Jutawan Kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida yang juga pesangan popular di media sosial mempunyai seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Amena Aliff Syukri (1 tahun 7 bulan) hasil kacukan melayu dan pakistan.
Menerusi akaun instagram Datin Shahida, dia telah memuatnaik gambar Amena yang cedera di dahi dan hidung akibat jatuh dari kereta semasa hendak keluar dari kereta yang dinaikinya.
Dah benjol dahi luka hidung ni…x meyempat nak turun kereta……sekali tersembam la . orang kata budak bijak mmg lasak!! ye kan!!!
Ads
Rata-rata netizen tertarik dengan wajah dan mata Amena yang sangat cantik. Ramai memuji kecomelan Amena. Tak kurang jugak yang menyokong pendapat Datin Shahida. Mereka turut berkongsi pengalaman menjaga anak yang sedang membesar, memang sangat aktif dan mencabar.
“Villa yang dinamakan Rindu D’Villa Langkawi itu mengambil masa kira-kira tiga bulan pembinaan, selepas tercetusnya idea sejak Oktober lalu, ketika negara sedang melalui fasa peralihan ke endemik.”
Penyanyi Black Hanifah mengakui, usaha dan penat lelah selama tiga bulan berbaloi apabila villa impiannya di Pulau Langkawi, Kedah berjaya disiapkan sepenuhnya dalam masa ditetapkan.
Katanya, dia terlebih dahulu mengumpul maklumat, membuat kajian dan meneroka harga pasaran sebagai persiapan rapi memulakan projek terbabit, termasuk pembaharuan ditampilkan.
Menariknya, villa yang terletak di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu dibinanya sendiri, dibantu empat tukang yang dibawanya dari Kuala Lumpur.
“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.
“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini.
“Tidak membuang masa, sekitar Oktober lalu, kerja pembinaan dimulakan dan saya bawa sendiri tukang rumah seramai empat orang ke Langkawi.
“Saya bina villa ini bersama mereka, berulang-alik dari Kuala Lumpur memandu sendiri kereta membawa barang binaan. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan hasilnya hari ini,” kata Black yang kini berada di pulau peranginan tersebut bersama keluarganya.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, berkata, dia juga teruja kerana villa tersebut merupakan yang pertama di Asia berkonsepkan lantai ‘glow in the dark’.
“Konsep lantai ‘glow in the dark’ itu dicadangkan seorang rakan pembekal barangan. Dia boleh sahkan villa saya yang pertama menggunakan konsep itu di Asia kerana barangan berkenaan memang miliknya.
“Alhamdulillah, Rindu D’Villa sudah bersedia untuk menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka untuk bulan Mac ini,” katanya.
Mengulas mengenai harga yang dikenakan, Black memberi jaminan ia akan mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan tersebut.
“Insya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini (Langkawi). Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.
“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” katanya.
Menurut Black, dia juga terlintas untuk menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa hadapan.
“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.
“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” katanya.
Dalam pada itu, Black berkata, projek yang dirancang juga sebagai jaminan masa panjang buat keluarganya.
“Saya sedang mengumpul aset untuk anak-anak dan isteri. Semuanya demi masa depan kami anak-beranak.
“Saya pilih Langkawi kerana lokasi ini memang akan sentiasa menjadi tarikan pelancong dan pilihan tepat untuk bercuti,” katanya.
Tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandung sendiri ketika tidur di rumah didiami keluarga itu di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang tadi.
DITETAK PADA KEPALA & PERGELANGAN TANGAN
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa yang cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Menurutnya, hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian.
Beliau berkata, pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Sepasukan polis ke lokasi mendapati mangsa dipercayai ditetak bapanya menggunakan parang.
HALUSINASI
“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” katanya mangsa merupakan anak tunggal.
POSITIF DADAH & PEMINUM KETUM
Beliau berkata, suspek dipercayai peminum ketum tegar dan mempunyai satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah.
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tangisan yang tak pernah reda. Rindu yang tak pernah padam. Pemergian anak tersayang bagaikan mimpi ngeri yang tak sudah. Namun di sebalik semua duka itu, seorang bapa memilih untuk redha dan memaafkan, walau jiwanya remuk dan hati tak terubat.
Bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib Hazim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Gerik, Perak berkata keluarga reda dengan pemergian anaknya itu.
Kata Halim Sidik, 58, apa yang berlaku kepada Muhammad Adib adalah ketentuan Ilahi dan mereka sekeluarga tiada dendam terhadap pemandu bas berkenaan meskipun banyak cerita dihebohkan berkenaan lelaki itu.
Saya maafkan pemandu bas, apa yang berlaku ini takdir. Tiada dendam terhadap dia. Anak kami pergi dengan baik.
Saya fikir pemandu pun ada keluarga, dia juga tidak berniat untuk membawa laju. Soal maaf, biarlah dia pohon kepada Tuhan.
Sebelum ini, di media sosial rata-rata warganet menghentam pemandu berkenaan kerana dikatakan memandu secara berbahaya. Malah, pemandu bas itu, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, telah memohon maaf kepada semua pelajar dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian terbabit.
Setakat ini 18 saksi telah diambil keterangan iaitu melibatkan beberapa pihak termasuk pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan itu. Difahamkan, rakaman video kamera papan pemuka kejadian itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Bukit Aman untuk dianalisis.
Untuk rekod, Allahyarham Adib Hazim adalah salah seorang daripada 15 mangsa maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas membawa 42 penuntut UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik, pada awal pagi Isnin.