Suami yang sanggup bersusah payah, tolong isteri selesaikan kerja rumah anda memang terbaik. Jangan fikir jika anda tolong buat kerja rumah maknanya anda takut bini. Tanggapan ini salah!
Sepatutnya anda mesti bangga kerana dapat bahagiakan isteri. Isteri pun kalau dapat suami yang ringan tulang dan rajin urus anak, dia bangga.
Perkongsian dari Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan bersama.
Ada yang pelik kenapa saya selalu duk bahagiakan isteri. Saya tak manjakan isteri tetapi nak tak nak saya kena cari juga cara macam mana untuk bahagiakan dia. Ada masa saya akan biarkan isteri saya berehat dan bersantai santai.
Ads
Saya akan jaga anak Saya akan mop lantai Saya akan cuci tandas Saya akan buat semuanya
Asalkan isteri saya boleh melepaskan kepenatannya. Kenapa? Kerana saya nak dia merasa bahagia.
Kenapa saya nak isteri saya merasa bahagia? Kerana isteri adalah jantung dalam rumah saya.
Ads
Bila isteri saya tak bahagia. Anak-anak akan ikut tak bahagia. ‘Emotional state’ seorang isteri dan ibu boleh berjangkit dan mempengaruhi ’emotional state’ anak-anaknya sekali.
Emak serabut, anak-anak pun jadi serabut Emak pemarah, anak-anak pun jadi mudah marah Emak gelisah, anak-anak pun jadi mudah gelisah
Untuk saya jadi bahagia, saya perlukan anak yang bahagia
Untuk saya bahagia, saya perlukan rumah yang bahagia
Untuk ada anak anak dan rumah yang bahagia tak lain tak bukan saya perlukan seorang isteri yang bahagia
Ads
Kenapa? Kerana hanya isteri yang bahagia boleh melahirkan dan membentuk anak-anak yang tenang dan bahagia.
Itulah kenapa di dalam Islam menjaga ketenangan hati isteri adalah sejenis nafkah juga kerana ianya adalah keperluan sebuah keluarga bahagia.
Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, kelengkapan barang keperluang merangkumi segala ubat-ubatan penting sebagai persediaan sekiranya anak tiba-tiba tak sihat.
Kadang siang elok je main, malam merengek sebab tak sedap badan dan mula batuk, selesema atau demam. Jadi mengelakkan sebarang kekalutan, ibu ayah boleh sediakan satu beg yang ada semua barang keperluan ini dan bila-bila masa boleh guna. Jika nak ke mana-mana pun angkut terus satu beg ini.
Berikut perkongsian Siti Fathimah Madhzir sebagai panduan bersama.
BENDA YANG WAJIB ADA DALAM BEG BABY!
1. Vicks
~ for keselesaan baby. Apply di dada dan belakang badan setiap kali lepas mandi. Vicks ni tak panas but suitable for baby. Tambah-tambah kalau baby batuk boleh lah rajin-rajin apply didada dia. Boleh cairkan kahak yang mana pekat-pekat tu sebab dia sedikit panas. Tak macam vicks orang dewasa. Vicks dewasa dan vicks baby berbeza ya. Yang baby suitable untuk baby dan kulit baby. Jangan apply di hidung dan bahagian muka.
2. Minyak telon
~ Yang ni wajib pakai lepas mandi. Untuk elakkan anak kembung perut. Sapu di perut, tapak kaki dan belakang badan di bahagian pinggang. Ayra lepas mandi confirm akan bubuh minyak ni. Yang ni je sesuai dengan kulit dia. Pernah try jenis lain kulit dia jadi ruam.
3. Nasal hygene
~ ni agak recommended. Untuk selsema. Spray dalam hidung baby tengok lepas tu hingus yang pekat-pekat akan keluar. Hidung baby pun akan selesa sikit lepas spray. Yang tersumbat pun jadi kurang tersumbat. Ni doc yang suruh beli time checkup ayra. Ayra pakai ni terus boleh tidur selesa. Kalau tidak nak menyusu pun payah hidung tersumbat. Spray dalam 2 to 6 kali sehari. Kalau nampak susah nak bernafas boleh spray.
3. Cool fever
~ untuk keluarkan panas dalam badan. For baby sebaiknya apply dekat bawah ketiak, belakang badan dan tapak kaki. Jangan apply dikepala. Bila apply kat kepala bahaya. Panas tu nanti terkumpul kat otak so ada side effect. Jadi apply lah dekat bawah ketiak, belakang badan dan kaki. Bahagian ni jugak terkumpul suhu yang panas.
4. Dropolene
~ untuk elakkan ruam di bahagian sulit dan dubur. Sapu nipis kat bahagian kulit dubur kalau nampak merah2. Sat ja hilang ruam merah2 kat kulit. Bila anak kerap kencing, berak atau lambat tukar pampers kulit mesti akan merah so boleh apply ni. Ayra pakai time naik ruam ja. Kalau tak merah2 atau naik ruam takyah pakai pun boleh.
5. Paracetamol ( ubat demam/tahan sakit )
~ benda ni wajib ada dalam beg yer. Kita tak tahu bila anak nak demam. So kalau demam panas tengah2 malam sementara nakpi klinik or hospital boleh apply nih sementara waktu sebelum pi check up. But sebelum apply kena tanya kat klinik siap2. Berapa ml nak kena bagi kat baby kalau dy demam. Setiap kali check up baby kat klinik depa cucuk depa akan bagi ubat ni for spare kalau2 anak demam. Jangan bagi ikot dan ja bahaya. Kiraan ml ubat berdasarkan berat baby yer.
6. Garlic balm ( balm bawang putih )
~ ni pun untuk kurangkan selsema baby. Apply dekat hidung dengan ubun2. Garlic balm ni dy bagi keringkan hingus baby. Nak mujarab lagi masa masak bubur baby buh bawang putih sikit dalam bubur tu. Tu lagi bagus untuk bagi panas dalam badan dan cairkan hingus dan kahak yang pekat tu.
7. Thermometer
~ ni pun wajib ! Sentiasa check suhu anak time dy demam. Takut-takut suhu naik mendadak boleh jadi sawan. Kalau suhu dah 39 tu cepat-cepatlah lah bawak pi hospital takut anak sawan/tarik. Kerap-kerap lah check suhu anak time dia demam. 3 jam sekali ke kalau rajin la. Kalau tak rajin tu 4 ,5 jam sekali pun ok. Lani musim demam so wajib ada benda-benda ni dalam beg baby yer!
Kredit : Siti Fathimah Madhzir
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Seorang ayah mampu memainkan peranan penting dalam dunia parenting sama seperti para ibu. Kebapaan ialah sebuah perkara yang ‘complex’ dan fenomena unik yang memberi impak besar pada emosi dan intelek anak-anak.
Pakar psikologi kanak-kanak mengatakan bahawa cinta dari ibu sangat berbeza dengan cinta dari seorang ayah. Ianya ialah sebuah pengalaman berbeza secara ‘qualitatively’.
Seorang ayah “love more dangerously” kerana cinta dari para ayah lebih “expectant, more instrumental” berbanding seorang ibu.
Sebab itu pentingnya penglibatan seorang ayah dalam dunia parenting. Kerana tugas ini tidak boleh ditiru oleh orang lain. Ia akan melengkapkan kecintaan yang telah dicurahkan oleh para ibu.
1. Gaya parenting ayah berbeza
Seorang ayah mempunya gaya tersediri khususnya dari cara komunikasi dan interaksi dengan anak-anak. Kelainan ini sangat baik untuk anak-anak, dimana mereka akan dapat pengalaman berbeza dalam interaksi seharian. Seterusnya anak-anak akan dapat belajar melihat dunia dari sudut pandangan berbeza dan ketahuilah, hal ini penting dan kritikal dalam pembentukan anak-anak.
2. Gaya permainan ayah berbeza
Ayah akan geletek anak lebih, ‘smack down’ anak lebih dan boleh angkat anak mereka terbang tinggi ke udara. Sebaliknya para ibu pula akan berterusan menasihati, ‘jangan tinggi sangat’, ‘jangan kasar sangat’ dan sebagainya. Perbezaan ini sangat penting untuk anak-anak belajar keseimbangan antara perilaku kasar dan lembut seterusnya memahami untuk menjadi adil dalam tindakan.
3. Gaya keyakinan ayah berbeza
Memang betul, kalau dengan ayah ‘confidence’ level itu tinggi sikit. Kalau tidak percaya, boleh pergi ke taman permainan dan ‘observed’. Siapa yang meminta anak untuk panjat lebih tinggi dan berlari lebih laju? dan siapa pula yang meminta anak-anak untuk hati-hati? Seorang ibu bersikap melindungi manakala seorang ayah pula mempengaruhi anak-anak untuk ‘push the limit’.
Kesimpulannya, lelaki dan perempuan itu memang berbeza. Mereka makan dengan cara berbeza, berpakaian berbeza, dan mengharungi kehidupan di dunia dengan pandangan berbeza.
Oleh sebab itulah, lelaki yang menjadi ayah dan perempuan yang menjadi ibu, mampu memberi gabungan resepi yang sesuai untuk pembentukan anak-anak.
p/s : Ramai ayah hebat di luar sana yang sudah membuktikan mereka mampu menjadi ‘involved father’. Iaitu mereka yang betul-betul melibatkan diri dalam parenting anak-anak. Tahniah!
Me time bagi ibu-ibu adalah waktu untuk bersendirian dan lari sebentar dari rutin harian. Tak perlu lama tapi efeknya sangat besar kepada mood dan tenaga.
Perkongsian Tasha Manshahar ini dipersetujui para follower. Seorang ibu mempunai rutin yang sama setiap hari menguruskan anak. Dek kerana lama mengikuti rutin yang sama tanpa henti, badan pun boleh jadi sangat letih dan tempat yang luas dirasakan sempit. Me time boleh memperbaiki mood dan mengembalikan tenaga.
Tasha yang melahirkan anak sulungnya, Muammar Rafiqi pada 22 Jun 2019 yang lalu berkongsi tentang me time di Instagram.
Para follower mempersetujui pendapat penyanyi ini tentang me time yang perlu dinikmati oleh setiap wanita bergelar ibu. Me time yang menggembirakan bagi seorang isteri akan menjadikan keluarga lebih bahagia.
CARI KETENANGAN DAN KEINDAHAN ALAM
“Saya akan do house chores and finish all my work and lastly saya akan cari ketenangan dan keindahan alam” – @ei_syah
KESAN POSITIF KEPADA KELUARGA
“A good “me time” for a woman makes her family happy afterwards ?” – @kai_armd
MAKAN KUDAPAN PUN ME TIME
“Saya first time mum. Baby baru 1 year 1 months. Me time Saya time mandi n kjp2 masuk dapur makan kudapan ?.” – @ kinoounni
TIDUR TANPA GANGGUAN ANAK
“Me time Mira bila dpt tidur Tanpa gangguan Anak hihii?.”- @_kakmira
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...