Kuasa pelukan memang tak dapat dinafikan, ia ada magisnya sendiri yang dapat memberikan kesan positif bukan sahaja kepada orang dewasa, malah juga kepada kanak-kanak.

Mak ayah kena biasakan diri memeluk anak-anak kerana ia bukan sahaja dapat memberikan kesan emosi yang baik, malah juga dapat membantu menyembuhkan anak-anak yang kerap sakit.

“Turunlah, Melutut & Peluk. Beritahu Anak Kita Sayang Dia!” Ubat Paling Mujarab Nak Buat Anak Sihat Mental Fizikal

Menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, akan mudah dijangkiti penyakit kerana tekanan itu sendiri memberikan kesan tidak baik pada imuniti badan manusia.

Justeru itu, doktor ini menyarankan kepada ibu bapa di luar sana untuk sering memeluk anak-anak dan bukan hanya sekadar dengan menzahirkan dengan kata-kata sahaja. ia memerlukan sentuhan dan juga pelukan dari tangan ibu ayah sendiri.

Doktor ini juga menggesa ibu bapa untuk memeluk secara betul iaitu dengan melutut dan mata yang selaras dengan anak untuk kesan yang lebih hebat.

“Turunlah, Melutut & Peluk. Beritahu Anak Kita Sayang Dia!” Ubat Paling Mujarab Nak Buat Anak Sihat Mental Fizikal

Mungkin Sebab jarang peluk anak kerap sakit

ungkin sebab selama ni kita jarang peluk si kecil kita yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.

IKLAN

Kadang tu memang lah kita dah usaha jaga bab makan, kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.

Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stress tu sendiri beri efek tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.

Sebab tu lah kena tahu yang selain dari langkah selalu cuci tangan, dapatkan rehat yang cukup, elakkan bertemu orang yang tengah tak sihat, rupanya selalu dipeluk dengan kasih sayang ni dapat jauhkan kita dari dijangkiti penyakit.

“Turunlah, Melutut & Peluk. Beritahu Anak Kita Sayang Dia!” Ubat Paling Mujarab Nak Buat Anak Sihat Mental Fizikal

Fakta menakjubkan, kerap kena peluk kurang dapat sakit

Serius! Saya sendiri rasa teruja betul bila dapat tahu fakta menakjubkan ni.

IKLAN

Ada lah satu research team ni yang diketuai oleh Sheldon Cohen, Profesor Psikologi dekat Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat sana.

Mereka lakukan satu study dan temui bahawa golongan yang kerap stress tadi ni bila kerap dipeluk dan diberi sokongan moral, kebarangkalian untuk terkena jangkitan demam selsema jadi lebih rendah berbanding golongan yang stress dan bersendirian tanpa kasih sayang.

Kajian ni memang ada dipamerkan kat dalam Jurnal Psychological Science.

Sebab tu saya nak sarankan kat mak ayah semua, kita ni bukan setakat kena ucapkan kat si kecil kita tu yang kita sayang kat dia tapi kena tunjuk jugak melalui sentuhan dan pelukan dari tangan kita sendiri.

“Turunlah, Melutut & Peluk. Beritahu Anak Kita Sayang Dia!” Ubat Paling Mujarab Nak Buat Anak Sihat Mental Fizikal

IKLAN

Masa nak peluk, turunlah melutut

Masa nak peluk tu, turunlah melutut dulu.

Biar mata kita dan mata si kecil tu selaras atau satu level. Kemudian peluk dan rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.

InsyaAllah bila kita selalu peluk dan beritahu betul betul yang kita sayang sangat kat dia, kesihatan emosi dan fizikal si comel tu akan jadi lebih bagus dan tak mudah nak jatuh sakit.

Tolong #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain ye sebab saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang fakta ajaib ni.

Ahmad Luqman Bukhari.

Sumber: Ahmad Luqman Burkhari

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI