Jarang-jarang berkongsi kisah kehidupannya, lebih-lebih lagi mengenai dua cahaya matanya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, Datuk Jamal Abdillah sesekali membuka cerita.
Sama seperti bapa yang lain, kehidupannya di rumah dipenuhi dengan aktiviti menguruskan dua orang anaknya yang masih kecil, Nur Azura Yamani, 1 dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Kata Datuk Jamal, dalam bersyukur bakal menerima kelahiran cahaya mata kelima selepas isterinya tersayangnya disahkan hamil 12 minggu, namun dia kasihan melihat isterinya yang tidak menang tangan menguruskan dua anak kecil mereka.
Bapa penyayang ini mengakui turut membantu menguruskan dua anak-anaknya yang masih kecil bagi meringankan beban isteri.
“Saya kasihan tengok isteri tak menang tangan uruskan anak-anak.
“Apatah lagi mereka masih menyusu badan dan sentiasa berjaga malam.
“Jadi mana yang boleh saya bantu seperti mandikan anak atau keperluan lain, saya buat.
“Kami ada pembantu, tetapi dalam soal anak saya suka buat sendiri kerana mahu bina ikatan kasih sayang,” jelasnya berkongsi.
Ads
Dalam pada itu, Datuk Jamal terdahulu merasa amat bersyukur bila mana Allah mengurniakannya rezeki untuk menimang anak kelima diusianya kini.
“Saya bersyukur diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. Ada rakan-rakan saya yang lama menunggu nak dapatkan zuriat, tapi saya pula ALLAH bagi rezeki dengan jarak dekat setiap anak.
“Ia satu tanggungjawab besar buat saya dan isteri untuk mendidik mereka dengan sebaiknya nanti,” katanya.
Jaga makan dan bersenam
Ads
Berkongsi rahsia dirinya kekal sihat meski sudah menginjak usia 62 tahun, Jamal berkata, dia mengamalkan senaman secara konsisten selain memilih pamakanan sihat.
“Kita tak boleh culas, sebaliknya kena buat secara konsisten. Saya sendiri tak pernah tinggalkan amalan bersenam sejak 10 tahun lalu. Malah saya mempunyai beberapa peralatan senaman di rumah.
“Kalau letih nak jogging, saya akan berjalan laju atas treadmill selama setengah jam setiap hari. Ia sangat membantu dan menjadikan saya sentiasa cergas,” katanya.
Ads
Terdahulu, Datuk Jamal dan Datin Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Nur Azura Yamani, 1 dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Menerusi perkahwinan terdahulunya, Datuk Jamal turut dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak lasak, lincah dan nakal ketika waktu kecil adalah perkara biasa. Ia on track perkembangan mereka yang gemarkan aktiviti lincah. Ini petanda anak kita sihat.
Pun begitu, jangan biarkan jika anak kita terlampau lasak atau nakal sehingga kurang atau terlebih respond seperti yang dikongsikan oleh OT, Pn Liyana Raya ini.
Mak ayah kena perhatikan betul-betul. Kita betulkan sebelum anak makin jauh!
Nakal pada kanak-kanak sebenarnya normal. Lasak pada kanak-kanak pun normal juga. Tapi,se nakal & se lasak anak-anak ni…jangan sampai begini:
🧡Anak jadi sangat takut dan tidak yakin jika tiada ibu/ayah mereka untuk buat sesuatu perkara.
Sebab, kanak-kanak nakal dan lasak ni sepatutnya menjadikan mereka lebih kuat, lebih berkeyakinan diri dan lebih berdikari. Jadi, agak “terbalik” jika nakal dan lasak si anak ni adalah dalam konteks yang masih punya ketakutan, masih punya rasa tidak yakin diri & terlalu bergantung dengan orang lain untuk buat sesuatu.
🧡Anak terlalu lasak sampai tak respon dengan nama apabila dipanggil, tidak memberi respon dan kerjasama dalam menerima arahan serta masih lagi tidak mempunyai komunikasi dua hala yang baik.
Untuk ini, ibu bapa kena bawa anak untuk check up jika anak di usia 1 tahun 6 bulan lagi lasaknya dan masih dalam level ini ☝️
🧡Anak nakal dan lasak yang too much taking up negative words; contoh macam b*&1, b*d#& (sorry, tak sanggup nak tulis). Ada sikap sedikit kurang ajar padahal baru berusia 4 – 7 tahun.
Baca: sikap kurang ajar ini saya terjemahkan dalam perkataan kurang ajar untuk orang mudah faham tapi sebenarnya, ada sebab mengapa sikap ini terjadi. Begitu juga bagi anak-anak yang start develop sikap mencuri, suka pukul kawan dan sebagainya di usia awal seperti ini.
Anak seperti ini sangat kesian. Ada masanya, mereka jadi begitu bila kurang kasih sayang dan pernah merasai “emotional abuse” di mana mungkin ada kata-kata atau perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh orang dewasa menyakitkan fizikal mereka; sehingga tidak sedar yang mereka sebenarnya sakit juga dari segi emosi dan perasaan.
Semalam, saya jumpa anak yang dari kategori ketiga ini. Memang ada sikap suka jelir lidah, suka cakap aku engkau, suka marah-marah walaupun di usia 5 tahun.
Kerana itulah, saya gunakan medium bermain untuk dia rasa comfortable dengan saya dan saya cuba betulkan sikapnya melalui aktiviti bermain tanpa judge yang bukan-bukan pada dia.
End up,di ter cerita mengenai moyang yang menjaganya yang suka pukul dia. Garang pada dia…suka cakap aku engkau dan sebagainya.
Saya sayu, seboleh bolehnya dalam sesi saya, saya layan dia sebaik mungkin. Mungkin dia tak tahu dia seorang yang baik, jadi saya bagi peluang dia buat baik dengan saya dan berterima kasih padanya. Tunjukkan akhlak-akhlak baik yang sepatutnya dia buat ketika bermain.
Selepas handle sesi tingkahlaku sebegini, saya akan target kan pula untuk sesi kemahiran asas menulis dan persediaan akademik yang lain. Bagi dia setel emosi dia kejap.
Disclaimer: Tolong jangan komen bukan-bukan mengenai ibu dan ayahnya. Bukan salah sesiapa mendidik. Ibu dan ayahnya orang baik-baik. Namun mungkin anak ini penerimaannya terhadap moyangnya yang sudah tua sahaja menyebabkan dia jadi begitu. Bagus ibu dan ayahnya, sedar awal….dapatkan rawatan awal dari saya.
InsyaAllah,anak ini mampu pulih. Saya happy bila ada anak suka jumpa saya. Ada yang dah lama dengan saya dan saya terpaksa discaj. Sayu hati bila nak discaj.
What a wonderful day yesterday walaupun penat. Penat yang berbaloi orang kata.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal-bakal ayah mahupun yang nak jadi ayah buat kali kedua, ketiga dan seterusnya WAJIB tahu cara untuk uruskan uri bayi.
Sebenarnya, dalam Islam tiada cara yang khusus untuk uruskan uri bayi. Namun uri merupakan sebahagian daripada tubuh badan manusia iaitu keluar dari rahim seorang ibu. Jadi, uri haruslah diuruskan dengan betul dan sebaik mungkin.
Islam amat menitik beratkan kebersihan dan kesucian. Oleh itu, uri mesti diuruskan secara teratur, bersih dan di tanam di kawasan yang bersesuaian.
Berikut perkongsian dari Khairil Izham mengenai cara menguruskan uri dengan betul tanpa unsur-unsur yang boleh mendatangkan syirik.
PERKARA PERLU DIINGAT TENTANG URI :
1. Uri bayi tidak boleh dibakar
2. Orang Islam hendaklah membawa balik uri untuk ditanam
3. Uri bayi juga tidak boleh dijual mahupun dimakan
4. Uri perlu ditanam ditempat yang selamat.
Tapi perlu ke nak cuci uri dengan limau, asam jawa dan garam macam orang dulu-dulu buat?
Ya, perlu supaya uri ditanam dalam keadaan bersih, terhindar daripada binatang seperti anjing untuk menghampiri dan sebagainya.
So di bawah ini Cikgu terangkan cara mudah uruskan uri bayi.
CARA-CARA UNTUK MENGURUSKAN URI BAYI:
1. Sediakan bahan-bahan
– Limau nipis
– Asam jawa
– Garam
2. Bawa balik uri dan masukkan dalam baldi
3. Basuh uri dengan air, buang darah-darah beku dan lendir yang ada.
4. Potong limau nipis dan perah dalam air suam. Campurkan sekali asam jawa.
5. Masukkan air limau nipis dan asam jawa ke dalam baldi berisi uri. Biarkan seketika dan basuh sehingga berkurangan bau.
6. Basuh dengan air bersih.
7. Kemudian korek lubang sedalam 1 hingga 2 kaki.
8. Bungkus uri dengan kain yang mudah reput atau boleh juga gunakan tempurung kelapa.
9. Selesai tanam, letakkan batu besar atau apa-apa benda yang boleh menghalang daripada binatang seperti anjing mengorek lubang tersebut.
Pengurusan uri bayi sebenarnya mudah dan tidak perlu dirumitkan. Jangan amalkan benda pelik-pelik ja macam masukkan paku, lada hitam dan sebagainya. Boleh terpesong akidah tu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Nota : Saya Khairil Izham atau Cikgu Izz berharap sangat perkongsian dan info ini dapat dibaca bakal suami, bakal ayah serta bakal ayah kedua dan seterusnya kerana kaum lelaki ni mudah lupa sebenarnya walaupun dah baca atau lalui beberapa kali termasuk Cikgu sendiri.
So, kaum ibu bolehlah tag suami masing-masing atau share post ini supaya lebih ramai yang dapat manfaat untuk cara menguruskan uri yang sebenar.
Baru-baru ini tular sekeping gambar dimana seorang budak cedera apabila termakan umpan milik bapanya. Menurut sumber, kanak-kanak tersebut mungkin tidak dapat membezakan umpan dan makanan kerana mangsa masih kecil.
Rata-rata netizen termasuk kaki pancing menasihati agar meletakkan barang yang merbahaya di tempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Memasukkan objek ke dalam mulut, bukanlah satu penyakit; ia perkara semula jadi dan cara bayi anda mempelajari dunia sekeliling mereka. Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah untuk mengawasi mereka setiap masa dan seberapa yang boleh, memberi mereka persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa bayi berumur 6-18 bulan menghabiskan 30 minit sehari memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut, menggigit, menghisap, dan meleleh air liur pada sebarang objek yang mereka dapat. Walaupun secara puratanya tempoh masa mereka memasukkan objek ke dalam mulut tidak begitu lama jika dibandingkan dengan tempoh bayi tidur, namun apa yang ibu bapa harus berwaspada adalah masa 30 minit ini terjadi sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh guna yang memberi manfaat sama menang kepada kecenderungan petatih anda untuk memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan pada masa yang sama tidak membimbangkan anda:
1. Rumah yang selamat untuk bayi.
Jangan tinggalkan barangan peribadi anda bersepahsepah di atas lantai rumah.
Beli bekas yang selamat untuk bayi untuk menyimpan barang-barang yang anda suka letak merata-rata seperti kunci, telefon pintar, duit syiling dan butang-butang. Jauhkan bekas tersebut dari kanak-kanak (letakkan lebih dari 1.75 meter daripada aras lantai).
Jangan lupa bahawa produk-produk beracun seperti bahan pencuci, peluntur dan bahan mencuci yang lain hendaklah disimpan jauh daripada kanak-kanak. Jangan lupa juga untuk melabelnya.
Periksa di bawah kerusi dan di antara kusyen, meja dan permaidani agar tidak terdapat bahan-bahan berbahaya dan pastikan anda kerap melakukannya.
Wayar dan kabel-kabel tambahan hendaklah dipasang di dinding dengan kemas, diikat dengan sempurna dan diletakkan jauh dari penglihatan kanak-kanak dan tidak boleh dicapai. Tutup soket elektrik dengan palam keselamatan atau penutup keselamatan yang tertutup rapat apabila soket tidak digunakan.
Kunci barang-barang tajam dan berbahaya yang biasa terdapat di dalam laci di ruang tamu atau kabinet dapur.
Kabel-kabel telefon sentiasa menjadi ancaman penjerutan, gunalah telefon tanpa wayar buat seketika. Langsir dan kain penutup juga boleh menjadi ancaman – anda hanya perlu mengikatnya cukup tinggi agar tidak dicapai oleh kanak-kanak.
baby-putting-object-in-mouth
Barang-barang yang berbahaya bagi bayi dan petatih: Duit syiling, butang, permainan dengan bahagian-bahagian kecil, permainan yang keseluruhannya boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi, guli, belon, pengikat rambut kecil, gelang getah, pen atau penutup marker, bateri kecil jenis butang, magnet peti ais dan ketulan makanan haiwan.
2. Jadi ibu bapa yang cerewet.
Pastikan anda memilih permainan yang sesuai untuk umur anak anda.
Lazimnya pengilang permainan akan melabelkan produk mereka dan ini dapat membantu anda mengenalpasti jenis permainan yang sesuai untuk bayi anda.
Pastikan permainan yang anda beli dibuat dengan sempurna dan tidak mudah rosak.
Kenalpasti dan ketahuilah mekanisma permainan yang anda beli. Perhatikan bahagian-bahagian kecil, komponen yang mudah tanggal dan bucu-bucu tajam.
Sentiasa awasi kanak-kanak kecil bermain. Jangan lupa juga untuk menyimpan semua permainan di dalam bekas selepas bermain.
Jangan membiarkan anak yang lebih dewasa berkongsi permainannya dengan bayi kerana permainan kanak-kanak yang lebih dewasa mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Begitu juga dengan makanan. Adakalanya, adik beradik suka berkongsi makanan atau gemar menyuap bayi makan. Ia adalah cara yang baik untuk mengajar mereka menjadi bertanggungjawab tetapi pastikan anda menerangkan kepada mereka apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan dan sentiasa awasi mereka!
3. Sentiasa selia.
Selia semasa waktu makan, pastikan anda dan pasangan anda atau pengasuh sentiasa ada untuk menyelia.
Seorang kanak-kanak harus duduk tegak semasa waktu makan, mereka tidak seharusnya makan sambil bermain, berlari atau berjalan, dan elak juga daripada memberi makan di dalam kereta.
Jika anda ingin memberi anak anda makanan pepejal, gigit sedikit untuk menjadikannya saiz kecil sebelum memberi kepada bayi anda atau potong menjadi saiz yang boleh digigit iaitu tidak melebihi ½ inci.
Masak makanan keras seperti karot atau brokoli sehingga lembut dan boleh dikunyah. Elakkan sama sekali kacang, bijian atau bertih jagung, tidak berbaloi mengambil risikonya.
Kerap menghidrasi anak anda apabila makan tetapi elak daripada minum sambil makan, sebaliknya beri minuman antara suapan.
Adalah penting untuk menghentikan pemberian makanan bayi dan memberi anak anda makanan yang lebih pejal – ia perlu dilakukan secara berperingkat dan dengan selamat.
Adalah lebih baik untuk memberitahu kepada mereka yang terlibat dalam penjagaan anak anda mengenai jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diberi kepada bayi anda sehingga dia boleh mengunyah atau boleh menerima makanan pepejal dengan sempurna.
AAP telah menyenaraikan bahan-bahan makanan berikut sebagai bahaya tercekik bagi kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun: hot dog, gula-gula keras, gula-gula getah, kacang-kacang dan bijian, ketulan keju, anggur yang tidak dipotong, bertih jagung, ketulan mentega kacang tanah, sayur mentah, dan kismis.
Kemungkinan besar sepanjang tahun pertamanya, anak anda telah memasukkan pelbagai jenis objek ke dalam mulutnya. Tetapi ingatlah bahawa bukan semua perkara itu menyeronokkan dan satu permainan. Tercekik benar-benar mengancam anak anda dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga, sentiasa menjaga keselamatan dan berwaspada, ketahui mengenai keputusan yang diambil berkenaan anak kesayangan anda. Juga tidak merugikan untuk mempelajari beberapa pengetahuan asas mengenai resusitasi kardiopulmonari (CPR) kanak-kanak dan teknik menyelamat atau pertolongan cemas kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa anak anda jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Tidak kira samada bayi, petatih, atau kanak-kanak sekolah, rumah anda harus menjadi tempat di mana anak anda boleh menjelajah dengan selamat. Lagipun, menyentuh, memegang, memanjat, dan menjelajah merupakan aktiviti-aktiviti yang membantu tubuh dan minda anak anda berkembang, dan ia harus digalakkan.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.