Sepasang suami isteri nekad ‘menjual’ bayi yang baharu dilahirkan kepada orang lain selepas tidak dapat membayar bil hospital RM4,000 akibat kesempitan hidup kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.

Kejadian yang berlaku di Temerloh ini melibatkan pasangan dari Lombok berusia dalam lingkungan 20-an. Difahamkan pasangan ini tidak mempunyai wang mencukupi bagi membayar bil hospital kerana selain tidak mempunyai kerja, mereka turut terkesan apabila rumah sewa di Karak ditenggelami banjir tahun lalu.

Serah anak pada orang lain

Ekoran itu, mereka yang buntu dengan keadaan itu meminta satu pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak sejak berkahwin sembilan tahun lalu menyelesaikan bil tersebut sebelum menghilangkan diri.

Tak Mampu Bayar Bil Hospital, Terpaksa ‘Jual’ Bayi Baru Lahir Selesaikan Hutang
Gambar Hiasan -Kredit: Google

Bagaimanapun, keadaan menjadi rumit apabila bayi itu tidak dapat didaftarkan sebagai anak angkat kerana memerlukan kehadiran ibu sebenar bagi urusan dokumentasi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mengimbau semula kejadian itu, wanita yang dikenali sebagai Hasnah, 33, berkata, dia me­ngetahui mengenai hasrat wanita Indonesia yang dikenali sebagai Fithiani, 25, yang mencari keluarga angkat bagi anak mereka pada 1 Januari lalu.

Katanya, dia dan suami pernah menyatakan untuk mengambil anak angkat di dalam kumpulan WhatsApp kawasan kediaman.

“Mungkin ada rakan Fithiani yang tahu mengenai hasrat kami dan menghubungi saya untuk mengambil bayi yang dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu itu sebagai anak angkat.

IKLAN

“Mereka menyatakan tidak mempunyai wang untuk membayar bil sebanyak RM4,000 kerana terkesan dengan Covid-19 dan ditambah pula rumah mereka di Karak ditenggelami banjir,” katanya.

Sampai sekarang tak dapat dikesan

Menurut Hasnah, gembira dengan tawaran itu kerana masih tidak mempunyai anak walaupun sudah sembilan tahun berkahwin, dia nekad membayar bil tersebut dan membawa bayi itu pulang bersama beberapa dokumen yang diberikan pihak hospital.

Tak Mampu Bayar Bil Hospital, Terpaksa ‘Jual’ Bayi Baru Lahir Selesaikan Hutang

IKLAN

Bagaimanapun, tambahnya, pasangan tersebut kemudian terus menghilangkan diri dan tidak dapat lagi dihubungi, malah rumah sewanya di Karak sudah dikosongkan.

“Kami buntu untuk me­lakukan proses seterusnya kerana kehadiran ibu kan­dung amat penting bagi tujuan pendaftaran bayi sebagai anak angkat yang sah di sisi undang-undang. Ia untuk masa depan anak itu kelak,” katanya.

Ujar Hasnah, sejak bayi itu di­serahkan kepada mereka, ibu bapa bayi berkenaan langsung tak datang.

IKLAN

“Kami sudah menguruskan segala keperluan untuk tujuan itu di JPN, suntikan pelalian dan usaha mengesan ibu kandung kepada bayi berkenaan, namun sehingga kini masih buntu,” ujarnya.

Sehubungan itu, Hasnah berharap pasangan suami isteri itu dapat menghubungi mereka dengan segera bagi meneruskan proses pendaftaran.

Kredit: Kosmo

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Tak Mampu Bayar Bil Hospital, Terpaksa ‘Jual’ Bayi Baru Lahir Selesaikan Hutang(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI