Sama seperti kita, anak yang masih kecil pun inginkan makanan yang enak seperti yang disediakan buat kita. Pun begitu tanggungjawab mengawal kandungan gula dan garam buat anak kecil kita di bawah usia dua tahun jangan dilupakan.

Biarpun tanpa garam dan gula namun ibu ini, Puan Sazna Najihah masih boleh menyediakan menu enak lagi lazat buat anaknya, Nashif Furqan. Semuanya sedap-sedap belaka malah beliau sentiasa menjaga bagi memastikan hanya makanan sihat disediakan buat anaknya. 23 jenis resipi yang dikongsikan buat kita kagum. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Jom cuba.

 

I share my joyness as a Master Chef to Nadhif Furqan.

Mudahan Ummi Nadhif istiqamah untuk masak ‘healthy food’ untuk anak Ummi. Alhamdulillah, Nadhif dah masuk 10 bulan dan setiap masakan Nadhif masih bebas gula dan garam.

Walaupun tanpa garam, gula atau MSG tapi menu Nadhif lazat sehingga menjilat mangkuk..haha. Bila Nadhif berselera makan, ummi lagi bertambah excited nak masak.

Resepi Ummi akan update dari semasa ke semasa sebab ummi nak berperang dengan Nadhif sat!

Tak Ada Garam & Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak, 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome!

Bayam Celup Tepung

Bahan-Bahan:
Bayam
2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung gandum

Cara-cara:
Cuci bayam bersih-bersih.
Satukan tepung jagung dan tepung gandum dengan air suam. Pastikan bancuhan tepung tak cair dan tak terlalu likat.
Celup bayam dalam tepung dan boleh goreng. Mudah sangat!

IKLAN

Tak Ada Garam & Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak, 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome!

Puding Roti Butter Versi Baby

Bahan-bahan:
4 keping roti wholemeal Gardenia
1 kotak kecil susu full cream
Unsalted Butter
1 biji telur
Puree kurma
Kismis yang dicincang

Cara-cara:
Sapukan unsalted butter pada roti dan loyang.
Carikkan roti dan masukkan dalam loyang. Susun cantik-cantik.
Dalam bekas lain, satukan telur, puree kurma dan susu full cream. Pukul sehingga sebati
Kemudian, tuangkan ke dalam loyamg roti. Bakar pada suhu 170 selama 20 minit. Bergantung pada oven masing-masing ya.

Licin Nadhif makan sebab sedap. Ehhhh ummi terpuji masakan ummi pulak.

Sos Kastard

Masukkan 1 cawan full cream ke dalam periuk dan 1 sudu tepung jagung. Kacau sehingga larut. Kemudian, panaskan atas api dan kacau sehingga pekat. Jangan terlalu lama, nanti berketul².

IKLAN

Tak Ada Garam & Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak, 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome!

Blueberi Pancake

Bahan-bahan:
Blueberry
Tepung gandum
Yogurt
Air Masak
1 sudu minyak masak

Cara-cara:
Campurkan tepung, yogurt, minyak dan air. Gaul sehingga sebati. Pastikan tidak terlalu cair atau likat.
Masukkan blueberry yang dibelah dua dan gaul sebati.
Panaskan pan, dan tuang adunan mengikut citarasa.

Tak Ada Garam & Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak, 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome!
Nugget Tempura Homemade

Cara – cara :
Masukkan kesemua bahan dalam blender dan blend. Masukkan air sedikit sekiranya blender tidak bergerak.
Kemudian, tuang ke dalam bekas dan kukus.
Siap kukus, biarkan sejuk dan boleh potong atau tekap menggunakan acuan.
Boleh digoreng.

IKLAN

Tak Ada Garam & Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak, 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome!

Sweet Potato Fries

Bahan-bahan:
Sweet Potato
Tepung Gandum
Tepung Beras

Cara-cara:
Potong keledek memanjang.
Rebus/kukus keledek sehingga lembut.
Satukan tepung gandum dan tepung beras. Masukkan air, kacau sehingga adunan tak terlalu cair atau pekat. Sedang-sedang sahaja.
Celup keledek dalam bancuhan tepung tersebut dan goreng.

Tak Ada Garam & Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak, 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome!

Roti Kurma Kukus

Cara-cara :
Blend kesemua bahan kecuali kismis. Tuang ke dalam acuan. Kukus selama 35 minit atau sehingga masak.

Tak Ada Garam & Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak, 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome!

Tak Ada Garam & Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak, 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome!

Semak kesemua resipi hebat dan kreatif lain di facebook beliau. Ingat, kawal gula dan garam pada anak-anak kita. Kesihatan anak-anak tanggungjawab kita.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI