Anak sama macam kita, ada waktunya anak tidak mahu makan nasi. Begitu juga dengan pasta atau roti. Sesekali gantikan dengan oat pula untuk anak.
Idea dan perkongsian Pn Sajna Najihah ini boleh mama gantikan untuk anak yang bosan makan nasi. Oat sememangnya berkhasiat dan mengenyangkan.
Nak lagi sedap dan anak suka, boleh tambahkan dengan buah-buahan seperti resipi di bawah ini. Memang sedap.
Variasi menu oat Tiara Nayla. Dari umur 6 bulan hingga 9 bulan. Menu paling ringkas, cepat dan berkhasiat dan juga pengganti karbohidrat selain nasi/mi.
Kalau kalut-kalut ni memang menu penyelamat Tiara la. Sebab dia kalau lapaq memang tak boleh bawak bincang dah. Setaman dengaq suara dia.
Paling penting bebas gula, garam & pengawet. Jenis oat yang selalu Ummi dia guna ada dekat gambaq paling bawah sekali tau.
Oat, strawberry, susu full cream (susu bawah umur 1 tahun perlu dipanaskan dahulu)
Ads
Oat, buah naga, susu
Oat, betik, yogurt, cereal fawwaz, susu
Ads
Oat, avocado, susu, kurma, bayam. Bayam celur dulu ya.
“Ibu, saya nak makan nasi dengan kicap je, taknak sayur dan ayam.” Ada pengalaman tak anak-anak anda memilih makanan atau pernah terjumpa anak yang memilih makan?
Berikut adalah tips untuk kita mulakan daripada awal supaya anak kita lebih mudah untuk menerima pelbagai jenis makanan dan tidak cenderung untuk menjadi “picky eater”
1. Tetapkan waktu yang betul
Latih anak untuk makan mengikut waktu yang betul supaya anak terbiasa dengan rutin. Rutin yang tetap membolehkan badan anak beradaptasi dengan rasa kenyang Dan lapar dengan lebih teratur.
2. Kenalkan pelbagai jenis makanan bermula dari kecil.
Ibu bapa boleh memperkenalkan pelbagai jenis karbohidrat, sayur, buah dan protein kepada bayi anda setiap hari bermula daripada umur 6 Bulan. Lidah bayi sangat sensitif kepada rasa. Kalau nak anak mudah makan sayur dan buah, ibu dan ayah perlulah sediakan sayur dan buah yang berbagai untuk anak setiap hari.
3. Kenalkan pelbagai tekstur makanan
Bermula daripada umur 6 bulan, perkenalkan tekstur yang lembut kepada lebih pejal secara beransur-ansur mengikut usia bayi. Apabila sudah boleh mengunyah, ibu dan ayah boleh memperkenalkan makanan yang bertekstur kasar seperti bihun, pasta, cucur, jagung. Ini bagi melatih kemahiran sensori, fizikal, dan perkembangan oral motor anak.
4. Jadikan masa makan, masa Yang menyeronokkan
Antara cara menarik minat anak anda terhadap makanan adalah
Semua tips ini boleh dipraktikkan secara berulang kali. Yang penting, proses memupuk makan secara sihat dan seimbang perlulah dimulakan awal. Jom ibu dan ayah, berikan anak anda makanan berkhasiat untuk tumbesaran yang baik.
Apabila bayi kita disahkan underweight atau berat badan di bawah paras yang normal pada carta pertumbuhan, kita tentu akan berusaha menaikkan berat badannya. Ikuti 7 tip daripada pegawai dietetik ini.
“Amar berumur 12 bulan tetapi berat badannya hanya 7.3kg. Dia lahir pramatang pada usia 35 minggu dan kini beratnya dikategorikanunderweight.Ibunya Julie gusar dan tertanya-tanya bagaimana boleh naikkan berat Amar tetapi masih meneruskan dengan susu ibu dan memberi makanan pelengkap.Adakah nasi yang dimasak dengan mentega adalah cara sihat untuk menaikkan berat badan Amar? “
BERAT IDEAL BAYI PRAMATANG
Menurut pegawai dietetik, Puan Nurbaidurah Badzis, berat badan ideal untuk si kecil yang berumur 12 bulan dan lahir pra-matang (pada 35 minggu kandungan), bagi bayi lelaki berat badan normal adalah 7.6 kg hingga 9.4 kg, bagi bayi perempuan pula, berat badan normal adalah 7.4 kg hingga 8.8 kg.
7 TIP NAIKKAN BERAT ANAK UNDERWEIGHT
Mengikut kepada carta pertumbuhan Amar dikategorikan sebagai tidak cukup berat badan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan;
#1 TERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU
Teruskan penyusuan susu ibu, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan susukan mengikut kehendak si kecil iaitubreastfeeding on demand. Penyusuan susu ibu digalakkan sehingga bayi menjangkau usia dua tahun dan disertakan dengan makanan pejal apabila bayi berusia enam bulan.
#2 KALORI & KHASIAT MENCUKUPI
Pastikan si kecil mendapat khasiat yang mencukupi. Pada usia setahun, si kecil memerlukan 1360 kcal sehari dan 23gram protein. Bermula usia enam bulan sehingga usia setahun lebih adalah tempoh penyesuaian makanan buat si kecil terhadap makanan pejal.
Piramid di bawah menunjukkan saranan pengambilan pemakanan buat si kecil bermula usia dua tahun, namun boleh dijadikan panduan.
· 1/2 sudu teh marjerin lembut
· 30g isi ayam/ isi ikan (setengah saiz biasa)
· 1 senduk sayur, di rebus dan dipotong halus mengikut kesesuaian si kecil.
· 1 hidangan buah-buahan
· 1/2 sudu teh marjerin lembut
· 30g isi ayam/ isi ikan (setengah saiz biasa)
· 1 senduk sayur, di rebus dan dipotong halus mengikut kesesuaian si kecil.
· 1 hidangan buah-buahan
#3 PROTEIN PENTING UNTUK PEMBINAAN BADAN
Pastikan kuantiti protein mencukupi namun jangan diberikan berlebihan. Ini kerana diet tinggi protein boleh memudaratkan si kecil dan merosakkan beberapa organ penting seperti buah pinggang. 30-60gram isi ayam atau ikan memadai.
#4 GIVE MORE FAT? NO!
Tentang bolehkah dicampur butter di dalam nasi? Baidurah memberikan pendapat ia dibolehkan namun perlu dihadkan kuantitinya. “Saranan saya, 1/3 sudu kecil untuk makan tengahari dan makan malam adalah memadai. Lebihan lemak tidak membantu kenaikan berat badan yang sihat. Yang penting untuk dititikberatkan ialah keseimbangan nutrisi khususnya protein,” kata Baidurah.
#5 CUBA TEKNIK DOUBLE-FRYING
Antara tips lain adalah double-frying, contohnya menggoreng isi ayam, kemudian dicampur dengan nasi goreng; atau roti telur yang digoreng disapu dengan mentega dan lain-lain. Ini boleh diberikan sebagai cara untuk meningkatkan pengambilan tenaga si kecil namun cara ini sesuai jika si kecil memang tidak kerap makan atau makan sangat sedikit. Jika jadual menu di atas boleh diikuti, tips double-frying ini tidak digalakkan.
#6 MAKANAN YANG MENINGKATKAN SELERA MAKAN
Makanan yang kaya dengan Vitamin B12 boleh meningkatkan selera si kecil. Antaranya adalah daging merah, ayam, ikan dan makanan laut. Namun, pada usia setahun ini makanan laut tidak digalakkan. Ini kerana sifat hiperallergenik yang boleh mengakibatkan alahan kepada si kecil.
#7 TERUSKAN USAHA
Galakan terhadap makanan perlu diteruskan. Don’t stop or give up. Bagi sesetengah kanak-kanak yang picky-eater (susah nak makan, makan sedikit, memilih makan), masa amat diperlukan.]
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak dah mula boleh makan, mama pasti terfikir apa lagi yang sesuai diberikan kepada si kecil. Maklumlah mereka masih kecil pasti mama risau nak kenalkan pelbagai jenis pilihan makanan.
BAYI SAYA DAH BOLEH MAKAN🤩 TAPI NAK BAGI MAKAN APA❓
Ramai mak-mak yang buntu tentang jenis makanan yang boleh diberi kepada bayi yang baru memulakan makanan pelengkap.
Selalunya mak akan kerap beri makanan yang sama sahaja sehingga boleh menyebabkan bayi berasa bosan dan enggan makan!
Biasanya mak-mak selalu beri bubur kosong/ bubur ayam/ bubur ikan bilis kann..Selain tu, apa lagi yang boleh diberi kepada si MANJA anda🤔
Jom tengok pilihan lain bagi KARBOHIDRAT, PROTEIN, BUAH dan SAYUR yang boleh diberi kepada bayi berumur 6 hingga 8 bulan
Pilihan Karbohidrat bayi 6-8 bulan
Pilihan Protein bayi 6-8 bulan
Pilihan sayur bayi 6-8 bulan
Pilihan buah untuk bayi 6-8 bulan
Ini antara pilihan makanan yang boleh diberikan pada bayi anda supaya dia tak bosan makan-makanan yang sama. Mama boleh jadi lebih kreatif untuk tarik minat anak terhadap makanan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puteri Diraja Johor selamat dilahirkan, membawa kegembiraan kepada Agong dan Raja Permaisuri yang kini menimang cucu ketujuh dalam suasana penuh syukur.