Tidak dinafikan, penggunan gajet pada anak-anak semakin membimbangkan. Lebih parah lagi, ada anak-anak kita yang menangis dan memberontak bila gajet ini dirampas dari tangan mereka. Semua ini harus kita perbetulkan sebelum terlambat.

Mulakan dari awal adalah jalan terbaik namun trik yang dikongsikan oleh Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Siti Aisyah Rozalli ini lebih efisyen untuk mak ayah cuba. Anak pasti leka bermain!

Tak Bagi Menangis, Ini Trik Efisyen Buat Anak Leka Main, Langsung Tak Pandang Gajet!

Anak kecil dah KETAGIHAN GADGET sampai kita buntu tak tahu nak buat apa?

Ni ada beberapa langkah dan aktiviti yang boleh anda lakukan.

Tak Bagi Menangis, Ini Trik Efisyen Buat Anak Leka Main, Langsung Tak Pandang Gajet!

Langkah 1 – Hilangkan gadget dari pandangan anak.
Langkah ni penting untuk pastikan anak tak triggered untuk minta. Dia macam orang haus, nampak air sirap limau ais. Kita rasa nak minum. Kalau takde, tak rasa pun nak minum. Lebih kurang macam tu lah.

Langkah 2 – Distract anak dari minta gadget.
Seminggu pertama nak detox gadget ni, memang kita kena bantu anak belajar untuk entertain diri diorang cara lain.
Boleh guna 5 aktiviti yang saya kongsikan dalam gambar.

Tak Bagi Menangis, Ini Trik Efisyen Buat Anak Leka Main, Langsung Tak Pandang Gajet!

Langkah 3 – Elak jadikan gadget reward.
Jangan. Saya repeat. JANGAN jadikan gadget reward especially masa anda nak detox gadget dengan anak. Anda akan buatkan rindu lama berputik kembali. Kang satgi, dah bagi gadget sebagai reward, satu hal nak berhentikan pula.
Toksah terus tau.

5 AKTIVITI KURANGKAN KETAGIHAN GADGET saya ada kongsikan dalam gambar. Boleh baca explanation panjang sikit pada CAPTION di setiap gambar ya. (Sesuai untuk anak 2 tahun hingga 9 tahun). Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih.

IKLAN

Aktiviti-aktiviti yang saya senaraikan ni, perlu dilakukan bersama 3 langkah nak detox gadget tadi. Dan aktiviti-aktiviti ini sesuai untuk anak-anak 2 tahun hingga 9 tahun. Kalau ada anak bawah 2 tahun dah ketagih gadget, bawa jumpa pakar. Kalau anak atas 9 tahun, buat aktiviti yang lebih matang.

Tak Bagi Menangis, Ini Trik Efisyen Buat Anak Leka Main, Langsung Tak Pandang Gajet!

1. Dalam story time ni, digalakkan untuk anda pilih buku cerita bergambar ringkas, dan dalam ceritanya ada perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh wataknya.

Contoh: “Gajah berjalan mencari kucing. Gajah berjalan ke kiri, gajah berjalan ke kanan”. Ajak anak lakonkan bersama anda bagaimana gajah berjalan tadi.

Tak Bagi Menangis, Ini Trik Efisyen Buat Anak Leka Main, Langsung Tak Pandang Gajet!

2. Yang ni memang boleh buat anak-anak leka tau. Dengan syarat, anda main bersama anak pada awal-awalnya sehingga anak rasa seronok sangat main alat muzik tersebut.

IKLAN

Bila anak dah record tu, anda dengarlah semula. Dan puji beritahu anak, pandai dia olah muzik. Boleh saja gunakan lagu yang anak anda sudah kenal dan ajak anak hasilkan muzik berdasarkan lagu.

Toksah lah sampai nak main gaya professional musician. Asal boleh buat anak ralit dan seronok, itu sudah mencapai matlamatnya.

Tak Bagi Menangis, Ini Trik Efisyen Buat Anak Leka Main, Langsung Tak Pandang Gajet!

3. Barang macam ni, senang bersepah. Saya sarankan ajak anak main di ruang tertentu.
Dalam swimming pool inflatable ke, dalam tong besen besar tadah air (make sure takde air dalam tu), atau hanya dalam bilik .

Kalau anda jenis tak kisah, atau ok je untuk anak sepah di ruang tamu, biarkan saja anak main di ruang tamu.

Boleh sediakan troli beroda, dan ajak anak kemas semula blocks atau trains dia dalam troli beroda tu. Senang.
Anak pun suka tolak troli tu. Kita pun tak sakit pinggang mengutip satu-satu.

IKLAN

Tak Bagi Menangis, Ini Trik Efisyen Buat Anak Leka Main, Langsung Tak Pandang Gajet!

4. Haaa…..Ni saya suka. Tapi, saya pun kadang-kadang tak berapa larat nak layan kalau main benda ni indoor 😅

Kalau rumah ada halaman atau balkoni, letakkan swimming pool inflatable dan pasir ni di halaman rumah atau di ruang balkoni. Nanti kalau sepah, dah lebih mudah untuk dikemaskan.

Tak Bagi Menangis, Ini Trik Efisyen Buat Anak Leka Main, Langsung Tak Pandang Gajet!

5. Yang ni, kat Malaysia, kita jarang main. Tapi, sebenarnya, sangat boleh buat anak ralit tau. Pastikan tiada barang berbahaya yang boleh buat anak tercekik atau terbelit.

Boleh saja anda sediakan satu kamera murah untuk anak ambil gambarnya melalui cermin bila dia dah siap dress up.
Atau anda ambilkan gambar anak yang dah siap dress up.

Tapi, jangan ambil gambar guna handphone. Takut keinginan main phone tu timbul semula.

Saya doakan kita semua dimudahkan dalam urusan detox gadget anak-anak kesayangan kita.

Menarik: Stop Paksa Anak Hug & Kiss Semua Orang, Perkara Ni Ibu Bapa Perlu Sedar

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI