Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak yang sihat, cergas dan membesar dengan ketinggian ideal. Ramai yang menyangka faktor genetik memainkan peranan paling besar, tetapi menurut perkongsian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, rahsia anak tinggi sebenarnya boleh dibentuk sejak kecil melalui pemakanan seimbang, tidur yang cukup dan gaya hidup sihat.

Tak Hanya Genetik! Rupanya Inilah Rahsia Anak Tinggi Macam Tengku Mahkota Pahang

Menariknya, Tunku Azizah sendiri berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak baginda termasuk Tengku Mahkota Pahang yang tinggi lampai. Baginda menegaskan, amalan yang konsisten sejak bayi mampu membantu anak mencapai potensi ketinggian maksimum.

1. 1,000 Hari Pertama: Fasa Emas Anak Tinggi

Tunku Azizah menekankan bahawa tempoh 1,000 hari pertama selepas kelahiran amat penting. Dalam fasa ini, pemakanan anak perlu seimbang dengan lebihkan protein, zat besi, sayur-sayuran dan kurangkan nasi.

“Saya ingat lagi, anak umur 4 bulan dah banyak diberi bayam, daging dan hati ayam. Saya lebihkan ayam dalam makanan mereka. Kalau nak anak tinggi, lebihkan ayam, daging, ikan, sayur. Nasi kurangkan,” kata baginda.

2. Protein & Zat Besi, Blok Binaan Tulang & Otot

Pakar perubatan turut menyokong pandangan ini. Protein daripada ayam, ikan, daging dan hati ayam membantu membina otot serta tulang. Hati ayam pula kaya dengan zat besi (iron) yang penting untuk pembentukan hemoglobin. Hemoglobin berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh termasuk ke sel tulang, sekaligus menyokong tumbesaran anak.

Ads

3. Air Kosong & Susu, Elak Minuman Manis

Tip lain yang Tunku Azizah amalkan ialah mengelakkan anak daripada minuman manis seperti sirap atau air berperisa. Untuk kanak-kanak kecil, cukup dengan susu dan air kosong yang membekalkan kalsium serta protein untuk pertumbuhan tulang.

Tak Hanya Genetik! Rupanya Inilah Rahsia Anak Tinggi Macam Tengku Mahkota Pahang

4. Tidur Awal, Rahsia Hormon Pertumbuhan

Tidur juga memainkan peranan besar dalam tumbesaran anak.

Ads

“Kalau nak anak tinggi, pukul 7.30 malam dah masuk katil, pukul 8 lampu tutup. Apabila anak mendapat lebih tidur, mereka akan lebih tinggi,” jelas baginda.

Secara saintifik, hormon pertumbuhan dirembeskan paling aktif ketika anak tidur nyenyak di waktu malam. Sebab itu tidur awal sangat membantu ketinggian mereka.

5. Pemakanan Ibu Mengandung Sama Penting

Selain pemakanan anak, Tunku Azizah turut mengingatkan ibu hamil untuk menjaga pemakanan sejak awal. Tempoh 9 bulan dalam kandungan dan 1,000 hari pertama selepas kelahiran adalah asas kesihatan, kecerdasan dan ketinggian anak.

Makanan kaya protein, zat besi, kalsium, vitamin D serta tidur yang cukup membantu melahirkan anak yang sihat dan membesar dengan baik.

Ads

Jelaslah, ketinggian anak bukan semata-mata faktor genetik tetapi boleh dibentuk dengan amalan yang betul sejak kecil. Pemakanan seimbang, cukup tidur dan gaya hidup sihat adalah kunci utama.

Patutlah Tengku Mahkota Pahang memiliki ketinggian ideal—rahsianya rupanya telah dipupuk sejak awal usia dengan amalan yang konsisten!

Sumber: Tiktok @yb.ibu, Instagram @drwanshare

Foto: Kesultanan Pahang(NTSP)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads