Biarpun mainan yang anda belikan itu mahal harganya, malah boleh bercakap atau bergerak dengan sendiri pastinya tidak sama dengan bermain bersama anak-anak yang sedang membesar. Selain mencipta bonding bersamanya, bermain bersama anak juga sebenarnya dapat membantu otak anak berkembang dengan baik.
Bukan itu sahaja, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Psychological Science, ia turut akan merangsang perkembangan bahagian otak tertentu, anak dan juga ibu bapa.
Saintis dari Princeton University, Amerika Syarikat, dapat melihat fenomena aktiviti perkembangan otak beberapa responden yang terdiri daripada bayi dan juga individu dewasa.
Analisis daripada kajian tersebut mendapati bahawa otak bayi dan individu dewasa mengalami pelbagai aktiviti saraf yang sama ketika aktiviti bermain bersama anak dilakukan. Aktiviti saraf naik dan turun pada masa yang sama setiap kali kedua-duanya berkongsi mainan dan melakukan hubungan mata secara langsung.
Apabila komunikasi berlaku, seperti ketika waktu bermain bersama si kecil, otak bayi dan ibu bapa mengalami keadaan yang dikenali sebagai feedback loop.
Pada ketika feedback loop berlaku, otak ibu bapa sebagai individu dewasa dapat meramal bila si kecil akan ketawa. Manakala otak bayi pula meramal saat ibu bapa akan bercakap dengannya.
Tanpa anda sedari, otak si kecil seakan ‘memberikan arahan’ kepada otak anda ketika bermain bersamanya. Interaksi ketika bermain bersama si kecil ini akan berlaku secara berterusan dan menjadi lebih kuat jika terdapat hubungan mata dan penggunaan alat mainan.
Ads
Apakah jenis permainan sesuai ketika bermain bersama si kecil?
Tabiat bermain bersama anak adalah satu perkara baik yang sangat digalakkan. Tetapi aktiviti itu pastinya akan menjadi bosan jika tidak menggunakan permainan yang bersesuaian mengikut usia si kecil.
Anda amat disarankan untuk memilih permainan mengikut peringkat usia anak bagi mendapatkan manfaat yang optimum. Jadi apakah jenis permainan yang sesuai untuk bermain bersama anak?
Menurut American Academy of Pediatrics, terdapat beberapa jenis permainan yang boleh anda cuba, antaranya:
Baru lahir hingga usia 6 bulan
Cara paling mudah untuk bermain bersama bayi ketika usia ini adalah dengan memberikan respons setiap kali dia tersenyum. Melalui ekspresi muka dan suara anda, ia dapat membantu melatih kemampuan sosial dan emosinya.
Untuk menjadikan ‘interaksi’ anda berdua semakin meriah, anda boleh membuat bunyi atau suara seperti si manja anda. Ia akan kelihatan seperti anda sedang berborak bersamanya.
Ads
Apabila si kecil berusia beberapa bulan, anda boleh bermain bersama bayi dengan menunjukkan mainan yang mempunyai warna dan tekstur berbeza. Letakkan si kecil pada kedudukan yang selesa dan membolehkan si manja melihat perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Usia 7 hingga 12 bulan
Pada ketika ini, biarkan si kecil untuk merangkak dan bergerak dengan bebas. Namun, pastikan persekitaran sekitarnya selamat.
Sekiranya si manja menjatuhkan sesuatu permainan, cuba dekatkan mainan tersebut agar ia boleh mengambilnya sendiri. Anda juga boleh menggunakan cermin untuk membolehkan si kecil melihat ekspresi wajahnya sendiri.
Usia 1 hingga 2 tahun
Pada tempoh ini, anda harus memberikan si kecil ruang untuk meneroka dunia. Anda boleh memberikan si manja mainan kayu (wood block), sudu atau sebarang mainan yang boleh mengasah kreativitinya.
Ads
Tetapi pada tempoh ini, sebaiknya elakkan daripada memberi sebarang gajet kepada si kecil untuk mengajaknya bermain bersama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku ketagihan gajet kepada si manja.
Anda juga boleh membiarkan si manja untuk bermain dengan bayi seusia dengannya. Selain, itu anda juga boleh mengajar si kecil bermain permainan pretend play seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.
Bermain bersama anak adalah langkah terbaik untuk menyokong perkembangan si manja. Luangkan masa bersama si kecil sekerap yang boleh. Ia dapat membantu tumbesaran bayi anda untuk membesar dengan sihat, gembira dan aktif.
Siasatan polis berhubung kematian empat beradik dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu, akan dilakukan secara menyeluruh termasuk dari aspek kecuaian.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya kini masih menunggu proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 2.30 petang Khamis, selain masih menunggu laporan forensik bomba berkaitan punca kebakaran.
Katanya, sebaik laporan diterima kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.
“Bagaimanapun, siasatan awal setakat ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas dari bahagian dapur namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, pada Khamis.
Sebelum itu, empat beradik berusia antara lapan hingga tiga tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira jam 7.49 malam, Rabu.
Pasangan adik-beradik tersebut dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 maut dalam kejadian berkenaan.
Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.
Diam tak diam, cahaya mata sulung pelakon, Elfira Loy, Muhammad Rayyan Khalaf kini sudah pun berusia dua tahun.
Berkongsi cerita kisah kelahiran anak sulungnya itu dua tahun lalu, kata Elfira menerusi Instagramnya, dia berdepan kepayahan bila mana terpaksa bertarung nyawa selama 10 jam sewaktu melahirkan cahaya matanya itu di bilik bersalin.
Namun kata Elfira dia bersyukur dapat melaluinya dengan baik malah kini amat bersyukur dikurniakan seorang anak yang sangat baik dan begitu mudah dijaga.
“2 years ago , Mommy bertarung nyawa 10 jam dalam labour room nak tunggu Rayyan keluar,” tulisnya ringkas.
Namun pelakon berbakat ini juga turut menitipkan ucapan manis buat si comel kesayangannya itu.
“Happy birthday my sweet baby boi , Muhamad Rayyan Khalaf.
“Seindah nama, anak yang sangat baik,” tulisnya lagi.
Tidak hanya berkongsi cerita, bahkan ibu cantik ini juga turut sama memuat naik beberapa keping gambar kenangannya ketika berada di bilik bersalin juga selepas melahirkan Rayyan.
Dalam pada itu, rata-rata peminat tidak melepaskan peluang untuk turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Rayyan. Malah mendoakan agar anak kesayangan Elfira dan suami itu menjadi anak yang soleh.
“Happy birthday handsome boi. Moga membesar berjaya dunia dan akhirat”
“Happy birthday little one, so Cute Prince of mommy n daddy. Moga yang baik-baik saja untuk mu duhai anak.”
Sekeping gambar Rayyan yang baru dilahirkan ketika itu menarik perhatian wargamaya. Pipi ‘pau’ Rayyan yang comel dan gebu sudah semestinya menjadi perhatian. Comel!
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada 1 Oktober 2019 secara normal.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @elfiraloy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah yang meruntun hati baru-baru ini mengenai seorang bayi berusia tiga bulan yang disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di bawah lengan ayahnya yang terkena serangan jantung, benar-benar membuka mata kita semua sebagai ibu bapa.
Tragedi ini bukan sahaja menyayat hati, malah menjadi satu peringatan besar buat kita untuk lebih peka dengan aspek keselamatan bayi, khususnya ketika tidur bersama anak kecil.
‘Simple Tapi Selamat’: 7 Tip Penting Elak Tragedi Seumpama Ini
Mungkin ramai antara kita yang memilih untuk tidur bersama bayi kerana ingin lebih mudah menyusukan, atau sekadar ingin merasa dekat dengan anak. Tapi dalam masa yang sama, kita perlu tahu bahawa tidur bersama bayi (co-sleeping) boleh mengundang risiko, terutama jika tidak dilakukan dengan cara yang selamat.
Ibu ayah, berikut beberapa tip mudah tetapi sangat penting untuk diamalkan agar si kecil sentiasa dalam keadaan selamat, terutamanya ketika tidur bersama:
1. Elakkan Tidur Terlalu Letih Dengan Bayi
Jika anda terlalu letih atau mengambil ubat yang menyebabkan mengantuk, elakkan tidur bersama bayi. Risiko untuk tidak sedar pergerakan bayi sangat tinggi dan boleh menyebabkan insiden seperti ini.
2. Pastikan Bayi Tidak Tidur Di Tengah-Tengah Ibu Ayah
Tidurkan bayi di sebelah ibu, bukan di tengah-tengah. Jika boleh, sediakan ruang khas seperti baby cot yang diletakkan bersebelahan katil ibu. Ini memudahkan penyusuan tanpa risiko bayi tersepit.
3. Jauhkan Bantal, Selimut Tebal & Bantal Peluk
Pastikan kawasan tidur bayi bebas daripada sebarang objek lembut yang boleh menyebabkan bayi sukar bernafas. Bantal tebal dan selimut yang besar juga boleh menyumbat saluran pernafasan bayi tanpa disedari.
4. Letakkan Bayi Dalam Posisi Tidur Terlentang
Posisi ini disarankan oleh pakar pediatrik seluruh dunia kerana ia membantu bayi bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
5. Gunakan Tilam Keras & Permukaan Rata
Tilam yang terlalu lembut boleh menyebabkan bayi ‘tenggelam’ dan sukar bergerak. Gunakan tilam yang padat dan rata untuk keselamatan maksimum.
6. Pakaikan Bayi Dengan Pakaian Yang Selesa
Tak perlu pakaikan bayi dengan selimut tebal atau pakaian berlapis-lapis. Cukup sekadar pakaian tidur yang selesa dan sesuai dengan suhu bilik.
7. Amalkan ‘Safe Sleep Environment’ Sejak Awal
Pendidikan tentang persekitaran tidur yang selamat perlu bermula dari awal kelahiran. Jadikan ia sebagai budaya dalam penjagaan bayi agar semua ahli keluarga tahu tentang keselamatan bayi.
Sayangi, Peluk & Lindungi Nyawa Si Kecil
Ibu ayah, tiada siapa mahu perkara buruk terjadi kepada anak sendiri. Namun, malang tidak berbau. Apa yang boleh kita lakukan adalah terus berusaha untuk belajar, memperbaiki cara dan sentiasa utamakan keselamatan si kecil dalam setiap keadaan.
Nyawa anak itu anugerah yang tak ternilai. Jadikan kisah sedih ini sebagai satu peringatan dan pengajaran bersama. Kerana kadangkala, tip yang nampak simple, itulah sebenarnya yang boleh menyelamatkan nyawa anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.