Penyanyi terkenal, Ernie Zakri berkongsi pengalaman hamil anak pertama dan habit yang paling disukainya ketika usia kandunganya sudah mencecah 7 bulan.
“Setakat ini Alhamdulillah saya tak ada mengidam benda yang pelik, semuanya yang mudah-mudah sahaja. Cuma saya rasa habit yang saya perlu stop ialah mengunyah ais.
Ads
“Benda begini saya tak pernah buat sebelum ini, saya pun kurang minum ais sebab menyanyi. Tetapi waktu mengandung ni, benda itu jadi macam snek dan minta ais setiap hari. Selalunya orang akan tanya nak keropok? Tapi suami akan tanya nak ais?” katanya.
Dijemput sebagai menyanyi bersama kumpulan Sa.Ya semalam, Ernie gembira apabila diberi peluang untuk beraksi di atas pentas walaupun usia kandungan kini sudah mencecah tujuh bulan.
Ads
“Of course penat dan rasa mengah itu dialami oleh semua ibu hamil. Tapi waktu trimester pertama dan kedua saya memang banyak berehat, jadi apabila dapat bekerja saya rasa gembira,” katanya.
Ads
Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu. Pasangan itu mendedahkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan tidak lama lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi isteri dan bayi dalam kandungan, seorang suami, Md Rajihan Junaidi memecahkan cermin keretanya selepas gagal meredah banjir dan sehingga kini masih belum dijumpai. Dia dipercayai hanyut bersama kenderaan selepas menyelamatkan isterinya dalam kejadian banjir yang berlaku di Batu Pahat-Mering, beberapa hari lalu.
Selamatkan isteri sarat hamil
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, sehingga kini misi mencari dan menyelamat masih dijalankan. Sebelum kejadian berlaku, mangsa dipercayai telah bertindak meredah air sebelum kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dibawa arus banjir.
Mangsa kemudian telah memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya, Khairunnisa Ibrahim yang terkunci di dalam kenderaan berkenaan.
Difahamkan, Khairunnisa sedang sarat hamil enam bulan. Isteri mangsa akhirnya berjaya diselamatkan oleh orang awam sementara mangsa telah hanyut dibawa arus deras.
Hanya kereta ditemui
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sedek, kereta mangsa telah ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan.
Pasukan bomba menggunakan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa. Kereta dapat dijumpai namun mangsa tiada di dalam kenderaan.
Sehingga kini, mangsa masih belum ditemukan. Walaupun begitu, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas tujuh hari melahirkan bayi keduanya, selebriti media sosial, Aisyah Hijanah yang sering berkongsi ilmu keagamaan menerusi Instagramnya tampil berkongsi nama indah buat anaknya.
Sepakat memilih nama indah, Aisyah dan suaminya, Alif Teega tampil berkongsi pilihan nama buat putera sulung mereka.
Menerusi Instagramnya kata Aisyah, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan nama yang baik buat anak-anak.
“Alhamdulillah masuk hari ke 7 kelahiran, hari yang sunnah diberikan nama untuk putera sulung kami. Satu amanah untuk ibu bapa untuk diberikan nama yang baik untuk anak.
“Khususnya diambil dari nama Allah, nama Nabi & maksud yang baik. Bismillah…‘Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif’,” tulis Aisyah berkongsi.
Menerusi entri yang sama juga, ibu kepada Khadeejah Hijanah ini juga turut berkongsi makna disebalik nama pilihan mereka itu.
“Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw. Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali & jasadnya kekal di atas tembok Konstantinopel (Hassan Ulubate).
“Dan juga, Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw.
“Syarif pula, bermaksud mulia yang kami mengharapkan putera kami ini diberikan kehidupan & kematian yang dimuliakan dr Allah, dijauhkan dari kezaliman manusia, jin & syaitan,” kongsinya lagi.
Tidak hanya berkongsi nama pada hari ketujuh kelahirannya, bahkan ibu cantik manis ini juga turut membingkiskan doa dan harapan buat anak lelakinya itu agar dipermudahkan perjalanan hidupnya dalam mencari reda Allah.
“Semoga Hassan menjadi anak yang soleh, lelaki yang berani & diberikan kebaikan di dunia & Akhirat. Diberikan jodoh yang terbaik di dunia Akhirat, diberi kekuatan dalam menimba ilmu & memanfaatkan ilmu.
“Dipilih menjadi lelaki yang syahid di Jalan Allah, anak yang taat & tegas. Diberikan qadar & qada’ yang terbaik buatnya. Doa yang baik-baik sentiasa buat Hassan Syarif & Khadeejah Hijanah,” katanya lagi.
Terdahulu, Aisyah selamat melahirkan anak keduanya pada 23 September lalu. Aisyah dan Alif turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Khadeejah Hijanah.
Kasihnya seorang guru, kerjaya yang sangat mulia. Sanggup berkorban masa dan tenaga asalkan anak didik tersayang dapat menerima ilmu dengan selesa dan baik.
Kajian Global Education Census 2018 menyatakan guru-guru di Malaysia disifatkan sebagai “mencintai kerja mereka dan merupakan antara paling berdedikasi dalam memastikan pelajar mereka cemerlang dalam akademik. Buktinya ramai guru yang sentiasa memikirkan kebajikan anak murid.
Bimbang melihat anak murid tidak selesa dan hilang fokus akibat musim panas melampau yang melanda negara, seorang guru, Abdullah Kadir tampil membuat inisiatif sendiri untuk membekalkan anak muridnya dengan air secukupnya di dalam kelas.
Cuaca Panas, Guru Sediakan Tong Air Untuk Anak Murid
Begitu besar kasih sayang seorang guru buat anak-anak murid tercinta. Walaupun dibekalkan dengan air dari rumah, namun ada anak-anak kecil yang mula mengadu haus selepas rehat.
Keadaan dirinya yang hanya memiliki satu tangan sahaja tidak menghalang guru berhati mulia itu untuk membantu pelajarnya. Apatah lagi dikala musim panas ini.
“Musim panas, anak-anak mengadu selalu dahaga. Anak-anak hilang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana panas dan sangat dahaga.
“Kalau jadual lepas rehat, lagi mencabar. Panas sangat.
“Air yang ibubapa bekalkan selalunya habis diminum selepas rehat.
“Cikgu ambil inisiatif bekalkan air minuman untuk anak-anak. Mereka boleh minum bila-bilas saja mereka mahu,” tulisnya berkongsi melalui videonya.
Turut Sediakan Kuih Raya Risau Anak Murid Lapar
Walaupun berpayah kerana mempunyai satu tangan namun ia bukan halangan.
Bekas air besar diletakkan di tepi kelas untuk memberi anak murid selesa.
Paling mengharukan, Cikgu Abdullah turut sama meletakkan lebihan kuih raya yang dibawa dari rumah untuk anak-anak menikmatinya jika kelaparan. Jadi dapatlah anak-anak minum air sepuasnya sambil menjamah kuih raya.
Inisiatif sebegini bukan saja dapat bantu mereka kembali fokus pada isi pembelajaran malah keprihatinan guru ini dipuji wargamaya yang turut sama meninggalkan pelbagai reaksi positif.
Untuk Bantu Anak Murid Fokus Belajar
Inisiatif sebegini bukan saja dapat bantu mereka kembali fokus pada isi pembelajaran malah keprihatinan guru ini dipuji wargamaya yang turut sama meninggalkan pelbagai reaksi positif.
Pemilihan Uniform Sekolah Yang Selesa
Bukan hanya peranan guru serta keselesaan persekitaran di sekolah sahaja yang memainkan peranan untuk anak-anak suka ke sekolah malah pemilihan uniform sekolah juga turut mempengaruhi ‘mood’ anak-anak sepanjang hari.
Oleh sebab itulah pemilihan uniform sekolah yang tepat antara yang paling dititik beratkan oleh ibu bapa untuk keselesaan anak-anak. Bagi yang pertama kali membeli pakaian sekolah, tentu sekali anda akan mencari uniform terbaik buat anak-anak.
Jenama Falcon adalah jenama pakaian seragam professional yang berkualiti dan sesuai untuk anak-anak. Mempunyai pelbagai jenis pakaian seragam seperti pakaian seragam tadika, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, jenama Falcon dimiliki oleh Perniagaan Tacsin Sdn. Bhd terletak di Pulau Pinang.
Selain kualiti kain yang berkualiti tinggi, pemilihan aksesori pakaian seperti butang, cangkuk dan zip dari jenis yang tahan lasak memberikan keselesan kepada si pemakain. Tidak hairanlah kenapa jenama Falcon antara jenama pakaian seragam profesional sejak 1964 lagi.
16 Mei merupakan tarikh keramat yang menjadi momen untuk kita menghargai jasa para pendidik di Malaysia.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.