Hasrat penyanyi Nubhan untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaiaan apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran kali kedua baru-baru ini.
Nubhan menyampaikan khabar duka itu menerusi instagramnya semalam selepas isterinya mengalami pendarahan pada usia kandungannya 7 minggu.
“Tak ada rezki anak ke 3, gugur buat kali yang ke-2”
“Usia kandungan 7 minggu, so kena berpantang yang ringan-ringan saja,” kongsi Nubhan menerusi instagramnya.
Terdahulu, video yang dikongsikan oleh Nubhan itu turut merakamkan momen ketika perkhabaran gembira isterinya mengandung selepas melakukan pemeriksaan melalui kit ujian kehamilan.
Ads
Bagaimana pun beberapa minggu selepas itu, kandungan tidak menunjukkan perkembangan yang baik dan berlakunya pendarahan.
“Tak ada rezeki, baby dah keluar,” kata Nubhan menerusi video berdurasi lebih dua minit itu.
Ads
Dalam pada itu, rata-rata seluruh pengikut Nubhan di instagram mengucapkan takziah di atas perkhabaran duka itu.
Terdahulu, Nubhan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek pada Ogos 2015. Mereka ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia, 4 tahun dan Ahmad Aaffan yang kini berusia dua tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @nubhan.ahamad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes kedudukan uri pada bahagian bawah adalah sesuatu yang sering berlaku di kalangan ibu mengandung. Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen, tenaga dan nutrisi daripada ibu melalui tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula akan disalurkan semula ke uri. Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital menjelaskan tentang hal ini.
Kedudukan uri semasa kehamilan merupakan satu proses yang spontan dan rawak. Pada peringkat awal kehamilan, kebanyakan uri akan mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna cerah dalam imej ultrasound. Kedudukan sebegini dinamakan sebagai circumferential.
Apabila kandungan semakin membesar, rahim akan mengembang dan kedudukan uri akan dilihat dengan lebih jelas dan terperinci. Kedudukan uri boleh dibahagikan kepada bahagian depan (anterior), belakang (posterior) atau di sisi rahim (lateral). Ultrasound perlu dilakukan, lebih-lebih lagi pada pertengahan trimester (dalam 16 minggu) untuk menentukan kedudukan uri.
Mengikut RCOG Guideline 2018, uri yang menutupi bahagian dalam pangkal rahim dikenali sebagai placenta praevia. Walau bagaimanapun, sekiranya ultrasound dilakukan pada awal kandungan dalam 16 minggu, istilah uri rendah atau uri bawah (low lying placenta) lebih biasa digunakan kerana ada kebarangkalian uri tersebut akan ditarik naik pada 32 minggu. Jarak uri yang terlampau dekat dengan pangkal rahim turut dinamakan uri bawah atau uri rendah. Selalunya jarak yang digunakan adalah kurang 2cm.
Ultrasound lanjutan perlu dilakukan pada 32 minggu untuk menentukan bahawa uri kekal di bawah (placenta praevia) atau tidak. Kadang kala ultrasound dari bawah melalui faraj (trans-vaginal scan) perlu dilakukan untuk melihat dan mengukur dengan lebih tepat kedudukan uri. Jangan risau, trans-vaginal scan adalah selamat semasa mengandung!
Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat, bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan. Ada juga doktor gemar membahagikan placenta praevia kepada 2 kumpulan iaitu placenta praevia major dan minor.
Sekiranya minor, ibu berpeluang untuk mencuba melahirkan anak secara normal. Ibu yang mengalami keadaan ini perlu mendapatkan penjelasan daripada doktor tentang keadaan dirinya.
Risiko kes placenta praevia adalah ia boleh mengakibatkan pendarahan. Keadaan ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 32 minggu. Ini adalah kerana ibu akan mengalami braxton hicks dan kemudian tanda-tanda bersalin yang mengakibatkan pembukaan pangkal rahim di mana letaknya kedudukan uri. Kadang-kala tanpa tanda-tanda bersalin, ibu mengalami pendarahan dengan tiba-tiba.
Pendarahan yang berterusan membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung. Oleh sebab itu, kebanyakan kes placenta praevia major, si ibu dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga tarikh pembedahan. Ini adalah kerana sekiranya berlaku pendarahan semasa berada di hospital, ibu dan bayi mempunyai peluang yang cerah untuk selamat. Pembedahan akan dilakukan segera dengan darah yang telah tersedia jika perlu untuk pembedahan.
Doktor akan berusaha mengeluarkan bayi dan uri; dan pada masa yang sama memberhentikan pendarahan secepat mungkin. Hanya beberapa minit ibu boleh kehilangan banyak darah. Pada keadaan kritikal ini, doktor sakit puan akan bekerjasama dengan doktor bius untuk memastikan keadaan ibu stabil.
Disebabkan oleh itu, ibu tidak dibenarkan untuk mengurut cara tradisional atau bukan tradisional kerana takut berlaku pendarahan. Nyawa ibu boleh terancam dan bayi dalam kandungan boleh maut bila pendarahan berlaku. Sekiranya ibu kurang faham atau kurang percaya, dapatkan pendapat dari beberapa doktor yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya doa Syatilla dan Shaheizy Sam untuk mendapat anak perempuan dimakbulkan apabila Syatilla berkongsi foto imbasan ultra dan perasaan gembiranya di instagram.
Syatilla yang kini mengandung anak kedua begitu teruja selepas mengetahui anak dalam kandungannya perempuan selepas keguguran sebelum ini.
Syatilla akui walaupun sebelum ini mengalami peristiwa sedih, Allah tahu apa yang terbaik dan mengurniakan rezeki yang sangat bermakna dan dinanti-nantikan mereka sekeluarga.
Sementara itu, Syatilla akui sejak mengandungkan adik Mat Yip berat badannya dah naik 15 kilogram. Walaupun angka itu dikira banyak tapi sesekali tak tertekan kerana ia dianggap normal bagi ibu mengandung.
“Mungkin nampak macam lebar dan besar tapi insya-Allah selepas melahirkan nanti akan kembali normal,” kongsinya.
Scha Alyahya yang kini sudah pun hamil anak kedua dilihat semakin berseri-seri. Seri ibu hamil jelas terpancar pada wajahnya setiap kali melewati instagramnya. Walau dalam gaya bersahaja, aura kecantikan ibu hamil ini semakin cantik.
Terbaru melalui program bual bicara Next To Neelofa, Scha berkongsi kisah kehamilannya. Banyak yang dikongsikan olehnya. Rupanya ibu kepada si comel Lara Alana ini menghadapi waktu yang sukar sebelum disahkan hamil.
Malah melalui fasa pertama kehamilannya juga begitu menyukarkan. Emosi yang dilalui tidak stabil malah ada waktunya ibu cantik ini berniat untuk memadam instagram miliknya gara-gara terlalu down.
“Masa itu saya agak down sampai nak padam akaun Instagram semua, tapi mujurlah Awal membantah,” akui Scha menerusi program itu.
Sebagai selebriti dan pasangan yang cukup digilai peminat, Scha kini memiliki lebih 5 juta pengikut di akaun Instagramnya dengan nama @schaalyahya. Dengan angka sebegitu pastinya memadamkan akaun bukan jalan yang dirasakan wajar. Mujurlah Awal banyak memberinya dorongan dan mengawal emosinya.
Rezeki PKP
Pelakon yang juga seorang model dan pengacara itu turut membicakan topik tentang karier dan kehidupannya dengan Neelofa. Salah satu topik yang dibincangkan Scha adalah mengenai berita kehamilan keduanya.
Lebih menarik lagi, pelakon cantik ini mengakui kehamilan keduanya adalah sebuah rezeki yang hadir di saat pandemik Covid 19 melanda dunia.
“Ini baby PKP malah saya tak malu untuk mengatakan ini rezeki saya semasa PKP. Terima kasih PKP,” kata Scha sambil ketawa.
Kata Scha lagi, rupanya dia dan Awal memang merancang untuk memiliki cahayamata kedua sejak awal tahun ini. Dirinya malah sempat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometriosis) pada Januari lalu.
“Saya telah menjalani pembedahan kedua membuang ketumbuhan dalam rahim. Kali pertama sebelum mengandung Lara Alana.
“Jadi kita memang merancang untuk punya anak kedua, dan ya, PKP, dan inilah dia,” tambah Scha lagi.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.