“Tak Mengidam Pelik, Tapi Suka Kunyah Ais” Habit Ernie Zakri Saat Sarat Hamil

Share

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri berkongsi pengalaman hamil anak pertama dan habit yang paling disukainya ketika usia kandunganya sudah mencecah 7 bulan.

“Setakat ini Alhamdulillah saya tak ada mengidam benda yang pelik, semuanya yang mudah-mudah sahaja. Cuma saya rasa habit yang saya perlu stop ialah mengunyah ais.

“Benda begini saya tak pernah buat sebelum ini, saya pun kurang minum ais sebab menyanyi. Tetapi waktu mengandung ni, benda itu jadi macam snek dan minta ais setiap hari. Selalunya orang akan tanya nak keropok? Tapi suami akan tanya nak ais?” katanya.

Dijemput sebagai menyanyi bersama kumpulan Sa.Ya semalam, Ernie gembira apabila diberi peluang untuk beraksi di atas pentas walaupun usia kandungan kini sudah mencecah tujuh bulan.

“Of course penat dan rasa mengah itu dialami oleh semua ibu hamil. Tapi waktu trimester pertama dan kedua saya memang banyak berehat, jadi apabila dapat bekerja saya rasa gembira,” katanya.

Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu. Pasangan itu mendedahkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan tidak lama lagi.

Kredit: Ernie Zakri

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN