Kes kedudukan uri pada bahagian bawah adalah sesuatu yang sering berlaku di kalangan ibu mengandung. Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen, tenaga dan nutrisi daripada ibu melalui tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula akan disalurkan semula ke uri. Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital menjelaskan tentang hal ini.

Uri Di Bawah Ketika Kandungan 16 Minggu, Jangan Khuatir. Berpotensi ‘Naik’ Semula

Kedudukan uri semasa kehamilan merupakan satu proses yang spontan dan rawak. Pada peringkat awal kehamilan, kebanyakan uri akan mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna cerah dalam imej ultrasound. Kedudukan sebegini dinamakan sebagai circumferential.

Uri Di Bawah Ketika Kandungan 16 Minggu, Jangan Khuatir. Berpotensi ‘Naik’ Semula

Apabila kandungan semakin membesar, rahim akan mengembang dan kedudukan uri akan dilihat dengan lebih jelas dan terperinci. Kedudukan uri boleh dibahagikan kepada bahagian depan (anterior), belakang (posterior) atau di sisi rahim (lateral). Ultrasound perlu dilakukan,  lebih-lebih lagi pada pertengahan trimester (dalam 16 minggu) untuk menentukan kedudukan uri.

Mengikut RCOG Guideline 2018, uri yang menutupi bahagian dalam pangkal rahim dikenali sebagai placenta praevia. Walau bagaimanapun, sekiranya ultrasound dilakukan pada awal kandungan dalam 16 minggu, istilah uri rendah atau uri bawah (low lying placenta) lebih biasa digunakan kerana ada kebarangkalian uri tersebut akan ditarik naik pada 32 minggu. Jarak uri yang terlampau dekat dengan pangkal rahim turut dinamakan uri bawah atau uri rendah. Selalunya jarak yang digunakan adalah kurang 2cm.

IKLAN

Artikel Menarik: [Mengidam Macam-Macam Waktu Pregnant. Ibu Yang Nak, Jangan ‘Jual’ Nama Baby]

Ultrasound lanjutan perlu dilakukan pada 32 minggu untuk menentukan bahawa uri kekal di bawah (placenta praevia) atau tidak. Kadang kala ultrasound dari bawah melalui faraj (trans-vaginal scan) perlu dilakukan untuk melihat dan mengukur dengan lebih tepat kedudukan uri. Jangan risau, trans-vaginal scan adalah selamat semasa mengandung!

Uri Di Bawah Ketika Kandungan 16 Minggu, Jangan Khuatir. Berpotensi ‘Naik’ Semula

Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat, bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan. Ada juga doktor gemar membahagikan placenta praevia kepada 2 kumpulan iaitu placenta praevia major dan minor.

IKLAN

Sekiranya minor, ibu berpeluang untuk mencuba melahirkan anak secara normal. Ibu yang mengalami keadaan ini perlu mendapatkan penjelasan daripada doktor tentang keadaan dirinya.

Risiko kes placenta praevia adalah ia boleh mengakibatkan pendarahan. Keadaan ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 32 minggu. Ini adalah kerana ibu akan mengalami braxton hicks dan kemudian tanda-tanda bersalin yang mengakibatkan pembukaan pangkal rahim di mana letaknya kedudukan uri. Kadang-kala tanpa tanda-tanda bersalin, ibu mengalami pendarahan dengan tiba-tiba.

Pendarahan yang berterusan membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung. Oleh sebab itu, kebanyakan kes placenta praevia major, si ibu dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga tarikh pembedahan. Ini adalah kerana sekiranya berlaku pendarahan semasa berada di hospital, ibu dan bayi mempunyai peluang yang cerah untuk selamat. Pembedahan akan dilakukan segera dengan darah yang telah tersedia jika perlu untuk pembedahan.

Uri Di Bawah Ketika Kandungan 16 Minggu, Jangan Khuatir. Berpotensi ‘Naik’ Semula

IKLAN

Artikel Menarik: [6 Mitos Cara Kenal Jantina Bayi Dalam Kandungan. No 3 Paling Ramai Orang Buat]

Doktor akan berusaha mengeluarkan bayi dan uri; dan pada masa yang sama memberhentikan pendarahan secepat mungkin. Hanya beberapa minit ibu boleh kehilangan banyak darah. Pada keadaan kritikal ini, doktor sakit puan akan bekerjasama dengan doktor bius untuk memastikan keadaan ibu stabil.

Disebabkan oleh itu, ibu tidak dibenarkan untuk mengurut cara tradisional atau bukan tradisional kerana takut berlaku pendarahan. Nyawa ibu boleh terancam dan bayi dalam kandungan boleh maut bila pendarahan berlaku. Sekiranya ibu kurang faham atau kurang percaya, dapatkan pendapat dari beberapa doktor yang lain.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI