Tak Ada Garam, Gula Dan Perasa, Kerepek Lemak Buat Kudap-Kudapan Anak!

Share

Cuti hujung minggu ini apa agaknya menu istimewa buat anak-anak dan suami? Ketika menyediakan minum petang jangan pula dilupakan si comel yang juga punya citarasanya sendiri dalam memilih makanan. Apa pilihan untuk bayi comel kita? Kerepek lemak manis ini patut mama cuba untuk kudapan si comel anda.

Resipi perkongsian Puan Nurul Hanim Omar menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini paling sihat kerana tidak mengandungi sebarang penambahan garam, gula juga perasa. Hanya gabungan susu dan santan yang menaikkan rasa. Anak 8 bulan pun boleh makan. Sedap!

 

 

Kerepek Lemak untuk anak bujang Hakimi & Hakim. Melt dalam mulut ye. Akim 8m 10d takde gigi pun bole makan. Selamat mencuba. In sha Allah sangat sedap lemak manis santan kelapa. Ibu pun suka buat kudap-kudap. No Sugar No Salt No MSG.

Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
125gm unsalted butter
4 sd susu tepung full cream/fresh milk
1/2 cawan santan segar/susu
Air sejuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Daun kari *optional

Satukan tepung jagung, tepung gandum, susu tepung dan buatkan lubang di tengah-tengah.

Cairkan butter dan tuangkan di tengah campuran tepung tadi. Gaulkan guna sudu (jangan guna tangan sebab butter tu panas.)

Masukkan santan dan gaulkan sebati. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli hingga doh tak melekat di tangan.

Panaskan minyak. Sementara itu canaikan doh nipis-nipis dan potong ikut bentuk yang dikehendaki.

Goreng dalam minyak penuh guna api perlahan je sampai golden brown bersama daun kari. Toskan dan simpan dalam bekas.

P/s: Tak letak santan pun bole cuma kurang lemak rasanya

IKLAN