Jika kita ingin membentuk anak-anak yang berfikir, kita perlu melayan anak sebagai individu yang punya akal dan fikiran.
Berdasarkan perkongsian Pengasas Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar, proses memperbaiki tingkah laku anak menjadi lebih efektif jika anak diajak untuk sama-sama berfikir akan kesan dan akibat perbuatannya berbanding diarah untuk melakukan sesuatu tanpa memahami.
Itulah gunanya akal dan fikiran. Bukan untuk menjadi pandai akademik sahaja ataupun menggunakan akal pada jalan yang tidak sepatutnya.
Bagi anak yang berusia 4 tahun ke bawah, menyelesaikan masalah sendiri adalah sesuatu yang sukar dilakukan oleh mereka kerana keupayaan kognitif (penyelesaian masalah) masih di peringkat awal.
Inilah yang menyebabkan tantrum yang kita lihat pada kanak-kanak usia tersebut.
Apabila mereka menghadapi masalah atau terpaksa berlawan dengan emosi, mereka akan hilang kawalan.
Ads
Dalam situasi sebegini,
1) memindahkan anak dari situasi yang menyebabkan dia hilang kawalan ataupun memindahkan objek yang menyebabkan anak hilang kawalan adalah kaedah yang terbaik.
2) membimbing anak memikirkan alternatif adalah juga kaedah yang baik.
Contohnya:
“Ibu tidak benarkan kamu menendang bola dalam rumah. Jom kita ke padang.”
Ads
“Ayah tidak benarkan kamu memukul orang lain. Kalau geram sangat boleh pukul bantal tetapi bukan kawan.”
Apabila anak sudah lebih dari usia 4 tahun, kita sudah boleh melatih anak dengan skil penyelesaian masalah.
Ads
Jika berlaku sesuatu, tanyalah pada anak:
“Kenapa ini berlaku?”
“Bagaimana perasaan bila jadi begini?”
“Apa yang boleh dibuat supaya tidak berlaku lagi?”
“Bagaimana hendak memperbaiki keadaan?”
Jangan memandang rendah keupayaan anak untuk berfikir. Jika kita tiada keyakinan pada anak-anak, mereka juga tidak yakin dengan keupayaan mereka sendiri.
Ini adalah proses yang menggalakkan anak menggunakan akal dan fikiran apabila melakukan kesilapan atau menghadapi kesukaran.
Ini merupakan skil yang penting dalam kehidupan.
Fasha sendiri terkejut melihat gelagat anaknya yang sangat tidak disangka bahkan hairan dari mana si kecil tahu memberikan pendapatnya berkenaan hal tersebut.
Kehairanannya diluahkan menerusii tulisan kapsyen di posting tersebut.
Rayfal oh Rayfal, baru 5 tahun… Dah pandai mintak macam2 pelik2. Entah siapa ajar? Ibu tak faham. Takkan budak 5tahun dah tau benda macam ni?? Apakata mintak je kat Dada adik baru. Haih. ? Off late ni, Almost everyday mintak baby in ibu’s tummy, help!
Memang bijak Rayfal ni. Agaknya dia pun teringin nak mempunyai adik kecil lain seperti abang Rayqal yang sudah mempunyai adik NeyNey.
Selain dari itu mungkin juga si kecil ini rindukan kehadiran seorang ayah di sisinya setiap hari.
Memang normal kanak-kanak sebaya Rayfal meminta ibu memberikannya seorang adik kerana sifat penyayang yang ada dalam dirinya selain ia juga menunjukkan kematangan si kecil yang selama ini mungkin memerhatikan hidup yang dilalui oleh ibunya tanpa suami di sisi.
Video lucu tapi menyentuh hati tersebut mendapat tontonan ramai netizen dan kebanyakannya memberi komen sokongan kepada Fasha dan anak-anaknya.
Anak manja boleh jadi rajin jika kena trik didikan mak ayah, boleh cuba trik psikologi ini. Anak-anak yang manja biasanya paling sukar untuk mak ayah minta pertolongan darinya sehingga kadang-kadang perlu meninggikan suara.
Hendak meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau nak anak jadi rajin kenalah dilatih dari awal. Jadi bagaimana caranya ya? Untuk permulaan boleh cuba cara ini.
1.Pertandingan kemas rumah
Kanak-kanak memang suka bermain. Mungkin anda boleh lakukan tugasan di rumah sebagai suatu permainan yang menyeronokkan. Misalnya, permainan mengutip barang permainan yang bersepah.
Siapa yang dapat mengumpul barang permainan paling banyak akan menjadi pemenang. Pastinya mereka akan seronok melakukan aktiviti ini bersama adik-beradiknya yang lain.
2.Ganjaran
Ganjaran dikatakan tidak digalakkan untuk kanak-kanak, namun tidak salah sekali kala memberi ganjaran kepada usahanya. Misalnya berjaya menyiapkan tugasan seperti mengemas bilik, lap meja makan dan membuang sampah. Atas kejayaannya anda boleh membawanya ke satu tempat yang menarik, memberinya kek atau makanan kegemarannya.
Dalam pada itu, jangan lupa lihat hasil kerjanya dengan perasaan gembira walaupun ada yang anda tidak puas hati. Apa yang jelas, kanak-kanak akan berasa gembira apabila usahanya dihargai.
Cara ini membuatkan ia berasa bangga dan yakin diri. Sebaliknya akan sedih dan kecewa apabila usahanya tidak dihargai dan mendapat cemuhan daripada anda. Apa yang pasti, dalam usia ini, kanak-kanak sepatutnya dididik supaya menghargai hasil kerjanya.
Bukan mudah untuk menyuruh anak terutamanya lelaki menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tadikanya. Ada sahaja alasan tidak mahu melakukan kerja sekolah. Oleh itu, anda perlu tunjukkan kepadanya situasi bagaimana kejayaan jika bersikap rajin. Jelaskan juga kesan negatif jika bersikap malas.
Katakan kepadanya, jika adik mahu berjaya menjadi angkasawan atau peguam mesti rajin baca buku dan menyiapkan kerja sekolah. Sebaliknya jika bersikap malas segala cita-cita yang diimpikan tidak akan berjaya.
4.Intonasi suara
Biasanya kanak-kanak yang rajin akan melakukan kerja yang diberi dengan kemas dan penuh keseronokan. Bagi kanak-kanak yang bersikap malas pula, hasil kerjanya tidak memuaskan dan tidak teratur kerana menganggap tugasan itu satu bebanan kepadanya.
OLEH ITU, PASTIKAN INTONASI SUARA ANDA BUKAN KEADAAN MARAH SEMASA MEMBERI ARAHAN. LUMRAH BAGI KANAK-KANAK SUKA APABILA DIRINYA DIBERI ARAHAN DENGAN INTONASI SUARA YANG MESRA. ‘ABANG LONG, BOLEH TOLONG MAMA KEMAS MEJA MAKAN INI SEKARANG.
5.Pujian
Kanak-kanak suka kepada pujian. Selepas selesai melakukan tugasan yang diberi, berikan pujian kepadanya. Lakukan begitu setiap kali berjaya melakukan tugasan dengan baik iaitu mengemas katil, bilik atau permainan yang berselerak. Jelaskan kepada mereka bahawa berjaya melakukan tugasan pada masa yang ditetapkan adalah seorang anak yang baik.
6. Membantu lakukan tugasan
Kadang kala, arahan anda tidak diendahkan oleh anak. Jangan mudah untuk meninggikan suara. Misalnya jika dia tidak mahu mengemas biliknya. Oleh itu, anda perlu melakukan tanpa membebel atau memarahinya. Pada masa yang sama mengajaknya untuk membantu anda.
Tindakan ini adalah cara psikologi supaya anak akan merasa rasa bersalah apabila melihat anda pula yang mengemas biliknya. Lama-kelamaan, cara ini akan membuatkannya berubah sikap mahu melakukan kerja yang diberi oleh anda.
7.Persekitaran bersih
Kaitkan kehidupan dengan persekitaran yang sihat. Jelaskan kepadanya setiap manusia perlu hidup dalam suasana yang ceria dan sihat. Oleh itu, persekitaran rumah perlu bersih. Kaitkan dengan persekitaran yang bersih akan membuatkan badan sihat dan mengelak daripada batuk dan demam.
Oleh itu, untuk menjadikan sihat, seorang itu perlu rajin membersihkan rumah supaya persekitaran bebas daripada bakteria. Badan yang sihat mampu meningkatkan sistem imun badan.
8. Idola pembakar semangat
Kanak-kanak memang terkenal dengan sikap yang suka meniru perwatakan orang lain. Untuk mendidik dirinya bersikap rajin, anda cuba mencari idola yang disukainya. Jelaskan sikap positif idolanya untuk dicontohinya misalnya rajin menolong ibu bapa mengemas rumah.
Beritahu kepadanya bahawa jika bersikap rajin dirinya akan disukai oleh semua orang. Untuk memudahkan anak faham, jelaskan dalam bentuk yang ringkas dan mungkin penceritaan supaya anak anda mudah memahami perwatakan idola kesukaannya.
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Dalam dunia pendidikan yang semakin maju, kita sering menumpukan perhatian kepada pencapaian akademik, tetapi jarang memberi fokus kepada isu kesihatan asas yang boleh menggugat proses pembelajaran itu sendiri. Salah satu daripadanya ialah masalah kutu rambut, satu ancaman kecil namun serius yang boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan emosi, sosial dan pembelajaran anak-anak. Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa masalah kutu rambut masih kerap berlaku terutamanya di sekolah rendah, terutamanya dalam komuniti berpendapatan rendah dan padat penduduk. Ini menuntut pendekatan yang lebih holistik dan proaktif.
Kutu rambut ialah parasit kecil berukuran sekitar 2-3 mm yang melekat kuat pada rambut berhampiran kulit kepala. Ia bertelur di pangkal rambut berhampiran kulit kepala yang hangat dan lembap — persekitaran ideal untuk telur menetas. Kutu tidak membawa penyakit berbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan jangkitan sekunder apabila kanak-kanak menggaru dengan kuat, menyebabkan luka terbuka yang mudah dijangkiti bakteria. Dalam sesetengah kes, alahan kepada air liur kutu boleh menyebabkan ruam dan keradangan kulit yang serius.
Kutu merebak terutamanya melalui:
Satu kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati sehingga 30% pelajar sekolah rendah di kawasan luar bandar pernah dijangkiti kutu rambut. Ini bukan sekadar isu kebersihan tetapi turut menjejaskan emosi kanak-kanak:
Menangani isu ini dengan serius bukan sahaja melindungi seorang anak, tetapi seluruh komuniti sekolah daripada jangkitan berulang.
Kutu rambut bukan sekadar gangguan kecil — ia cerminan sejauh mana kita memandang serius kesihatan asas anak-anak. Ia memerlukan lebih daripada sekadar rawatan fizikal; ia menuntut pemahaman, empati dan pendidikan. Dengan kesedaran menyeluruh, tindakan kolektif dan sokongan komuniti, kita mampu menghapuskan kutu rambut daripada menjadi norma di sekolah-sekolah. Mari kita jadikan kepala anak-anak kita bukan tempat kutu membiak, tetapi tempat ilmu dan keyakinan berkembang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.