Kebanyakkan ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membawa anak-anak bermain dan pendedahan kepada cahaya matahari. Tambah pula bagi yang tinggal di kawasan rumah bertingkat.
Sebolehnya, luangkan sedikit masa untuk bawa anak main matahari kerana anak-anak sangat memerlukan cahaya matahari untuk perkembangan kesihatan mereka.
Jam berapa anak kena main matahari untuk kuatkan imuniti?
Main matahari kena jadi aktiviti harian anak-anak.
Kebaikan matahari;
– Kuatkan imuniti anak
– Kuatkan tulang
– Tidur anak lebih berkualiti
– Stabilkan mood anak
– Bantu perjalanan fungsi sel
– Bantu hasilkan vitamin D
Ads
Terlalu banyak kebaikan jika kita dapat konsisten ajak anak main matahari setiap hari.
Kalau tak dapat setiap hari, paling kurang 1 jam seminggu kita cuba ya. Sabtu Ahad hari cuti taknak sia-sia kan tau.
Macam mana nak start?
Boleh mula dulu dengan matahari awal pagi dan lewat petang. Sebelum 9 pagi, selepas 5 petang. Konsisten buat yang ni dulu 1 – 2 bulan untuk anak. 20 – 30 minit je sehari paling kurang. Kejap je kan.
Ads
Dah selesa dengan yang tadi, kita cari pulak matahari 9 pagi sampai 5 petang. Tinggi lebih lagi nutrisi dan khasiat matahari waktu macam ni. Yang terbaik, masa tengahari rembang panas tu. Paling tinggi nutrisi.
Tapi, biasakan dulu dengan step yang pertama. Sebelum 9 pagi, selepas 5 petang. Sunburn teruk kalau terus nak redah matahari rembang. Tak bagus, tak elok untuk anak.
Ads
Kekangan masa sebab kita kerja kan. Tapi kena jugak cuba ya. Anak-anak kita sangat kekurangan vitamin D. Tak dapat buat setiap hari, kita cuba seminggu 2 kali paling kurang.
Geram tengok kotoran dalam telinga anak terutamanya yang baby, tapi boleh ke kalau nak cuci telinga bayi ni?
Ikuti penjelasan lanjut daripada Dr. Nik Hisyam, Perunding & Pakar Bedah ENT.
Sesetengah ibu bapa bertanya adakah perlu telinga anak mereka dicuci dan dibersihkan.
Sebenarnya permasalahan tahi telinga selalu berkumpul dalam telinga kita. Sebenarnya tahi telinga ini tak perlu diusik dan dikacau pun ataupun dikorek dengan cotton bud dan apa jua cara sekalipun.
Kalau mak ayah ada nampak kotoran di bahagian luar kawasan telinga, hanya bersihkan bahagian luar sahaja. Jangan sekali-kali memasukkan apa-apa alat ke dalam saluran telinga kerana berisiko berlaku pelbagai masalah.
Contohnya tahi telinga akan masuk ke dalam dan sampai satu tahap tak boleh keluar. Lama-kelamaan tahi telinga ini akan menjadi keras dan menyebabkan dia berkumpul dan susah nak keluar dengan sendiri.
Ini menyebabkan anak merasa sakit jika terlalu banyak dan pendengaran anak juga akan terjejas.
Yang kedua, sekiranya penggunaan alatan mengorek telinga seperti besi, kayu dan sebagainya akan menyebabkan risiko dimana saluran telinga akan luka, berlaku pendarahan dan bengkak. Malah boleh juga berlaku jangkitan kuman pada saluran telinga.
Sebaik-baiknya janganlah dikorek telinga anak-anak. Kalau nampak terlalu kotor, hanya bersihkan bahagian luar sahaja dan ada caranya.
Tip cuci
* Guna cotton bud, celup dengan minyak bayi dan bersihkan kawasan cuping telinga sahaja.
* Elakkan dicuci masuk ke dalam saluran telinga bagi mengelakkan kecederaan, implikasi dan sebagainya.
Penggunaan cotton bud ini disarankan untuk cucian sahaja tetapi bukan untuk mengorek telinga.
Dihujung saluran telinga letakkan di mana gegendang telinga dan apabila tahi telinga menghampiri gegendang ini, memang susah akan keluar dengan sendirinya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti teruja bila gigi anak tumbuh dengan baik. Namun masih ramai ibu bapa yang tidak tahu bilakah waktu sesuai untuk mencabut gigi susu anak. Gigi susu tidak boleh dicabut sembarangan.
Doktor Izaza Mohd Zan menerusi facebooknya menjelaskan bila waktu sesuai gigi susu dicabut. Beliau juga berkongsi Charting gigi sebagai panduan ibu bapa lain.
“Doktor, macam mana nak tau umur yang sesuai gigi susu anak kena cabut?”
Macam ni, cara paling SENANG nak tau time gigi susu nak kena cabut, adalah bila nampak gigi kekal dah tumbuh sikit dan time ni dah boleh cabut gigi susu anak
Tapi kalau nak tengok lebih kurang ikut umur sebenar boleh ikut dental chart kat bawah ni
*charting gigi dari Google*
Umur pertumbuhan gigi susu dan gigi kekal lebih kurang sama ada cepat atau lambat tumbuh dalam 2 bulan ke 3 bulan atau 1 tahun dari jangkaan umur sebenar
Boleh share dengan kawan-kawan untuk elak gigi susu anak-anak dicabut terlalu awal dan bukan pada masa yang sesuai.
Pengalaman bersalin setiap ibu adalah berbeza. Begitu juga dengan pengalaman bersalinkan setiap anak, tentu juga berbeza. Ada yang mengalami sakit bersalin dan ada juga yang bernasib baik melahirkan anak tanpa masalah.
Salah satu sebab ibu tidak mengalami kesukaran semasa bersalin adalah kerana terdapat teknik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Persediaan awal adalah penting bagi membantu ibu mengatasi rasa sakit hendak bersalin.
Sakit bersalin adalah normal untuk setiap ibu hamil. Ini kerana otot badan ketika proses kelahiran, akan bekerja keras untuk mengeluarkan bayi di dalam rahim. Kontraksi pada otot rahim dan tekanan pada serviks semasa tempoh bersalin akan membuatkan anda mengalami ketegangan pada bahagian abdomen, pangkal paha dan belakang badan.
Selain itu, bakal ibu juga akan rasa sakit hendak bersalin kerana berlakunya tekanan pada kantung dan usus yang menyebabkan kepala bayi semakin meregang ke arah tempat kelahiran.
1 Suntik persekitaran kelahiran yang menenangkan. Semasa hampir tempoh kelahiran, pasangkan alunan zikir dan lagu yang menenangkan anda. Selain itu, peralatan untuk bersalin juga mestilah yang dapat membantu anda memudahkan kelahiran seperti tilam yang lembut. Jika anda bercadang untuk bersalin dengan posisi yang berbeza, sediakan peralatan yang perlu seperti bola kelahiran atau bangku kecil. Walau bagaimanapun, pastikan polisi hospital bersalin anda membenarkan anda untuk mencuba posisi berbeza.
2 Lengkapkan diri dengan ilmu bersalin sebelum tempoh kelahiran anda. Anda boleh dapatkannya melalui buku, majalah, laman sesawang, video, kelas pranatal atau bertanya kepada doktor. Pelbagai informasi dapat membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.
3 Atasi ketakutan anda dengan cara meluahkannya kepada orang terdekat anda seperti suami ataupun ibu anda. Doktor juga adalah orang yang terbaik untuk menasihati anda tentang cara-cara mengatasi rasa takut semasa bersalin.
4 Latihan teknik pernafasan adalah kunci paling penting untuk membantu memudahkan proses bersalin anda. Bagi mempelajarinya, hadirilah kelas pranatal yang akan membantu anda mempelajari teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi kontraksi sebelum bersalin. Caranya adalah dengan melepaskan tekanan pada setiap hembusan dan cuba juga menarik nafas laju pada setiap 2 atau 3 saat iaitu 20 hingga 30 kali seminit. Jika anda kehilangan tempo, minta pertolongan pasangan anda untuk membantu anda mendapatkan semula rentak melalui pergerakan mata, tangan atau kepala.
5 Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda kegemaran anda). Keadaan ini dapat merangsang deria anda dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan anda berada pada persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.
6 Hangatkan tubuh dengan mandi air panas. Ini bagi melegakan kesakitan kontraksi, merehatkan minda anda malah ada kalanya ia juga membantu anda untuk mempercepatkan proses kelahiran. Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen anda atau bahagian belakang tubuh anda.
7 Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin. Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan. Anda boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mencangkung mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati pada setiap pergerakan anda!
8 Sentuhan atau urutan daripada suami juga dapat membantu melegakan sakit bersalin anda. Anda boleh minta suami menggenggam tangan anda, membelai pipi atau rambut anda, atau mungkin juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda semasa proses kelahiran.