Pelakon Mawar Rashid selamat melahirkan bayi keduanya, seorang bayi perempuan pada pagi semalam.
Khabar gembira itu disampaikan suaminya, Raf Yaakob menerusi instagram miliknya semalam. Katanya lagi, Mawar selamat melahirkan bayi perempuan mereka pada jam 5.45 pagi dengan berat 3kg.
Dalam entri ringkasnya, Raf meluahkan rasa gembiranya dengan kelahiran bayi kedua mereka yang dilahirkan secara normal.
“2/1/21. Syukur Alhamdulillah. Baby girl kami telah pun selamat dilahirkan. Mommy ok, Baby pun ok.
“Bayi dilahirkan secara normal. Saya bangga dengan awak, Mawar,” tulis Raf ringkas namun cukup bermakna.
Bukan itu sahaja, bahkan menerusi entri yang sama, Raf juga turut mengumumkan pilihan nama buat puterinya serta akaun rasmi buat si comel kesayangan mereka. Nama yang cukup indah.
“Raden Seri Rossabella Cinta @rossabellacinta,” tulisnya lagi.
Sementara itu Mawar turut menyampaikan khabar yang sama menerusi instagram miliknya sambil berkongsi gambar bayinya.
“Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah, Allah swt permudahkan kesemuanya.
Ads
“Say hi to my baby girl, Raden Seri @rossabellacinta,”tulis Mawar ringkas.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan seluruh peminat Mawar dan Raf turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi kedua mereka.
Ads
Lengkaplah sepasang. Kehadiran cahaya mata kedua ini pastinya lebih menguatkan hubungan cinta di antara keduanya.
Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @mawarashid, @rafyaakob & Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebaik selepas bersalin, rahim ibu perlu mengecut dengan sendirinya agar mengelakkan berlakunya masalah tumpah darah atau kehilangan darah yang berlebihan.
Rahim yang gagal mengecut dengan baik merisikokan nyawa ibu kerana kehilangan banyak darah dan hal ini dipanggil atonia uterus atau rahim lambat mengecut.
Apa itu atonia uterus? Atonia uterus menjadi punca utama masalah tumpah darah selepas bersalin (postpartum hemorrhage/PPH).
Secara mudahnya:
* Selepas bersalin, rahim sepatutnya mengecut semula dengan cepat untuk menutup saluran darah yang terbuka ketika uri tertanggal.
* Bila rahim “malas” nak mengecut atau terlalu lemah, dinding rahim tidak dapat mentekan salur darah yang terbuka.
* Akibatnya, darah keluar tanpa henti dan ini boleh berlaku secara tiba-tiba, dalam kuantiti banyak dan mengancam nyawa.
Antara beberapa sebab utama Atonia Uterus termasuklah masalah bayi besar atau kehamilan kembar dimana rahim overstretch dan menjadi lemah untuk mengecut.
Masalah uri yang tertanggal terlalu awal atau tertinggal serpihan juga boleh mengganggu pengecutan rahim. Selain itu proses bersalin yang terlalu panjang atau terlalu cepat juga boleh mengganggu fungsi rahim.
Tips bantu rahim kecut dengan cepat
Lepas bersalin, selain rehatkan badan tapi tetap kena bantu rahim untuk kecut semula secara semula jadi atau dengan bantuan perubatan.
Berikut beberapa cara praktikal dan berkesan:
1. Penyusuan badan segera & kerap
Bila ibu menyusu, hormon oksitosin dilepaskan dan sekaligus bantu rahim mengecut. Lagi kerap menyusu lagi kuat rangsangan oksitosin sekaligus rahim kecut lebih cepat.
2. Uterine massage (urut rahim)
Jururawat selalunya akan urut rahim dari luar perut secara bulatan. Walaupun sakit tapi ia sangat membantu. Namun pastikan ia dilakukan oleh yang pakar.
3. Penggunaan ubat oksitosik
Doktor akan beri ubat seperti oxytocin atau misoprostol untuk bantu rahim mengecut dan kebiasaannya diberikan sejurus selepas bayi keluar.
4. Jaga pundi kencing kosong
Pundi kencing penuh boleh menekan rahim dan menghalang ia mengecut dengan baik. Pastikan ibu membuang air kecil dengan baik dan teratur. Jangan tahan-tahan.
5. Rehat dengan posisi menyusu yang betul
Elakkan terlalu banyak gerakan yang boleh mengganggu pengecutan rahim. Menyusu sambil berbaring kadang bantu ibu relaks dan bantu rahim bekerja lebih baik.
6. Pemakanan dan suplemen
Makan makanan kaya zat besi dan vitamin C untuk membantu pembentukan darah semula. Lebihkan makanan tinggi protein untuk penyembuhan otot Rahim dan air yang cukup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diuji dengan anak yang disahkan menghidap sakit jantung bukan semudah yang disangka. Namun inilah yang perlu dilalui oleh pempengaruh, Khairul Abdullah atau Superdaddy.
Anaknya sulungnya, Khaleef disahkan menghidap masalah jantung iaitu Coarctation of the aorta, iaitu masalah salur darah utama yang sempit dan juga injap Bicuspid aortic valve di mana injap jantungnya tak cukup macam orang normal.
Malah anak kuat Khaleef juga didiagnos sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) dan juga Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) pada usia 6 tahun dan diberikan kad OKU. Bukan satu ujian kecil yang dilalui oleh keduanya.
Atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang bapa dan prihatin, melalui Facebooknya, bapa penyayang dan kental ini berkongsi simptom atau petanda anak berkemungkinan sakit jantung. Cuba periksa ini untuk panduan kita semua.
Nak share dengan mak ayah simptom-simptom sekiranya anak kita berkemungkinan ada sakit jantung macam anak aku ni.
Anak aku Khaleef ada dua isu jantung yang ia hanya dikesan bila dia dah umur 8 tahun. Masalah jantung ni memang ada sejak lahir tetapi sebab masih belum fully developed maka ia tak dapat di kesan.
Isu pertama ialah saluran aorta sempit (Coarctation of the aorta). Ini salur utama yang menghantar darah dari jantung ke seluruh anggota badan.
Bila ada isu ini, akan pasti ada isu lain yang wujud bersama iaitu flap injap yang tak cukup (Bicuspid aortic valve) yang mana orang normal ada 3 flap (kelopak) injap tapi dia ada 2 sahaja.
Isu ni kita semua tak akan perasan sebab simptom dia akan cuma nampak bila anak semakin membesar.
So, mak ayah perhati tanda-tanda ini yer:
1. Anak cepat penat. Bila berjalan lama atau jauh, bila bermain, dia lebih slow dari budak lain sebaya dia.
2. Selalu mengadu sakit kaki, lenguh kaki. Berjalan jauh sikit dah sakit kaki dan lenguh. Bermain lebih sikit pun akan mengadu sakit, tak larat. Kadang-kadang kaki cramp.
3. Kaki kerap sejuk. Tengahari panas pun kita pegang kaki dia sejuk. Waktu dia aktif ke hulu hilir pun kita pegang kaki dia sejuk. Seluruh kaki atau bahagian bawah kaki sentiasa sejuk tak kira masa.
4. Pucat. Muka pucat, bibir pucat, badan pucat, kuku pucat.
5. Bernafas laju, dan jantung dia pun laju. Bila dia aktif, boleh rasa kat dada dia tu macam nak meletup.
6. Kerap mengadu sakit kepala. Ini disebabkan tekanan darah dia tak stabil dan setiasa tinggi. Cuma kita tak perasan sebab jaranglah mak ayah nak check blood pressure anak.
7. Kerap mengadu pening (dizzy), rasa nak tumbang, tak boleh berdiri lama.
8. Kerap hidung berdarah.
9. Kerap pengsan.
So, kalau anak-anak ada simptom seperti di atas, jangan ambil ringan. Jangan jadi macam aku, simptom anak dah muncul 2-3 tahun sebelum itu lagi.
Khaleef selalu mengadu sakit kepala, dia akan selalu di belakang ketika berjalan, bermain sebab dia tak larat. Selalu suruh aku dukung. Paling obvious kaki dia sentiasa sejuk. Malam sejuk, tengahari panas pun sejuk, duduk main buaian kat taman pun sejuk.
Tak pernah tahu itu simptom sakit jantung. Tak pernah terfikir nak check blood pressure anak pun setiap kali anak mengadu sakit kepala. Rupanya bila check, nohh aihhh mencanak tinggi bacaannya. Pergi ke hospital, doktor dah marah aku dah.
Doktor atau pihak hospital kena buat echo, kalau just check biasa memang takkan jumpa apa-apa. Kalau hospital takde kemudahan atau pakar maka kena refer anak ke hospital yang ada pakar untuk check.
So mak ayah, kalau anak ada simptom macam aku cerita kat atas, tolong bawa anak ke hospital. Kalau doktor cakap takde apa, minta doktor refer ke pakar jantung. Biar pakar jantung check, dan buat echo scan. Kalau memang betul takde apa, Alhamdulillah.
Tapi kalau memang ada something, at least kita dah ambil langkah awal. Takde rasa ralat sangat. Aku share semua ni based on pengalaman aku, pembacaan aku dan of course dari doktor-doktor pakar yang merawat anak aku ni. Kalau ada info yang aku salah, mohon betulkan.
Alhamdulillah, semalam Khaleef dah selesai prosedur besarkan stent di aorta dia. Prosedur ni akan kena buat lagi lepas ni. Akan ada isu injap juga dan isu lain yang akan muncul semasa dia sedang membesar ni. Akan banyak kali lagi tidur di IJN ni nanti.
Tetapi aku bersyukur sebab aku dah bagi yang terbaik, doktor-doktor juga dah buat yang terbaik, nurse-nurse juga jaga dia dengan sangat baik.
Selebihnya aku berserah. Semoga pengalaman aku dan Khaleef ni ada pengajaran dan manfaat buat semua mak ayah di luar sana.
Tahniah diucapkan buat pelakon Safwan Nazri dan isteri yang telah selamat menimang cahaya mata sulungnya dua minggu yang lalu.
Menerusi Instagramnya, peserta Hero Remaja 2017 itu berkongsi rasa gembira dan syukur yang tidak terhingga dengan kelahiran bayi perempuan yang ditunggu-tunggu selama ini.
Apatah lagi selepas diuji dengan keguguran yang dialami isterinya ketika usia kandungannya empat bulan. Dan kini kehadiran puteri kesayangan mereka tambah melengkapkan bahagia pasangan ini.
“12/3/23. Satu perasaan yang tak pernah aku rasa selama ini.
“Syukur ya Allah! Terima kasih atas pinjamanmu ini,” luah Safwan bersyukur.
Terharu dengan kurniaan rezeki cahaya mata perempuan itu, Safwan turut meluahkan penghargaan buat isteri tercinta yang telah berkorban nyawa melahirkan zuriat pertama mereka.
“Terima kasih buat isteriku @lynakhairul untuk hadiah paling istimewa ini. I love you soo much.
“Perjalanan kami tak mudah. Hanya Allah yang tahu, but its all worth it waiting for you our rainbow baby!,” tulisnya bersyukur.
Menerusi hantaran sama, Safwan yang kini bersyukur bergelar bapa turut berkongsi nama permata hatinya yang diberi nama Cinta Sofia.
“Selamat datang Cinta Sofia ! @cintasofia__,” kongsinya lagi.
Menerusi video yang dikongsikannya, Safwan turut mengalirkan airmata gembira dan terharu dengan kehadiran Cinta Sofia yang dipangku erat dalam dakapan. Jelas wajah kegembiraan seorang bapa.
Rakan-rakan selebriti dan pengikut Safwan turut mengucapkan tahniah diatas kelahiran puteri comelnya.
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.