Tahun ini dianggap paling bermakna buat penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil apabila anak sulungnya, Dr. Puteri Julia Nabilah kini hamil.
Perasaan keterujaan itu dikongsi Ziela menerusi Instagram yang nampaknya tak sabar untuk menimang cucu dan melangkah ke satu fasa seterusnya bergelar nenek.
Dalam kegembiraan itu, Ziela turut menitipkan doa buat anak dan menantunya serta kandungan Julia semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati semua orang dan seorang yang mentaati dan memulikan ibu bapanya nanti.
Setelah pengumuman yang dibuat oleh Julia minggu lalu mengenai dirinya sedang hamil, ramai peminat Ziela turut berkongsi rasa gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk kandungan Julia.
Menghargai ucapan dan doa yang baik dari semua netizen, Ziela sangat berterima kasih dan mengharapkan Allah memberi perlindungan buat anak, menantu dan bakal cucunya, baby A.
Ads
Sebelum ini, berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Julia dengan memuat naik foto imbasan ultrasound.
Ads
“The most precious blessing that Allah sent us in 2018. May He mould you as perfect as His most perfect creation little one ♥️,” tulisnya.
Sewaktu anak sulungnya Anais Adha mencecah empat bulan, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia hamil lagi. Namun, atas nasihat doktor, beliau terpaksa menggugurkan kandungannya itu.
Sakinah mengakui, dia amat sedih dengan apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, terpaksa akur dan mengikut nasihat doktor atas faktor keselamatan dan kesihatan dirinya memandangkan baru sahaja melahirkan anak melalui pembedahan caesarean.
“Saya memang tidak menyangka hamil anak kedua dalam jarak masa yang dekat selepas kelahiran Anais. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihatkan doktor untuk gugurkan, saya sedih. Selepas disahkan hamil, saya diberi tempoh seminggu. Saya makan nanas untuk keluarkannya.
Sebenarnya, hamil semula dalam masa terdekat selepas bersalin caesar sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko.
Paling ‘gangster’ kalau nak hamil anak kedua selepas caesar adalah setelah enam bulan bersalin. Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lepas.”
Menurut Sakinah, walaupun ketika itu jarak usia Anais dan bayi dalam kandungan rapat, dia bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.
“Pada masa itu, saya okay sahaja nak timang anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.
Tapi buat masa sekarang, saya belum bersedia untuk itu sebab sangat sibuk. Malah, masa bersama Anais pun terhad. In sha Allah, kalau tahun depan semuanya okay dan kerja tak banyak, baru boleh fokus untuk tambah anak lagi.” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dikhabarkan akan bersalin pada bulan September nanti, pelakon cantik, Mona Allen juga mengadakan majlis gender reveal bagi berkongsi jantina bayi dalam kandungannya. Setelah lebih kurang empat tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan juga pelakon, Pekin Ibrahim mereka kini teruja menanti detik kelahiran cahaya mata pertama.
Pelbagai usaha dilakukan termasuklah kaedah perubatan Islam. Sebelum mencuba, Mona dan Pekin terlebih dahulu menjalani pemeriksaan bersama pakar dan mereka berdua didapati tiada masalah kesihatan yang lain.
Mona berikhtiar dengan meminum air kelapa muda yang dibakar yang disertakan dengan doa. Selepas tiga kali mengamalkan minuman tersebut, dengan izin Allah SWT pasangan romantis ini kemudiannya disahkan hamil.
Di dalam video tersebut dapat dilihat Mona dan Pekin berpakaian merah jambu yang mana sangat sinonim dikaitkan dengan bayi perempuan. Namun, setelah belon besar berwarna hitam diletupkan ternyata Mona hamil anak LELAKI!
Semoga Mona terus sihat sepanjang menunggu tarikh jangkaan bersalin dan segala urusan dipermudahkan. Tahniah Mona dan Pekin!
Sebenarnya bila keadaan fizikal ibu hamil tidak membenarkan dia berpuasa tapi dipaksa juga untuk berpuasa dibimbangi boleh memudaratkan keadaan bayi dalam kandungan.
Sementara menanti beberapa hari lagi menjelang Ramadan, apa kata ibu hamil fahami betul-betul cara terbaik menjalani ibadah puasa ketika sedang berbadan dua seperti dikongsi oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak.
Bertuah kalau berpeluang puasa penuh
Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.
“Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor.
Maka, tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.
Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan.
Rata-rata alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa .
Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada teman untuk berpuasa sama. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.
Kalau mudaratkan bayi ibu kena berbuka
Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.
Mereka menangguhkan masa untuk berbuka “Tunggulah setengah jam lagi.” Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka.
Hal yang demikian sepatutnya tidak berlaku kerana ibu perlu mengambil kira keadaan bayi ketika ini, apabila gejala-gejala kekurangan gula berlaku, akan menimbulkan mudarat pada bayi anda.
Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan janin sendiri.
Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya. Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.
Di sini ingin saya berkongsi tips-tips mudah bagi ibu-ibu hamil mengekalkan kesihatan unggul semasa hamil dan berpuasa.
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur.
Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.
Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari
Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak; dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh.
Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda.
Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa berpuasa?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi
Kepada ibu mengandung yang difikirkan sihat dan boleh berpuasa oleh doktor, selamat berpuasa. Yang tak boleh tu, atau dalam erti kata lain berpuasa boleh memudaratkan, jangan degil jugak untuk berpuasa.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.