Tak Lekang Berzikir Sepanjang Ramadan, Fatimah Mohon Allah Terima Ibadatnya Untuk Hadiahkan Buat Mamajee Yang Telah Tiada. Sebaknya!

Share

Setahun yang lalu kematian Chef selebriti, arwah Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam mengejutkan seluruh tanah air. Kehilangan tersebut sangat meninggalkan kesan buat anak-anak buah arwah Adam, Fatimah dan adik-beradiknya yang lain.

Fatimah, kanak-kanak berumur 6 tahun yang cukup popular dan tular kerana kepetahannya bercakap dan bertutur dalam bahasa Inggeris dan juga slang Kelantan dengan fasih merupakan anak kepada kakak arwah Adam yang tinggal di United Kingdom.

Artikel berkaitan: ‘Hantar Mamajee 1 minit Sahaja, Saya Akan Kembalikan Pada Allah’ Rayuan Fatimah Undang Sebak

Keakraban dan kemesraan Adam dengan anak-anak buahnya itu memang tidak dapat disangkal lagi. Sebelum pemergian Adam, banyak perkongsian yang dimuat naik oleh ibu bapa Fatimah apabila Adam berada di rumah mereka.

Dalam perkongsian terbaru ibu Fatimah di akaun Instagram thefamily.uk memaparkan gambar Fatimah yang comel lengkap memakai telekung di atas sejadah.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan, bermula Ramadan Fatimah dan tasbih digitalnya menjadi sahabat baik. Sehinggakan Fatimah dilihat beberapa kali tertidur dengan tasbih masih di tangan.

Menurut ibunya sehingga kini, Fatimah sudah mengucapkan zikir lebih dari 7400 dan ianya satu jumlah yang mengagumkan buat kanak-kanak yang berusia 6 tahun seperti Fatimah.

Apa yang lebih menyentuh hati apabila kapsyen ibunya saat terdengar doa yang dipinta pada Yang Maha Esa untuk menerima zikir dan amalan baik yang dibuat untuk dihadiahkan kepada arwah Adam yang dipanggil Mamajee oleh Fatimah.

Saya akhirnya belajar makna cinta sejati daripada anak saya yang berusia 6 tahun, Fatimah.

“Sebaik saja dia dapat tahu bahawa setiap amalan baik akan dilipat gandakan Allah sepanjang Ramadan, dia dan tasbih digitalnya berpisah tiada.

“Tasbih sentiasa di tangan Fatimah sampaikan saya ternampak dia tertidur sambil pegang tasbih banyak kali.

“Dari awal Ramadan sampai sekarang, Fatimah sudah berzikir lebih 7,400 kali! Kiraan itu sangat mengagumkan bagi seorang kanak-anak berusia enam tahun

“Suatu hari saya terdengar Fatimah berdoa; ‘Ya Allah, tolonglah terima zikir dan amalan baik saya, dan hantarkan hadiah ini untuk Mamajee’.

“Saya tak menjangka doa itu muncul daripadanya.

“Kemudian kata saya; ‘Kamu minta Allah sampaikan zikir dan amalan kepada Mamajee, habis macam mana pula kamu? Apa yang kamu minta untuk diri kamu dari Allah?’

“Jawab Fatimah; ‘tiada apa-apa’,” ceritanya.

 

Tegasnya apa yang diungkapkan oleh Fatimah itu adalah rasa kasih sayang yang ikhlas dan suci buat arwah bapa saudaranya yang cukup disayangi.

Screen Shot 2020-05-19 at 10.02.45 PM

Semoga doa dan amalan Fatimah diterima Allah dan semoga doa anak kecil ini dimakbul olehNYA. Amin!

Sumber: Gempak & IG thefamily.uk

Artikel menarik: Guru Puji Sopan Santun & Selalu Tunjuk Contoh, Apa Yang Dilakukan Fatimah Boleh Dicontohi

IKLAN