik. Ya, GSC 1 Utama kini kembali dibuka dan ia bukan sekadar pawagam biasa.
GSC 1 Utama tampil dengan nafas baharu lengkap dengan 13 dewan dan hampir 1,600 tempat duduk. Setiap ruang direka untuk beri pengalaman menonton yang lebih selesa dan immersive, sesuai untuk semua lapisan umur.
Daripada pasangan yang nak date night, geng kawan kaki movie, hinggalah keluarga dengan anak kecil, semuanya ada tempat sendiri.
“Di GSC, kami komited untuk menyampaikan pengalaman hiburan menyeluruh yang sedia menuju ke masa depan, merangkumi keterlibatan, seiring dengan trend yang sentiasa bergerak dan kenangan yang tercipta.” – Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Cik Koh Mei Lee.
Kalau ibu ayah teringin nak layan movie dengan suasana eksklusif dan tenang, GSC Hong Leong Bank Prestige Hall memang kena dengan jiwa. Hanya 30 tempat duduk boleh laras yang super selesa, siap port USB untuk cas telefon, ruang peribadi yang terasa premium dan setiap tiket datang dengan bertih jagung percuma.
Nak tambah snek pun senang, imbas kod QR dan pesanan dihantar terus ke tempat duduk. Bunyi Dolby yang padu dan visual laser yang tajam buat rasa macam masuk dunia filem tu sendiri.
Bagi yang sukakan filem aksi atau animasi penuh visual hebat, GSC Hong Leong Bank BIG Hall memang direka untuk pengalaman maksimum. Kerusi baring mewah, projektor 4K dan bunyi Dolby Atmos buat setiap babak terasa hidup. Dengan kapasiti yang lebih intim, setiap tempat duduk rasa macam seat terbaik dalam dewan.
Ini bahagian yang ramai ibu ayah tunggu. GSC PlayPark direka khas untuk keluarga dengan anak kecil, gabungan menonton dan bermain dalam satu lokasi. Ada kawasan permainan bersebelahan, bilik menyusu, bilik persalinan bayi dan tandas mesra kanak-kanak. Walaupun dewan tayangannya masih belum dibuka buat masa ini, konsepnya sendiri sudah cukup buat ibu ayah tersenyum dan rasa difahami.
Nak rasa kerusi bergerak ikut aksi, angin dan bauan ikut babak? Atau nak tengok filem dengan paparan panorama 270 darjah? GSC 1 Utama juga menempatkan dewan 4DX dan ScreenX yang diubah suai semula, menjadikan setiap tayangan satu pengalaman yang sukar dilupakan, bukan sekadar duduk dan tengok.
Bahagian paling buat hati berbunga, ada banyak promosi menarik untuk pemegang kad Hong Leong Bank. Diskaun tiket, potongan harga snek, bertih jagung percuma dan kempen Kids Eat Free memang membantu ibu ayah yang nak berjimat tapi tetap nak beri pengalaman terbaik untuk anak-anak.
Tambah pula promosi Frenzy Friday dengan pulangan tunai bila makan di 1 Utama, memang sesuai untuk rancangan hujung minggu keluarga.
GSC 1 Utama yang baharu ini bukan sekadar tempat menonton filem, tapi ruang untuk cipta memori bersama orang tersayang. Dari gelak tawa anak-anak, popcorn yang dikongsi, sampai saat senyap bila babak klimaks muncul, semuanya jadi kenangan kecil yang manis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit kepala adalah masalah kesihatan yang biasa, tetapi dengan lebih dari 150 jenisnya, setiap jenis mempunyai punca dan gejala yang berbeza.
Empat jenis sakit kepala yang paling umum migrain, sakit kepala tegang, sakit kepala kluster, dan sakit kepala sinus serta bila anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor.
Mengetahui perbezaan antara jenis sakit kepala ini boleh membantu anda mendapatkan rawatan yang tepat dan mencegah masalah kesihatan yang lebih serius.
Menurut Public Health Malaysia terdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang mempunyai karakteristik, punca, dan rawatan yang berbeza. Di bawah ini, kita akan melihat 4 jenis sakit kepala yang paling umum:
Migrain
Migrain dicirikan oleh sakit kepala berdenyut yang biasanya terjadi di satu bahagian kepala. Ia sering diiringi oleh loya, muntah, dan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Penghidap migrain mungkin mengalami gangguan penglihatan yang dikenali sebagai aura sebelum serangan sakit kepala bermula.
Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)
Sakit kepala tegang adalah yang paling biasa berlaku dan dirasai seperti tekanan atau ketegangan di sekitar kepala. Ia sering disebabkan oleh tekanan atau ketegangan otot di leher dan bahu. Sakit kepala ini biasanya tidak disertai dengan gejala lain seperti loya.
Sakit Kepala Kluster (Cluster Headache)
Sakit kepala kluster adalah jenis sakit kepala yang sangat menyakitkan dan sering digambarkan sebagai rasa terbakar atau menikam di satu bahagian kepala, biasanya sekitar mata. Gejalanya mungkin termasuk mata merah, berair, dan hidung tersumbat pada bahagian yang sakit. Serangan sakit kepala kluster boleh berlaku beberapa kali sehari dalam tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.
Sakit Kepala Sinus (Sinus Headache)
Sakit kepala sinus disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada sinus. Gejalanya termasuk sakit di wajah, hidung tersumbat, dan kadangkala demam. Kesakitan ini sering bertambah teruk apabila anda menundukkan kepala atau bangun dari tidur.
Anda perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala berikut:
Sakit kepala yang tiba-tiba dan sangat teruk.
Kanak-kanak yang sering mengadu sakit kepala.
Sakit kepala disertai dengan gangguan penglihatan, kekeliruan, hilang keseimbangan, atau masalah pertuturan.
Sakit kepala dengan rasa kebas atau lemah.
Sakit kepala yang disertai demam, sawan, atau pengsan.
Sakit kepala dengan ketegangan di tengkuk dan ruam.
Maryam Durian Kimchi Sebak Bila Rina Minta Dukung,”Omma Boleh Dukung Rina Ke? Baby Tak Sakit Ke?” Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi kini sarat hamil lapan bulan. Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini hamil anak kedua. Usia kandungan sudah memasuki 33 minggu.
Seperti ibu hamil yang lain, ketika hamil ramai yang mengelak untuk mengangkat benda berat termasuk mendukung anak. Tidak terkecuali dengan Maryam. Sejak hamil anak kedua, dia tidak lagi ‘berani’ mendukung anak sulungnya, Rina. Situasi ini membuatkan Maryam tersentuh hati.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...