Tak Mahu Makan, Semua Anak Tolak Tepi, Cuba Vegetable Rice Ball, Licin Anak Makan!

Share

Bukan hanya tidak mahu makan nasi malah ibu bertambah kebingungan bila berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan. Susu tetap jadi pilihan nombor satu anak. Makanan finger food atau makanan berbentuk dan menyenangkan anak untuk pegang antara yang disarankan untuk menarik perhatian anak.

Bebola nasi antara menu popular yang boleh dicuba ibu dalam memujuk anak makan. Kepal dan buatkan sedikit garing agar anak lebih berselera untuk makan. Resipi Cheezy Prawn & Vege Rice Ball yang dikongsikan oleh Puan Farah Iqlima ini wajib mama cuba. Bukan sekadar struktur makanan malah rasanya begitu enak sekali. Anak pasti suka. Jadi jom cuba.

Makan-makan untuk dak #Fatisya yang susah nak makan. Semua makanan dia tolak tapi bila buat macam ni laju pulak dia makan. Sampai sendawa bulpp. Suka mama.

Resepi cheezy prawn & vege rice ball

Nasi (saya guna baby rice earth living)
Cheese
Udang
Carrot
Kailan
Telur

Tumis bawang merah sampai naik bau kemudian masukkan udang dengan carrot & sayur kailan hingga masak. Kemudian blend tak kasar sangat. Tak halus sangat.

Dalam kuali tadi, pecah sebiji telur dan kacau bagi hancur kemudian masukkan nasi. Kacau sampai sebati. Masukkan bahan-bahan blend. Kacau lagi. Siap. Tunggu sejuk sikit.

Ambilkan nasi, masukkan cheese yang dah didadu kecik-kecik dan bulat bulatkan.

Siap. Letakkan dalam peti ais sekejap sebab nak bagi keras dan tak hancur bila goreng.

Pecahkan dan pukul telur. Ambil rice ball dan golek-golek dalam telur.

Goreng hingga kekuningan. Siap. Boleh la main cheese tarik. Selamat mencubaa. Sodapppp.

IKLAN