Tak Akan Pernah Jemu, Kek Karamel Pelangi Nikmatnya Bila Dimakan Sejuk!
Buat peminat kek dan puding tentu teruja untuk mencuba menu nan satu ini. Kek Karamel Pelangi, menjanjikan hidangan pemanis mulut yang bukan sahaja enak rasanya malah menawan bentuknya. Bertambah nikmat jika dimakan sejuk-sejuk pada cuaca panas.
Menyediakannya juga tidak sukar, ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Nor Al Fatihah T-Hah. Jadi buat anda yang ingin mencuba, boleh jadikan perkongsian daripadanya sebagai panduan.
Selamat mencuba.
KEK KARAMEL PELANGI
Bahan-Bahan Karamel
2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan Puding
3 biji kuning telur A
2 biji telur A(kuning + putih)
1 tin (390gm) susu cair/krimer sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Ads
Bahan-Bahan Meringue
6 biji putih telur
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh cream of tartar
Bahan-Bahan Kek
3 biji kuning telur A
1/2 cawan gula pasir
Ads
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar serbuk penaik*
(bahan-bahan bertanda * di ayak bersama)
pewarna merah, kuning, hijau, biru, unggu
Cara-Cara Membuatnya :
Ads
Karamel ~ Cairkan gula dalam loyang saiz 9″ atas api sederhana hingga perang muda. Jangan di kacau, lenggang-lenggangkan je loyang hingga karamel rata. Sejukkan dulu.
Puding ~ Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisk. Jangan sampai berbuih untuk elakkan puding banyak lubang @ rongga udara selepas di bakar. Ketepikan dulu.
Meringue ~ Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar & gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan high speed hingga kental & bertanduk
Kek ~ Satukan telur, gula, air, minyak & esen vanila. Pukul sehingga berbuih. Masukkan tepung gandum dan serbuk.penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga sebati
Kemudian, masukkan 2 senduk meringue ke dalam adunan kek. Kaup balikkan dari bawah ke atas. Bila sudah rata, masuk 2 senduk meringue lagi. Kaup balik dan sebatikan. Masukkan semua baki meringue & kaup balik lagi hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian & campur pewarna.
Masa ni dah boleh panaskan oven dulu pada suhu 170°c selama 10 minit
Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi crack, tu adalah bunyi karamel/gula hangus retak. Ia biasa berlaku
Tuang 4 sudu besar adunan kek di tengah-tengah puding. Jgn risau, adunan tak akan bercampur dengan adunan puding disebabkan putih telur/meringue yang banyak dalam adunan kek, ia jadi ringan dan timbul di permukaan puding
Selang selikan adunan dengan warna berlainan sebanyak 4 sudu besar untuk lapisan pertama dari merah, kuning, hijau, biru & unggu. Lapisan kedua 3 sudu, lapisan ke empat 2 sudu & akhir sekali 1 sudu.
Letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar & isi air panas hgga 1/4 dari loyang. Bakar kek dengan cara water bath pada suhu 160°c selama 1 jam 10 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Biar kek sejuk selama 20 minit hingga tepi kek lekang/renggang dari loyang. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas pinggan. Simpan dalam peti ais, sedap makan sejuk-sejuk.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak dalam rahim lagi kanak-kanak telah mula belajar kemahiran makan dengan menghisap jari mereka sendiri. Proses perkembangan ini terus berlaku sehingga mereka boleh menikmati makanan orang dewasa.
Sehingga kini, dianggarkan kira-kira 25% dari kanak-kanak normal menghadapi masalah kemahiran makan (Chatoor, I, 2009). Selain itu, dianggarkan juga 80% dari kanak-kanak berkecelaruan perkembangan menghadapi masalah ini (Chatoor, I, 2009).
Masalah Makan
Kemahiran makan yang bermasalah selalunya dikaitkan dengan masalah komponen perkembangan yang lain seperti masalah motor halus, masalah tingkah laku serta masalah emosi.
Sebahagian dari gejala yang menunjukkan masalah makan di kalangan kanak-kanak adalah;
-Tercekik,
-Pemilihan makanan yang cerewet
-Muntah
-Kegagalan menaikkan berat badan.
-Enggan makan sama sekali.
Keengganan kanak-kanak ini makan dapat dilihat dari pelbagai jenis makanan termasuklah;
-Enggan makan makanan lecek seperti bubur
-Enggan makanan lembut seperti kuih talam/puri
-Enggan makan makanan yang keras seperti biskut
Selain dari enggan makan makanan tertentu, ada juga yang hanya memilih jenis/keadaan makanan yang tertentu seperti;
-Hanya makan makanan berkuah.
-Hanya memilih makanan berasa manis
-Hanya makan nasi tanpa apa-apa lauk pauk.
Walaupun mereka berhadapan dengan semua masalah di atas, kanak-kanak tidak pandai menyatakan apa yang mereka mahu dan apa yang mereka tidak mahu/ tidak lalu makan sepertimana orang dewasa yang lain.
Kecelaruan Tingkahlaku Ketika Makan (Behavioral Feeding Problems)
Behavioral Feeding Problems adalah temasuk semua tingkah laku bermasalah yang berlaku semasa waktu makan. Kanak-kanak ini biasanya menunjukkan gejala berikut;
-Enggan duduk di meja makan/tempat makan
-Enggan menyuap sendiri walaupun dia mampu untuk melakukannya.
-Membaling makanan ketika masa makan
-Merampas makanan dari orang lain
-Sengaja menangis, menjerit atau muntah untuk mengelak dari kena makan.
Dan lain-lain
Kanak-kanak yang menghadapi sensory feeding problems ini biasanya tidak selesa dan mudah terganggu dengan makanan/minuman melalui;
-Rupa makanan yang dihidang
-Rasa
-Bau
-Tekstur
Manakala, masalah yang biasanya dihadapi oleh sebahagian besar dari mereka ditunjukkan sebagai, sukar menerima makanan yang mempunyai tekstur berbeza. Contohnya,
-Mereka menghadapi masalah untuk meninggalkan makanan dalam bentuk cecair (susu) atau puri. Terdapat kanak-kanak berusia lima tahun minum dua botol susu sebelum pergi ke sekolah, enggan bersama dengan kelas semasa makan dan apabila pulang, terus mendapatkan dua botol susu.
-Mereka enggan sama sekali mencuba makanan yang lebih pejal.
-Kebanyakan masa, apabila mereka dipaksa makan juga, mereka akan muntah atau gag secara tidak sengaja
Kecelaruan Pemakanan yang Lain
Selain dari kecelaruan pemakanan berasaskan tingkahlaku dan deria, kelewatan perkembangan dan masalah perubatan juga boleh menyebabkan masalah kemahiran pemakanan. Walaupun gejala yang dipamerkan hampir sama, untuk menangani dengan baik, seorang Terapi Pertuturan-Bahasa perlu mengenalpasti punca dan asas sesuatu masalah itu.
Kanak-kanak Berisiko Tinggi Untuk Behavior Feeding Problem
Kanak-kanak yang mempunyai risiko yang tinggi menghadapi masalah kecelaruan kelakuan pemakanan termasuklah;
-Kanak-kanak Autisma
-Kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan
-kanak-kanak yang kurang sokongan / tiada model pemakanan yang baik
-Lain-lain lagi
Pengendalian Kanak-kanak Behavior Feeding Problem
*Strategi yang dinyatakan di sini boleh berbeza sedikit untuk disesuaikan dengan keperluan individu. Tidak semua strategi di sini sesuai untuk semua kanak-kanak bermasalah kelakuan pemakanan.
Ibu bapa merupakan model yang terbaik untuk mempamerkan sikap pemakanan yang baik.
Semasa waktu makan, adalah baik semua anggota keluarga duduk bersama di meja makan. Tiada siapa dibenarkan untuk makan di depan televisyen. Apabila ibubapa menggariskan satu peraturan yang sama untuk semua ahli keluarga, kanak-kanak bermasalah pemakanan ini berpeluang untuk memerhatikan dan seterusnya memahami serta mengikuti peraturan tersebut.
Pecahkan objektif kepada langkah-langkah yang mudah dicapai
Kanak-kanak dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila matlamatnya mudah dicapai. Perhalusi langkah yang besar dan pecahkan objektif yang besar menjadi lebih kecil agar mudah dicapai oleh si kecil.
Berikan penghargaan kepada setiap langkah yang dicapai
Apabila kanak-kanak berjaya mencapai setiap satu langkah kecil, berikan pujian dan penghargaan. Berikan penghargaan berupa objek yang beliau sukai dan hargai, ini akan merangsang kanak-kanak agar kerap mengulangi langkah tersebut. Setiap kali kanak-kanak berjaya mencapai satu langkah seterusnya, ibubapa/penjaga mestilah memberikan pujian.
Sebahagian kanak-kanak memerlukan ulangan untuk setiap langkah kecil ini semasa waktu makan. Kerapkali mereka perlu mengulang berhari-hari atau berminggu-minggu sebelum mereka dapat menyempurnakan langkah kecil tersebut dengan baik. Oleh itu, ibabapa perlulah memberikan mereka masa dan tidak jemu membantu mereka melalui fasa ini.
Mulakan dari sifar
Teknik ini sesuai diaplikasikan ke atas kanak-kanak pra-sekolah dan yang lebih besar. Kanak-kanak akan memulakan setiap harinya tanpa objek/ aktiviti yang digemari. Kanak-kanak perlu menyempurnakan langkah kecil tersebut dahulu sebelum dia mendapat objek/aktiviti kegemarannya.
Contohnya, kanak-kanak boleh menonton satu rancangan televisyen sekiranya beliau berjaya memakan separuh roti planta semasa sarapan.
Kanak-kanak yang mudah mengamuk dan sukar bertoleransi
Terdapat kanak-kanak yang sukar bertoleransi dengan langkah sangat kecil yang hendak dicapai atau perubahan paling minima yang telah dirancang. Ada ketikanya keadaan menjadi lebih teruk apabila objektif itu telah meningkatkan kekerapan dan keterukan tingkah laku yang tidak diingini. Terdapat sebahagian kecil dari mereka boleh bekerjasama pada peringkat awal tetapi kemudiannya mundur ke belakang atau kemudiannya enggan maju ke hadapan (static).
Pelan pemakanan untuk kanak-kanak yang mudah mengamuk dan sukar bertoleransi mestilah dirancang dengan teliti dan perlu dipantau agar kanak-kanak serta keluarganya berada dalam keadaan yang selamat. Semua kes seperti ini perlu mendapat perhatian dan panduan dari ahli profesional pelbagai disiplin (interdisciplinary team).
Memilih Teknik Yang Sesuai
Ibubapa mestilah berjumpa dan berbincang dengan ahli professional terlibat untuk menentukan teknik manakah yang sesuai dengan masalah anak mereka. Kanak-kanak bermasalah pemakanan ini seperti ini mestilah dinilai oleh Terapis Pertuturan-Bahasa yang pakar dalam pemakanan kanak-kanak atau ahli interdisciplinary feeding team.
Sebarang permasalahan berkaitan dengan pemakanan perlulah dibincang dengan ahli professional yang terlibat sejak awal lagi agar masalah ini tidak berlarutan. Gejala masalah pemakanan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain terutama apabila usia semakin bertambah.
Rujukan
Chatoor, I. (2009) Diagnosis and Treatment of Feeding Disorders in Infants, Toddlers and Young Children. Washington DC
Behavioral and Sensory Feeding Problems http://nutrition.cedwvu.org/feeding-and-swallowing-clinic/behavioral-and-sensory-feeding-problems.php
Morris, S.E. & Klein, M.D (2000) Pre-Feeding Skills 2nd Edition. United States of America
Sebut sahaja ketam pasti sudah terbayangkan ketam dengan gabungan sos mewah yang disiram diatas hidangan ketam. Renehan kuah panas dan padu buat nasi pasti tak cukup sepinggan.
Nak lagi sedap, jom cuba resipi sos tiga sekawan dari air tangan cikgu Azlina Ina Fans ini. Sedap!
Salam anak-anak mak semua. Suka chilli crab, nak beli kat kedai yang dah siap masak kadang tak puas makan kan. Mak ajar chilli crab simple yang sumpah sedap giler. Korang takkan menyesal.
Spicy chilli crab
Bahan-bahan:
1 kg ketam -cuci bersih
Tomato sebiji -cincang
Bawang holand -hiris
Cili padi -hiris
Bahan Sos A:
1 labu bawang besar bombay
1 inci halia
3-4 ulas bawang putih
Cili padi -ikut kepedasan korang nak
Semua ni di cincang halus
3-4 sb cili kering blend (optional letak lagi sedap)
Bahan B (Sos 3 sekawan)
8-9 sb sos cili
5 sb sos tomato
3 sb sos tiram
Rebus ketam dengan sikit je air dan tambah 1 keping asam keping dan sedikit garam. Tutup periuk tu, bila tukar merah tutup api. Air rebusan simpan.
Tumiskan bahan A sampai naik bau dan wangi.
Masukkan bahan B dan air rebusan ketam tadi.
Tambah juga gula 2 sb, garam dan perasa ya.
Masukkan bahan hiasan, tomato, cili padi dan hirisan bawang holand. Api besar ye.
Tambah ketam dan gaul rata. Dah agak-agak nak masak korang boleh perahkan limau kasturi sikit atau limau nipis.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buko pandan merupakan pencuci mulut terkenal yang berasal dari Filiphia dan biasanya disajikan di majlis-majlis tradisi mereka.
Buko pandan bermaksud kelapa muda dan daun pandan. Rasanya yang berlemak ditambah pula dengan warna hijau asli dari daun pandan membangkitkan lagi selera. Memang sesuai dihidang pada musim panas.
Dia asyik Melintas je Kat FB, berkenan tengok sebab ada hijau, favorite colour kononnya, maka terhasil la buko pandan, katanya resepi dari Filipina, nak nangis rasa, sedap rupanya, rasa mcm ais cream pun ada. Alhamdulillah dapat jugak buat sendiri. Hidangkan ini untuk 3 @ 4 orang je ye. Saya je yang nak makan.
Saya share resepinya, seperti di bawah:
Bahannya:
1. 500ml air kelapa @ 1 biji kelapa ambil isinya 2. 2 sudu besar gula (manis buah, nak manis tambah gula lagi) 3. 10gram agar-agar serbuk warna hijau (1 pax kecil) 4. 1 sudu kecil coconut Pandan Emulco (dah tak perlu daun pandan) @ agar-agap biasa (putih@clear) pewarna hijau dan 1 helai daun pandan. 5. 1 cawan sagu mata ikan @ biji sagu 6. 250ml Whipping cream non diary 7. 1/3 cawan susu pekat manis 8. 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa. 9. Ais
Caranya:
Seperti buat agar-agar, satukan air kelapa, serbuk agar-agar, gula dan pewarna didalam periuk. Kacau sebati dan panaskan sehingga likat dan mendidih. Kemudian masukkan didalam bekas yang bersesuaian biarkan sejuk dan membeku. Kemudian potong dadu.
Seterusnya didalam periuk yang lain didihkan air dan masukkan sagu mata ikan kacau – kacau perlahan, masak sehingga warna putih menjadi jernih, cuci dengan air paip dan toskan sagu tersebut. Ketepikan untuk step seterusnya.
Didalam bekas lain mix whipping cream seketika, tak perlu sampai kembang @ lama, kemudian masukkan susu mix lagi hingga sebati, siap. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang lebih besar. Satukan bahan-bahan iaitu agar-agar yang dipotong dadu (saya guna separuh je agar2) sagu, nata de coco, dan isi kelapa, kacau sebati semua bahan.
Nak makan, masuk dalam mangkuk lain tambah ais. Nak satukan ais dalam bekas yang sama pun boleh, tetapi nanti rasanya berubah @ jadi tawar. Jadi terpulang nak buat macam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senyuman bayi bukan sekadar reaksi comel, tetapi petanda penting perkembangan emosi, pembentukan ikatan dengan ibu bapa dan asas keyakinan diri anak sejak awal kehidupan.