Kegagalan sesetengah ibubapa memberikan imunisasi kepada anak-anak bukan saja menyebabkan risiko kesihatan kepada anak itu sendiri, malah juga kepada kanak-kanak lain. Jangan risikokan anak kecil kita. Biarkan mereka hidup sihat atas pilihan yang dibuat kita. Mak ayah perlu bertindak bijak.

Memilih untuk menyuntik vaksin terutama vaksin yang sepatutnya disuntik seawal usia anak amatlah perlu. Vaksin pneumococcal sememangnya amat perlu diambil oleh mak ayah untuk anak mereka. Apa sebabnya?

Tak Ambil Vaksin Pneumokokal Anak, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bahaya!

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Sharifah Aida, penyakit pneumokokal boleh menjadi sangat berbahaya bagi kanak-kanak. Jangan biarkan anak jadi mangsa.


Penyakit pneumokokal ini adalah setu jenis penyakit yang dibawa oleh bakteria streptococcus pneumoniae. Penyakit ini menyebabkan masalah terutamanya masalah pernafasan terutama di bahagian telinga dan selaput otak.

Penyakit ini boleh menjadi sangat bahaya, sebab itulah kita sarankan ambil vaksin di kalangan kanak-kanak terutama kanak-kanak di bawah lima tahun kerana kita pernah nampak yang extreme, yang bahagian invasif. Sekiranya mereka nak survive pun, ada yang menyebabkan keadaan yang lumpuh atau pun kerosakan paru-paru yang serius.

Tak Ambil Vaksin Pneumokokal Anak, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bahaya!

Apa pentingnya vaksin Pneumokokal ini sebenarnya?
Disebabkan pneumokokal ini sebenarnya sangat senang nak merebak terutama selalunya pada peringkat dewasa mungkin kita tak ada simptom dan bakteria boleh duduk dalam saluran pernafasan.

IKLAN

Kita pulak balik cium anak-anak kita, jadi bakteria boleh sampai dekat anak-anak kita.

Vaksin ini paling awal kita boleh bagi seawal usia bayi 6 minggu dan ke atas. Kita ada jadual, sekiranya kita ambil awal lagi banyak kuantiti kena ambil sebab bayi masih lagi belum ada tahap imun yang tinggi.

Tapi sekiranya kita ambil masa bayi umur 6 minggu, kita perlukan empat dos sahaja untuk anak.

6 minggu – 4 dos
7 bulan – 3 dos
Setahun – 2 dos
2 tahun ke atas – 1 dos

Tak Ambil Vaksin Pneumokokal Anak, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bahaya!

Bergantung kepada jenis, ada dua jenama yang mak ayah boleh ambil dan harga sekitar RM180 hingga RM300 sahaja bergantung kepada tempat.

IKLAN

Kesan sampingan adalah normal
Semua benda yang kita bagi pada anak sebenarnya ada kesan sampingannya dan ada risikonya. Bagi Pneumokokal ini biasanya anak akan demam, bahagian yang dicucuk mungkin rasa bengkak, lemah dan lesu sikit untuk beberapa hari dan kemudiannya akan hilang.

Bagi saya, vaksinlah anak-anak anda. Saya tahu banyak vaksin yang kita perlukan dalam masa dua tahun pertama anak-anak kita tetapi janganlah abaikan pengambilan vaksin ini. Ini penting.

Tak Ambil Vaksin Pneumokokal Anak, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bahaya!

Tubuh badan anak sihat juga adalah pilihan dari kita. Apa salahnya kita memperuntukkan sedikit kos untuk kesihatan anak. Mak ayah tak rugi pun.

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

Tak Ambil Vaksin Pneumokokal Anak, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bahaya!

IKLAN

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Tak Ambil Vaksin Pneumokokal Anak, Mak Ayah Jangan Buat Tak Peduli, Bahaya!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI