Tak Ada Gula, Kurang Garam Tapi Sayur Lebih, Barulah Diet, Resipi Diet Ibu Ni Memang Mantap!

Share

Bagi ibu yang mempunyai anak kecil malah sedang menyusukan bayi, melakukan diet harian pastinya terasa tidak mudah. Menyusu memerlukan nutrsi secukupnya malah ibu pastinya akan merasa terlampau lapar. Namun berdiet dengan cara sihat, cukup nutrisi juga tidak salah.

Resipi diet yang dikongsikan oleh ibu menyusu Fafae Mimie ini cukup sedap. Semuanya nampak segar tetapi kaya nutrisi. Bukan itu sahaja malah semua resipi yang dikongsikan olehnya cukup ringkas dan mudah disediakan. Jom kita sama-sama cuba!


Nak share menu diet saya untuk minggu ni kot boleh bagi idea kat kawan-kawan untuk masak apa esok. Resepi semua simple-simple je. Mak anak kecik, tak sempat nak lama-lama kat dapur. Semua less oil, less salt, no sugar, sayur lebih. #bfmom.

Ayam Berempah (saya buat banyak sekaligus)

1/2 ekor ayam -perap bersama 5 ulas bawang putih, halia tumbuk, serai hiris halus dan tumbuk, 1 sudu cili kisar, sedikit garam/ serbuk cendawan, 1 sudu kecil rempah kari. Lagi lama perap lagi sedap. Nak makan masuk je dalam air fryer/ grill.

Macaroni Carbonara Simple

Rebus 30g macaroni bersama isi ayam sampai agak lembut, toskan. Masukkan separuh kotak kecil susu low fat, macaroni dan ayam tadi, sayuran, sedikit garam/ serbuk cendawan, dan 1 keping beqa cheese. Perasakan dengan sedikit lada hitam, bdan tabur mix herbs. Sedia untuk dihidang. Boleh potong cili kalau suka pedas.

Yang ni lebihan macaroni carbonara, tambah 1 sudu sos linghams, hirisa capsicum, oregano, dan 1 keping chese slim beqa koyak-koyak, bakar kejap sampai cheese cair.

Macaroni Carbonara Simple

Rebus 30g macaroni bersama isi ayam sampai agak lembut, toskan.

Masukkan separuh kotak kecil susu low fat, macaroni dan ayam tadi, sayuran, sedikit garam/ serbuk cendawan, dan 1 keping beqa cheese. Perasakan dengan sedikit lada hitam, dan tabur mix herbs. Sedia untuk dihidang.

Ikan Kukus Simple

Ikan gaul dengan sedikit garam/ serbuk cendawan, lada hitam, lada sulah, hirisan halia, cili, serai, bawang putih, bawang merah, daub limau purut, kukus dalam 20 minit.

Ikan Bakar Bersambal

Kisar bawang merah 1 bji bawang putih 2 ulas, serai sebatang, sedikit serbuk cendawan, sedikit cili kisar (air jangan banyak). Tuang atas ikan dan bakar. Saya guna air fryer je.

Sandwich Telur

2 keping roti wholemeal
1 biji telur
5 hiris bawang besar
1 sudu mayonis kewpie
Salad hiris

Gaul telur rebus dengan bahan-bahan di atas, sapu pada roti.

Banyak lagi resipi menarik dan sedap yang dikongsikan oleh ibu di facebooknya. Semuanya nampak sedap-sedap belaka.

Bukan sedap sahaja malah tak kalah dengan nutrisi yang hebat dan padu. Jadi jom kita sama-sama cuba. Mana tahu mula menampakkan hasilnya. Bukan untuk cantik tapi untuk sihat!


EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING

Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.

Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Baca: Anugerah Allah Bijaknya Neyney Usia Belum 3 Tahun Tapi Dah Pandai Mengira!

IKLAN