Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji. Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah.
Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan isteri, urusannya dipermudahkan dengan izin Allah, mudah-mudahan. Asalkan ia dilakukan dengan ikhlas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan inspirasi. Memberikan kejutan sajian makanan yang disukai cukup menggembirakan si kecil. Melihat anak isteri menikmatinya pun hati suami sudah cukup membuatkan diri terharu.
“Ayang, bgtau anak2 yg abg dah beli pizza ni…ptg ni kita makan pizza…”
Hari ni hari gaji…
Check tadi, tgok2 gaji dah masuk…Allah, seronoknya hati…trus wassup wife, bgtau kat wife…sblum blk keje, order pizza siap2 then terus p ambik…xsabar ni nak bwk blk pizza bg kat isteri, bg kat anak2…
Apa la reaksi diorang nanti…
Ads
Sampai je kat umah, isteri buka pintu, anak2 terus serbu…”Yeay yeaay, makan pizza, makan pizza…” Allah, seronok plak abah tgok anak2 abah gembira mcm ni…
Saya tengok je diorang mkn, gembira anak2 dan isteri dpt mkn pizza…bukan hari2 dpt mkn pizza…setiap bulan, hari gaji ja beli…klu bukan pizza, kfc…klu bukan kfc, bwk mkn luar…
Tapi semua tu tak selalu…
Hari gaji ja buat mcm tu…hari2 biasa, back to normal life, makan apa yg ada…nasi putih, ikan goreng…nasi putih, ayam kicap…nasi putih, telur masak merah…nasi putih, sup sayur…
Ads
Hari biasa, makan xbleh mewah2 sbb duit x lebih byk pun, bajet ngam2 ja…maka kita bersederhana masa hari biasa, dan kita mkn sedap2 masa hari gaji…ini yg selalu saya buat utk keluarga setiap bulan…
Kita yang jadi suami ni, jangan berkira untuk membelanjakan apa-apa saja untuk isteri dan ank2 bila kita ada duit…sebab mereka, urusan kita dipermudahkan…sebab mereka, rezeki kita dimurahkan…sebab mereka, kita diberikan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki…gembirakanlah mereka dengan kemampuan yang ada, selebihnya Allah jua lah yg akan mencukupkan kita..
Jangan risau bab cukup tak cukup tu…
Akhir kalam, manusia tidak akan mengetahui akan sesuatu nikmat kecuali bilamana nikmat itu hilang drpdnya…melihat isteri dan ank2 gembira adalah satu nikmat utk seorang suami yg sentiasa berusaha memikirkan yg terbaik utk keluarganya…
Nota kaki : Sebaik2 sedekah disisi Allah itu adalah pd ahli keluargamu…dah bersedekah kpd ahli keluarga ke belum tu?
Pemilihan baby car seat mesti disesuaikan dengan badan bayi dan kanak-kanak supaya mereka selesa dan paling penting posisi car seat mestilah selamat untuk si manja!
Tips Pemilihan Car Seat & Posisi Car Seat yang Selamat Untuk Si Manja
Berikut adalah jenis car seat & posisi yang sesuai:
1. Car Seat khas untuk bayi
Paling sesuai untuk bayi baru lahir dan bayi kecil kerana ianya dipasang menghadap ke belakang kereta (rear facing)
Kedudukan ini direka untuk memberikan perlindungan tambahan untuk kepala, leher dan dada bayi sekiranya berlaku perlanggaran
2. Car seat boleh tukar / diselaraskan
Sesuai digunakan untuk bayi yang berumur 9 bulan hingga 2-3 tahun.
Lebih besar dan kelihatan kukuh.
Cara memasang car seat ini diletakkan menghadap ke hadapan atau menghadap ke belakang yang boleh dilaraskan mengikut tumbesaran anak (rear & forward facing)
3. Car seat 3-dalam-1
Saiz lebih besar dan direka untuk menghadap ke hadapan (forward facing). Sesuai untuk kanak-kanak 2-7 tahun.
4. Tempat duduk penggalak tambahan atau booster-sesuai utk 4-12 tahun.
Sekarang musim ibu bapa beli peralatan sekolah, dan salah satu kelengkapan penting adalah beg sekolah. Ibu bapa perlu membeli beg sekolah yang betul untuk elak kemudaratan pada anak-anak.
Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah-masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.
◾ Cara Pilih Beg Yang Betul:
1. Jenis:— mempunyai dua tali penyandang, dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.
2. Dalaman:— mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.
3. Saiz:— bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.
◾Cara Galas Beg Yang Betul:
1. Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.
2. Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh da tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan/berlari.
3. Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.
Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada ibubapa dan anak-anak!
Cabaran membesarkan anak tak sama. Jika masa kecil kita tak cukup rehat sebab anak selalu merengek, menangis tak tahu apa yang dia nak, apabila anak masuk alam persekolahan, lain pula cabarannya.
Dengan kecanggihan teknologi yang semakin hebat sekarang ni, lagilah susah nak kawal gerak geri anak. Sebab itu, bila ibu bapa terleka sikit, cepat je anak akan belajar benda yang langsung tak terfikir pada zaman kita dulu.
Perkongsian dari Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini mengenai permasalahan anak zaman sekarang patut diberi perhatian oleh ibu bapa.
Ada ibu bapa yang keliru dan tertanya-tanya adakah anaknya normal atau tidak setelah melihat tindak-tanduk mereka kebelakangan ini. Boleh kata setiap hari ada yang PM saya bertanyakan hal ni.
Maka, dalam post ini saya senaraikan perbuatan normal dan tidak yang mungkin dilakukan oleh seorang anak lelaki atau perempuan berusia 12 tahun ke bawah.
1. Anak luahkan yang beliau suka dan cintakan seseorang. Kadang-kadang beliau cakap nak kahwin dengan budak itu atau budak ini. Ini normal. Ia dipanggil fitrah manusiawi. Anak sebut begitu pun mungkin sebab dah biasa layan drama tv yang ada genre cintan cintun.
Yang tak normal adalah anak sukakan seseorang, tetapi dalam masa yang sama ada keinginan nak kiss mulut budak itu atau pegang punggung kanak-kanak berkenaan atau lain-lain kelucahan.
2. Anak lelaki ada ketika menyeluk tangan ke dalam seluar atau memegang seluar (kemaluan) walau tangan tidak diseluk. Perbuatan ni sebenarnya bertindak balas dari rasa ingin tahu anak lelaki, kenapa kemaluannya kejap kecil, kejap besar, kejap pendek, kejap panjang.
Yang tak normalnya adalah anak lelaki bukan sekadar memegang kemaluan, tetapi memegang kemaluan kawan-kawannya, genital adik beradiknya samada lelaki atau perempuan. Lebih parah andai anak lelaki ini sudah tahu menggosok-gosok kemaluan persis melakukan onani.
3. Anak perempuan yang ada ketika menggaru-garu kemaluannya. Mungkin gatal. Perlakuan ini normal.
Yang tak normalnya adalah anak perempuan ini memasukkan jarinya ke dalam kemaluan, menggesel atau sembamkan kemaluannya pada orang lain atau perlakuan lain-lain.
4. Kanak-kanak main kahwin-kahwin. Tak kisahlah sesama sepupu sepapat ke, sesama adik beradik ke. Ia normal.
Yang tak normalnya adalah main kahwin-kahwin, tapi perbualan mereka dah menjurus idea malam pertama, buat anak dan seks.
5. Anak lelaki atau anak perempuan yang melukis tubuh badan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Yang tak normalnya adalah kanak-kanak ini melukis gambar manusia, tetapi di bahagian dada dilukis payudara yang besar, kemaluan lelaki yang panjang atau lain-lain private part. Juga mereka meletak dialog lucah dalam setiap lukisan itu.
6. Anak-anak berkumpul dengan sepupu ketika balik kampung dan bermain aktiviti di luar rumah seperti panjat pokok, kejar ayam, main layang-layang dan lain-lain aktiviti.
Yang tak normalnya adalah anak-anak ini bermain dengan sepupu dalam rumah, duduk dalam bilik, siap berkunci lagi. Juga mereka main di satu sudut, seolah-olah cuba menyorok dan menyimpan rahsia aktiviti apa yang sedang mereka lakukan, sambil di tangan mereka ada handphone.
7. Anak balik dari sekolah dan bercerita pasal kawan-kawannya. Kisahnya menjurus kepada layanan cikgu, topik yang dipelajari, sikap kawan-kawan atau sikap rakan-rakan yang mengejek (ini masalah juga sebenarnya).
Yang tak normalnya adalah anak balik sekolah dan menyebut perkataan kunyit, serai yang kedua ini merujuk kepada hubungan gay dan lesbian. Anak juga dah pandai cakap fuck dan tunjuk jari tengah.
Kalau anak tak menyebut perkataan atau perbuatan berkenaan, tak normal juga kalau beliau kongsikan ada kawan menyebut nak rogol kawan, main bontot dan lain-lain istilah. Ada something wrong yang dah berlaku di sekolah.
Sebenarnya ada banyak lagi keganjilan kisah-kisah yang saya perolehi. Cuma, nak bagi tahulah, jika perbuatan tak normal ini berlaku, maka ini kemungkinannya,
1. Anak kita telah terdedah dengan pornorafi. Samada dari handphone yang kita bagi atau sepupu yang ajar tengok video lucah masa balik kampung.
2. Anak pengasuh yang ajar, atau budak-budak transit. Akhirnya, anak ini rasa ia satu permainan dan meneruskan habitnya di rumah.
3. Anak melihat perlakuan jimak mak ayah depan mata. Maklumlah, jenis tak reti pisahkan tempat tidur anak sampai usia 12 tahun. Mak ayah expect anak dah tidur. Tanpa mereka sedar, anak curi-curi melihat dan memerhati.
4. Darah daging sendiri yang jadikan anak kita mangsa. Samada ayahnya sendiri, bapa sedara, sepupu, adik beradik dan lain-lain. Juga boleh jadi individu yang lain seperti cikgu sekolah, pemandu bas, pakcik kantin, kawan kepada kita dan lain-lain.
5. Kawan ajar di sekolah.
6. Masih mandi bogel bersama adik beradik. Bila balik kampung, mandi bogel dengan sepupu sepapat pula.Jika perilaku anak seperti yang saya kongsikan (tak normal), maka ini nasihat saya,
1. Tolong pastikan siapa yang ajar anak. Kadang-kadang, anak berkelakuan tak senonoh disebabkan dia tak tahu benda tu salah. Apatah lagi si pelaku dah tanamkan mindset jangan bagi tahu sesiapa, ini rahsia kita berdua dan diberi ganjaran kemudiannya.
2. Kena rujuk bahagian kanak-kanak di hospital jika dah sampai tahap ketagih. Akan ada sesi rawatan yang perlu anak ikuti.
3. Jika puncanya ada kaitan dengan jenayah, maka mak ayah please bela dan tuntut keadilan untuk anak. Lakukanlah apa sahaja walau kena buang keluarga, dipulaukan, turun naik mahkamah atau dituduh sengaja memfitnah.
4. Report polis jika anak berkelakuan lucah disebabkan menjadi mangsa pengantunan (sex grooming)
5. Paling penting, sentiasa doakan anak kita, tunjukkan contoh yang baik, sentiasa pesan tentang private part, sentuhan selamat dan tidak selamat dan lain-lain.
Jika ada orang lain bagi tahu anak kita berkelakuan tak normal, jangan melenting tak tentu pasal. Siap kata aku pandailah jaga anak sendiri. Fokus kita sekarang adalah masa depan anak berkenaan dan anasir-anasir lucah disekelilingnya. Setiap dari kita berperanan.