Benar, rezeki kita tak sama. Ada ibu yang direzekikan untuk dapat menyusukan anaknya hingga usia enam bulan dan hingga dua tahun. Namun ada pula yang tidak dapat menyusukan anak di awal kelahiran lagi. Semuanya atas pelbagai alasan.

Jangan judge ibu-ibu ini kerana setiap ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Siapa yang tidak mahu anak sihat dengan susu ibu namun tidak semua orang punya rezeki.

Perkongsian Terapis Carakerja (Occupational Therapist) Pn Maryam Jamadi banyak benarnya. Tak perlu mendengar kata-kata orang lain, asalkan anak kita sihat membesar, sudah memadai.

Tak Ada Rezeki Susukan Anak Macam Ibu Lain, Tak Perlu ‘Judge’, Asal Anak Sihat Membesar!


“Breastfeeding is not a choice, its a tanggungjawab. Kalau tak mampu, cari ibu susuan”

Tadi saya terbaca statement di atas, tapi entahlah walaupun saya menyusu penuh kedua-dua anak saya tetapi rasa ‘something wrong somewhere” dengan ayat di atas.

Sebab, statement tersebut mungkin akan melukakan hati

1. Ibu yang memang ada masalah penyusuan.

2. Ibu yang terpaksa hentikan pengeluaran susu atas sebab masalah kesihatan dan mengambil ubat.

IKLAN

3. Ibu yang mempunyai masalah emosi atau kesihatan mental terganggu.

4. Ibu yang kerja sektor kritikal, nak ke tandas pun tak sempat apatah lagi mengepam susu.

5. Suami yang kematian isteri semasa/selepas melahirkan anak.

Kita tak tahu rezeki dan ujian setiap orang.

– Ada orang yang ada susu banyak tetapi anak pula ada masalah tidak boleh menyusu/tidak boleh terima susu badan.

IKLAN

– Ada orang yang susu banyak tetapi ada masalah susu pula tak boleh keluar (inverted nipple dll).

– Ada orang yang masa anak pertama susu melimpah ruah, tiba anak kedua tiada rezeki susu.

– Ada orang diuji dengan kesihatan mental semasa proses menyusukan anak.

Tak Ada Rezeki Susukan Anak Macam Ibu Lain, Tak Perlu ‘Judge’, Asal Anak Sihat Membesar!

Saya ada kenalan yang susunya banyak melimpah ruah, tetapi ada masalah susu tak boleh keluar pula (inverted nipple) sehingga bengkak susu dan dapat jangkitan. Setiap kali pam susu, keluar susu bercampur darah. Akhirnya, terpaksa lakukan pembedahan dan hentikan pengeluaran susu.

IKLAN

Jadi, mohon sangat kalau nampak bayi baru lepas lahir menyusu botol tak perlulah kita “judge” mereka sebagai “kurang usaha” atau “kurang jadi ibu” selagi tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Ya, perjalanan menyusukan anak memang tidak mudah, banyak pengorbanan terpaksa dilakukan. Sakit dan lenguh-lenguh badan.
Korbankan masa. Anak melekat dengan ibu sampai susah nak buat apa-apa. Kena gigit.

Itu belum lagi ibu yang bekerja, awal pagi dah bangun sediakan kelengkapan menyusu. Sambil bekerja, sambil pam.
Tapi…. jika kita adalah ibu yang menyusu badan dan berjaya harungi semua cabaran dan dugaan. Ia bukanlah tiket untuk kita memperlekehkan ibu-ibu yang tidak mampu.

Tak Ada Rezeki Susukan Anak Macam Ibu Lain, Tak Perlu ‘Judge’, Asal Anak Sihat Membesar!

Kerana semuanya 100% bergantung kepada rezeki Allah juga.
1 Rezeki ada susu.
2. Rezeki anak itu sendiri
3. Rezeki ada masa.
4. Rezeki ada suami yang menyokong.
5. Rezeki tempat kerja kondusif untuk pam susu.
6. Rezeki ada ibu susuan.
7. Rezeki Allah kuatkan mental kita.
Rezeki dan ujian Allah beri kepada kita pelbagai cara. Usaha memang usaha tetapi kalau Allah dah kata tak ada rezeki, maka tak adalah.

Susu badan atau susu tepung, tidak mengurangkan keibuan seorang ibu. Daripada kita “judge” ibu-ibu lain, lebih baik kita tawarkan diri jadi ibu susuan. Setuju?

Menarik:10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang, Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI