Anak makin besar, perangainya cukup menguji kesabaran ibu bapa. Macam-macam perasaan akan muncul apabila anak dah mula buat perangainya.
Nak cubit, nak marah, nak pukul semua ada dalam waktu itu. Disebabkan ini ada ibu bapa yang tak dapat menahan sabar sehingga anak jadi mangsa keadaan.
Paling menguji kesabaran ibu bapa apabila anak mula mengamuk apabila tidak dapat apa yang dimahukannya.
Antara perkara yang boleh dibuat untuk meredakan anak yang sedang mengamuk adalah:
– Peluk anak dari arah belakang.
Ads
– Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
– Bacakan Surah Toha ayat 1- hingga 5 pastu tiupkan di ubun-ubun anak
– Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
Benar, kadang-kadang dalam keadaan kita marah kepada anak, mungkin tidak disedari keluar perkataan-perkataan yang buruk seperti, “Ya Allah, nakalnya anak aku ni!” atau banyak lagi perkataan-perkataan lain yang mungkin kita tidak sedar kerana berada dalam keadaan marah.
Ads
Doa ibu bapa kepada anaknya termasuk dalam kategori doa yang amat mustajab.
Ketika kita mengeluh berkenaan dengan nakalnya anak kita, renungkan diri kita kembali. Apakah kita pernah mendoakan kebaikan untuknya?
Apakah kita selalu mendoakan anak kita termasuk dalam generasi mereka yang menunaikan solat?
Apakah kita selalu mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh?
Ads
Apakah ketika kita marah, kita mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya untuk anak kita? Banyak yang perlu dimuhasabah.
Jangan hanya berdoa sekali atau dua kali, terus kita mengharapkan anak kita akan berubah. Perlu lebih jujur dan istiqamah dalam berdoa jika kita benar-benar sayangkan anak-anak kita.
Sama-samalah kita mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak. Jangan sesekali meremehkan kuasa doa.
Sumber: Muhamad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ada tiga anak, tiga perangai yang perlu ibu bapa hadap sehingga anak betul-betul matang dan boleh berfikir dengan logik.
Marah, pukul pun tak guna sebab anak kecil tak boleh nak faham lagi. Mungkin masa kita marah anak dengar, tapi hari berikutnya anak kembali ulang perkara sama. Tak kan la ibu bapa nak hari-hari marah kan?
Perkongsian bijak daripada Puan Sharifah Shuwaidah menghadapi perangai anak-anak sangat membantu.
Saya juga mengalami perkara yang sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.
1) Baju kotor rumah bersepah – puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam, tetapi puan cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yang cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif).
Pandanglah anak-anak puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.
2) Panjat, jerit tak dengar kata – saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat-sangat dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan terangkan pada anak apa yang kita nak anak buat.
3) Puan sungguh bertuah jika tidak bekerja kerana dapat mendidik anak ke jalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak-anak semasa mereka tengah main, join aktiviti mereka dan bergurau insyallah bila anak-anak melihat ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak-anak akan berubah. In shaa Allah.
Saya kata terus terang puan, saya sampai anak-anak ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama-sama anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata.
Akhir skali sekiranya puan betul-betul tak dapat control, puan lihatlah anak-anak seperti esok kita dah tak jumpa mereka lagi. Maaf mereka dan ingat anak-anak bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.
4) Setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup ke ubun-ubun mereka dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yang puan impikan pada anak.
Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak-anak subhanallah doa dan bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul-betul dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.
Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak, automatik dengan segera berubah mood kita puan. Anak memang itu fitrahnya, bila kita pukul atau marah mereka itu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita.
Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak-anak puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah s.w.t MAHA pengasih dan Allah s.w.t amat benci kemarahan atau kekasaran. Insyaallah, semoga bermanfaat.
Sumber: Puan Sharifah Shuwaidah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kita berbeza-beza. Ada yang takut pada binatang, ada pula yang pencinta haiwan. Minat dan kemahuan anak-anak kecil bukan dipaksa tetapi adalah naluri mereka sendiri. Kita sebagai ibu bapa harus menyemai minat anak-anak kecil ini untuk mereka meneroka lebih jauh lagi.
Perkongsian saudara Yaqzan Yaziq mengenai anaknya yang cukup sukakan pada tanaman, bunga dan haiwan ini sememangnya cukup unik. Maka bantulah anak kita untuk mengembangkan minatnya. Bukan hanya mampu mencipta bonding bahkan banyak manfaat lain dalam mendorong minat anak, lebih-lebih lagi yang suka menanam pokok dan cintakan alam.
Tip yang dikongsikan ini boleh mak ayah jadikan panduan untuk membantu minat anak.
Anakanda ini sifatnya naturalist. Habis semua pokok, bunga dan haiwan ditanyanya. Ayahanda bukannya tahu sangat, banyak kena google dan gebang.
Ini Auni Al Humayraa’ binti Mohammad Yaqzan. Umurnya 5 tahun. Di rumah dipanggil kakak. Di luar dipanggil Auni. Di tadika dipanggil Humayraa’. Di kisah media sosial dipanggil anakanda.
Jangan salah faham. Anakanda memang memanggil ayahnya ayahanda dan ibunya bonda. (Saya berjiwa klasik).
Ini suatu momen di Taman Tasik Cempaka. Pagi yang segar, disebabkan demam on off kerana virus, saya rehatkan beliau dan bawa beliau berjogging di taman.
2020 ini saya telah berjaya capai satu impian apabila mula bekerja sendiri untuk Dewdemy. Saya sudah ada banyak masa berkualiti dengan anak.
Seronok betul bila jumpa bunga kemboja. Anakanda panggil bunga sakura (sebab asalnya ayahnya tak tahu nama bagitahu je lah nama bunga sakura 🤣) Habis semua bunga yang gugur dikutipnya, masuk dalam beg Ayahanda!
Tahun lepas kami buat projek jurnal tanaman. Projek Jurnal Tanaman ini sesuai untuk anak naturalis.
1. Beli biji benih pelbagai jenis yang senang dan cepat tumbuh di Eco Shop seperti bayam, kangkung, sawi dll.
2. Beli set alatan menanam di Eco Shop juga.
3. Beli baja dan tanah sesuai.
4. Beli cawan plastik, buat isi tanah dan baja.
5. Sediakan timeline projek. Diskas secara matang dengan anak tentang misi projek dan hasil yang mahu dicapai.
6. Dari hari pertama, buat bersama anak gaul tanah dan baja, cucuk lubang pada cawan, tanam biji benih dan siram. Serta label jenis pokok.
7. Ajar anak siram sendiri setiap pagi sebelum ke sekolah dan petang selepas pulang, hingga menjadi rutin.
8. Sediakan buku sketch. Suruh anak lukis apa-apa perubahan berlaku, hari demi hari. Buat seperti jurnal.
9. Bila benih bercambah anak memang rasa sangat puas dan suka. Lukis lagi dan track lagi hari demi hari.
10. Pupuk rasa kasih sayang pada alam. Pupuk rasa ingin tahu dan belajar bersama sekalipun guna google dan youtube.
11. Sentiasa memuji anak. Peluk dan high five. Sentiasa dorong anak setiap kali berbuat baik kepada tumbuhan.
12. Dilarang marah. (Aku pantang parents marah anak perkara bodoh depan khalayak ramai)
Tamatkan timeline projek. Anak memang seronok lihat hasilnya sebab anak track dan follow up hari demi hari.
Kembangkan lagi ilmu anak. Cerita asal usul sayuran setiap kali mahu memasak dan beli barang di pasar. Ada masa saya tulis lagi.
Yang penting, ibubapa mesti turut serta. Letaklah sekejap laptop di tepi, file kerja di meja dan phone di tangan, fokus sejenak 200% untuk anak.
Tidak lama tidak mengapa. Yang penting masa berkualiti walaupun sedikit.
Kita tidak kaya. Kita tidak berpangkat besar. Tetapi kita punya harta anak yang tiada tanding nilainya.
“Setiap anak adalah bintang dengan caranya sendiri. Tergantung kita orang tuanya, bagaimana menemukan bintang itu dalam diri anak. Karena tak jarang orang tualah yang memadamkan sinar bintang anaknya sebelum bintang itu benar-benar terlihat bersinar” – Bunda Erysha
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti anda biasa berhadapan dengan kerenah si kecil mengamuk apabila dikejutkan bangun dari tidur. Rasa masih mengantuk menyebabkan anak kecil mudah ‘naik angin’ apabila dikejutkan dari tidur.
Sesetengah ibu bapa kurang menyedari kepentingan tidur yang secukupnya kepada si kecil. Kanak-kanak berusia bawa enam tahun masih memerlukan jumlah tidur yang cukup sekurang-kurangnya sembilan jam sehari.
Jangan mengikut kehendak anak yang hendak menonton televisyen sehingga lewat malam atau asyik bermain gajet hingga sukar hendak berhenti. Tetapkan disiplin demi kesejahteraan dan perkembangan positif mereka.
Tidur yang cukup amat baik bagi perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Semasa waktu tidurlah, bayi dan kanak-kanak dapat berehat dan mengumpul kembali tenaga yang telah digunakan pada waktu sebelumnya dan kembali bertenaga setelah bangun dari tidur.
Waktu tidur yang betul akan membantu mencergaskan otak dan tubuh badan anak-anak sebaliknya waktu tidur yang salah iaitu ‘tidur lewat petang’ tidak akan membantu bahkan menjadikan perkembangan otak bayi dan kanak-kanak menjadi lemah.
Anak-anak hendaklah dimandikan terlebih dahulu selepas bangun dari tidur, di ikuti dengan minum pagi atau minum petang. Ini membantu mengembalikan semula kecergasan anak-anak.
Kanak-kanak yang kurang tidur akan mengalami masalah seperti:
Kisah menyayat hati seorang bayi yang ditinggalkan selepas ibu meninggal lepas bersalin. Bersama nota penuh emosi daripada kakaknya, cerita ini menyentuh hati ramai tentang kasih, pengorbanan dan harapan masa depan si kecil Ameera.