Bagi ibu yang selalu memasak, selain keperluan barangan dapur salah satu barang tambahan yang wajib ada adalah kain pengelap. Memang tak kisah pun kain pengelap jenis apa, tapi ia dikira tak sah jika tak ada.
Kadang tu sesetengah ibu menggunakan baju atau seluar anak-anak yang dah tak muat untuk lap sisa kotoran dapur. Ye lah nak pakai dah tak boleh, nak buang sayang lagi jadi buatlah lap dulu. Apa pun caranya, yang penting dapur sentiasa bersih dan nak sediakan makanan pun rasa tenang je.
Untuk kali ini, perkongsian Zaraa Hashim mungkin boleh buat ibu-ibu rasa gembira. Mana taknya, nak beli kain lap magik yang harganya agak mahal tu rasa tak mampu, tapi yang ni mampu milik dan tetap berbaloi.
Bukan nak iklan tapi yang elok kita sama-samalah kongsikan manfaatnya.
BARANG RM2 TAPI SUPERB!
Ads
Cik Jara ni sangat malas bila nak lap dapur lepas masak sebab Cik Jara kalau lap guna kain biasa mesti nak kena ada Cif atau sabun untuk hilangkan kesan minyak. Kain norwex dah beli tapi alah sayangnya nak guna sebab kain kayangan kan.
Then Cik Jara came across this one cloth. Sebenarnya tertarik dengan kain ni sebab terang-terang dia tulis “Anti Oil Cleaning Cloth”. Jadi nak cubalah kan betul ke tidak.
Ads
Bila dah cuba tu, WOW! Cik Jara dengan umi Cik Jara sama-sama duk wow kat dapur. Hahaha. Serius tak payah guna air atau sabun.
Gosok je kain tu kat dapur yang berminyak lepas masak. Terus hilang minyak tuuuu! Bila calit-calit dengan jari pun tak terasa berminyak langsung!
Ads
Di kedai ECO ada jugak kain ni. Tapi yang mana jauh atau tak boleh nak pergi kedai ECO, kat shopee pun ada jual. Harga pun tak jauh beza. Dalam 2 ringgit sen sen dapat la 2pcs.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika Datuk Seri Siti Nurhaliza mengimpikan untuk memiliki anak lelaki, menantunya pula Tya Ariffin mengharapkan untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.
Menurut Tya, 23, dia dan suami Asyraf Khalid ada cuba mengamalkan beberapa petua selain berdoa agar impian mereka itu dimakbulkan.
“Kami sentiasa menanti rezeki itu dan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua, kalau boleh nak dapat baby perempuan pula.
“Sejujurnya, kami ada berikhtiar dan ikut petua-petua dahulu yang mungkin boleh membantu untuk dapat anak perempuan, tak salah untuk kami cuba.
“Namun, jika ditakdirkan dapat anak lelaki lagi, saya tak kisah dan terima dengar hati terbuka!,” katanya.
Tya dan Asyraf, 26, berkahwin di Kuala Lumpur pada 1 November 2015.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung bernama Arif Jiwa Asyraf pada 31 Mac tahun lalu.
Sumber: mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan.
Tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara daripada pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka.Pada masa yang sama, ibu bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain.
Jika ini berlaku, mereka berasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, Tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak hanya akan hentikan Tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap Tantrum akan berlaku.
Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan Tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.
Lihat Tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan Tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan Tantrum, pastikan perkara-perkara di bawah:
Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan Tantrum, Tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan Tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga dewasa.
Abaikan Tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan Tantrum. Ibu bapa patut mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan Tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak daripada situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa Tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibu bapa dilakukan jika Tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan Tantrum di rumah, ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibu bapa lakukan apabila Tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang tindak balas kepada kelakuan itu. Apabila Tantrum reda, cakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika Tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika Tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
Menanti detik hari melahirkan anak sememangnya begitu mendebarkan semua ibu. Masing-masing dengan cara sendiri. Namun bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, beliau senang memilih cara orang-orang lama sebelum melahirkan anak.
Menurut kata Siti, sewaktu melahirkan dua cahaya matanya sebelum ini dia sering mendapatkan nasihat dan mengamalkan petua-petua orang lama. Dan inilah yang turut dikongsikan kepada Neelofa yang bakal melahirkan cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.
“Bila bercakap soal bersalin, sebenarnya masing-masing akan melalui pengalaman mereka sendiri. Macam saya dulu, saya lalui proses pembedahan sebab baby IVF.
“Insyallah walau macam mana pun kaedah yang akan dilalui Neelofa nanti, kita berdoa agar semuanya dipermudahkan.
” Tipnya mudah, zikir je banyak-banyak. Memang itu yang sebetulnya. Dalam agama pun dah diajarkan begitu. Kalau saya dulu, saya memang ikut petua orang-orang lama.
“Apa yang saya buat adalah saya amalkan minum dan mandi air selusuh. Ia adat untuk memudahkan proses melahirkan. Saya percaya orang-orang tua ni mesti akan sarankan kita untuk mengikut adat walaupun hidup kita sekarang dah moden,” kongsinya lagi.
Sempat Pesan Pada Neelofa
Kongsi Siti dia juga berkesempatan berbicara dengan Neelofa malah sempat berkongsi beberapa perkara mengenai kelahiran.
“Sejujurnya saya sempat berkongsi beberapa perkara bersama Neelofa. Saya nasihatkan dia untuk berpantang sebaiknya. Alhamdulillah, saya pasti dia akan dijaga dengan baik semasa berpantang kelak.
” Paling penting emosi kena jaga. Sebab ibu-ibu ketika berpantang ini kena jaga emosi. Anak juga harus dijaga dengan baik. Sokongan suami juga amat diperlukan.
“Alhamdulillah, Haris pun saya lihat banyak bagi semangat pada Neelofa. Saya yakin dia akan lalui segalanya dengan mudah. All the best Neelofa,” katanya lagi.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.