Ibu mana yang tidak penat menguruskan anak. Terlampau penat malah kadang kala rasa ‘down’ sehingga tidak tahu hendak buat apa.
Namun ia adalah perkara biasa bagi seorang ibu. Ikhlaskanlah hati kerana ada ganjaran besar diakhirat kelak.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, tekanan yang dihadapi ibu saban hari adalah perkara biasa. Namun lakukanlah rutin harian ini agar hidup lebih terkawal malah kepenatan juga seakan tidak dirasakan. Jom cuba!
Ibu penat, letih, lemau, stress dan rasa malas, itu normal.
Ibu tak cukup tidur? Itu selalu. Ibu rasa nak marah? Itu biasa. Ibu rasa tak ada me time? Itu kerap. Ibu rasa buat ker ja semua sendiri?
Ramai rasa macam ni. Cuma tulah, kita siapa nak mengeluh. Penat itu juga makhluk. Allah yang bagi rasa penat, sekelip mata juga Dia boleh hilangkan rasa penat tu.
Saidatina Fatimah rha, puteri kesayangan manusia teragung di dunia Rasulullah SAW, pun ada rasa penat, dan mengadu pada ayahnya. Apatah lagi kita ni, manusia biasa.
Penat itu normal untuk kita seorang manusia. Sebab kita memang tengah usaha sehabis baik buat anak dan keluarga tersayang kan. Cuma, tak boleh selalu dan layan rasa penat tu.
Ads
Kata Ustaz Wadi Annuar, sedih sekali sekala, down sekali sekala. Itu biasa. Ketahuilah ketika kita selalu “down”, iman kita mempunyai penyakit.
Saya share tips, untuk taknak rasa penat lama-lama, cuba konsisten buat 3/10 je daripada list ni, dalam seminggu, dan lihat hasilnya dalam kehidupan seharian.
1. Bangun sebelum Subuh, cari masa hanya kita dengan Allah je.
2. Join majlis ilmu agama 30 minit. Offline a tau online.
3. Buat 10 to do list sebelum tidur, apa kita nak buat esok.
Ads
4. Baca Quran paling kurang 1 mukasurat.
5. Istighfar 100 kali.
6. Selawat 100 kali.
7. Tasbih Fatimah, baca setiap kali selepas waktu solat dan waktu sebelum tidur.
8. Solat awal waktu, sebaiknya dalam masa 15 minit selepas azan.
9. Keluar lihat alam ciptaan Tuhan 15 minit, sunning dan grounding dengan alam.
Ads
10. Tidur sebelum 10 malam.
Boleh pilih 3 sahaja daripada 10 tips ini. Dan konsisten buat paling kurang seminggu. Kesannya ajaib, insyaAllah.
Kerana kita balikkan rasa penat, letih, lemau, stress dan malas tu kepada Allah. Mohon pada dia kuatkan kita selalu untuk menjaga amanah yang Dia berikan pada kita sebagai seorang ibu.
Dikritik saiz badan semakin berisi selepas bersalin itu lumrah. Kenyataan yang pahit ditelah namun cukup berbaloi bila mengenangkan si comel yang berada di depan mata. Itulah pengorbanan bagi seorang ibu.
Bagi usahawan berjaya, Madammu yang turut sama menerima kecaman sedemikian, dia langsung tidak ambil kisah malah kini bahagia selepas kehadiran cahaya matanya.
Baginya kesusahannya untuk menjalani rawatan IVF dan mengorbankan apa jua termasuk wang ringgit amat berbaloi bila melihat wajah si kecil yang dinantikan sekian lama.
Menerusi live di TikToknya, salah seorang warga maya meninggalkan komen berbaur negatif tentang bentuk badan Madammu yang dikatakan sudah berubah dan ‘berisi’.
Namun, respon Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri sama sekali tidak kisah jika berat badannya naik kerana hamil dan melahirkan anak lelakinya, Ahmad Kayden.
“Tak apa lah kalau saya gemuk macam ni sebab saya melahirkan seorang baby, saya okay. Sebab saya nak dapatkan seorang baby pun bukan senang,” katanya menjawab kecaman wargamanya di sesi livenya.
Tambahnya lagi, dia melalui proses yang tidak sama seperti wanita-wanita lain untuk mendapatkan cahaya mata selain banyak pengorbanan wang ringgit demi anaknya.
“Saya habiskan RM200,000 untuk seorang baby, itu belum lagi dia punya perbelanjaan. Perbelanjaan bilik dia sahaja RM200,000. Dah jadi RM400,000.
“Bukan duit sahaja, air mata, masa tidur, saya korbankan untuk dapat baby tu. Jadi kalau saya gemuk macam ni apa salahnya?,” katanya lagi.
Bahkan tambah ibu cantik jelita ini lagi, semuanya itu tidak menjadi kudis dalam hidupnya malah dia kini cukup bahagia bersama anak-anaknya.
Terdahulu, Madammu mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Azri pada tahun 2015 yang telah memiliki tiga cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi hasil perkahwinan terdahulu.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Ibu selalu rasa diri ni macam “super teacher” ajar anak jalan, makan sendiri, lipat baju, dan macam-macam lagi. Tapi pernah tak kita pause sekejap dan fikir, eh… sebenarnya hari ni kita belajar sesuatu daripada anak kita sendiri?
Yup. Anak yang kecil tu… banyak betul “tegur” kita tanpa suara tinggi, tanpa ceramah panjang. Tapi cukup buat kita tersentap.
Contohnya waktu pagi. Kita dah macam lipas kudung nak kejar masa, dia boleh relaks pakai stokin sambil nyanyi lagu Upin Ipin. Kita rasa nak meletup, tapi… eh, dia ajar kita satu benda: tenang tu indah. Kita ni yang selalu terlalu cepat sampai tak sempat nikmati momen.
Dan bila anak datang hulur lukisan conteng-conteng dia dan cakap, “Ni mama tengah masak,” walaupun tak serupa langsung… tapi hati terus lembut. Anak ajar kita untuk hargai usaha, bukan hasil. Dia nampak kita dan tu dah cukup buat kita rasa dihargai.
Waktu kita penat, mata pun nak pejam… si kecik tu datang peluk dan tanya, “Mama okay tak?” Adoii. Cair. Masa tu kita sedar, anak kecil pun tahu sayang. Dan mereka sayang kita tanpa syarat walau kita belum mandi, rambut serabai, suara tadi baru tinggi sikit 😅
Dan part paling menusuk bila kita marah, tapi anak tetap datang peluk. Tetap panggil “Mamaaaa…” sambil senyum. Masa tu rasa nak nangis pun ada. Anak ajar kita,
“Tak apa mama marah, saya tetap sayang mama.”
Kadang kita rasa gagal sebab tak sempat buat semuanya perfect. Tapi anak tak minta perfect pun. Dia cuma nak mama yang hadir, yang peluk bila dia takut, yang senyum bila dia buat lawak pelik-pelik tu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak Zahirah MacWilson buat muffin, ramai geram dengan aksi comel Isaac Raees. Sesiapa pun yang melihat telatah Isaac Raees pasti tertawan dengan kecomelan anak Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza ini. Ada-ada sahaja gelagatnya yang mencuri perhatian.
Anak Zahirah MacWilson Buat Muffin
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fansofisaacraees yang meraih perhatian ramai. Di dalam video berkenaan, memaparkan Isaac Raees yang membantu Zahirah Macwilson membuat muffin buah-buahan yang merupakan makanan kegemarannya itu.
Ramai Geram Dengan Aksi Comel Isaac Raees
Rata-rata warga maya teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Isaac Raees seorang kanak-kanak yang bijak dan rajin membantu. Tambah mereka lagi, berkemungkinan pada masa hadapan, Isaac Raees boleh menyertai pertandingan Chef Cilik kerana dia sangat suka memasak.