“Tak minta lebih, cuma susu dan diapers.” Ayat yang ringkas ini cukup membuatkan hati pelakon dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir tersentuh.
Di sebalik kerja keras menghantar makanan, terselit kisah pilu pengorbanan seorang ayah yang hanya mahu memastikan anak-anaknya cukup keperluan harian.
Kisah ini tular di media sosial minggu lalu apabila seorang penghantar makanan dikenali sebagai Abang Grab terpaksa menukar lampin anak di atas motosikal. Situasi itu bukan sahaja mengundang simpati ramai, malah mencerminkan betapa beratnya tanggungjawab seorang ayah dalam keadaan serba kekurangan.
Ziarah Anzalna: Buka Mata Tentang Erti Pengorbanan
Tersentuh dengan kisah tersebut, Anzalna mengambil inisiatif menziarahi sendiri keluarga abang Grab untuk mengetahui keadaan sebenar. Lawatan itu membuka matanya tentang betapa tabahnya lelaki ini menyara keluarga yang memerlukan perhatian istimewa.
“Bila tanya apa keperluan mereka sekarang, abang tu cuma minta diapers jenama Drypers dan susu Dutch Lady untuk anak-anak. Itu sahaja. Hati saya betul-betul tersentuh,” kata Anzalna.
Ads
Menurutnya, keluarga ini hidup sederhana di sebuah rumah kecil bersama anak-anak yang masih kecil termasuk seorang bayi berusia dua bulan. Lebih menyentuh perasaan, isterinya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang perlu penjagaan rapi setiap hari.
Walaupun pasangan itu malu untuk menjemput Anzalna masuk ke rumah kerana keadaannya tidak begitu terurus, Anzalna tetap menghargai kesederhanaan dan semangat mereka.
Ads
“Dia dan isteri sangat peramah. Mereka malu nak ajak saya masuk rumah, tapi saya langsung tak kisah. Bila tengok keadaan mereka, siapa kita nak menilai?”
Sebagai seorang ibu kepada dua anak, Anzalna akui dia dapat membayangkan betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul abang Grab dalam menjaga anak-anak dan isteri, sambil bekerja keras mencari rezeki.
Masih Ramai Perlukan Bantuan
Walaupun kisahnya telah menjadi viral, bantuan yang diterima oleh keluarga ini sangat terhad. Justeru, finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu berharap perkongsiannya dapat membuka hati lebih ramai pihak untuk tampil menghulurkan bantuan.
Ads
“Mereka betul-betul perlukan sokongan. Tak perlu banyak, sekecil mana pun bantuan, asalkan ikhlas, sangat besar maknanya.”
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudah memberi bantuan dan menitipkan doa agar Allah membalas kebaikan semua pihak yang membantu keluarga ini.
Majalah Pa&Ma sentiasa dekat dengan kisah keibubapaan, dan menyokong usaha membantu ibu bapa yang berdepan cabaran membesarkan anak-anak dalam serba kekurangan. Kisah ini bukan sekadar tentang susahnya hidup, tetapi tentang besarnya kasih seorang ayah dan sabarnya seorang ibu yang tidak pernah mengalah.
Moga rezeki Anzalna semakin melimpah ruah asbab prihatin dan sudi meringankan beban keluarga tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Susahnya nak suruh anak minum air kosong. Asyik nak minum air kotak dan air botol je yang banyak perisa”. “Anak saya tak suka minum air kosong. Dan kurang sangat minum air.”. “Macam mana ye nak ajar anak suka minum air kosong?”
Persoalan dia atas sering ditanyakan di kalangan ibu-ibu yang mempunyai masalah anak sukar minum air kosong. Timbulnya kerisauan tersebut apabila ibu-ibu ini nampak kesihatan anak mereka makin merosot atau mereka sendiri baru ada kesedaran betapa pentingnya kecukupan air dalam badan seseorang.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Khalisah Hazrina bagaimana cara menyeronokkan mendidik anak minum air kosong sangat mudah dan mungkin boleh membantu ibu lain.
Ada 5 cara menyeronokkan didik anak minum air kosong, Lisa nak berkongsi manfaat dan mengapa betapa pentingnya kita didik anak untuk minum air kosong berbanding air kotak mahupun air botol yang berperisa. Sebenarnya tak salah pun nak beri anak minum air kotak tetapi perlu ajar anak had mana yang boleh mereka minum. Mungkin seminggu sekali atau dua kali sahaja, hanya sekadar untuk merasa dan bagi mereka gembira. Jangan dinafikan hak mereka yang suka benda manis cumanya ajar mereka had-had yang dibolehkan.
Antara manfaat dan kepentingan minum air kosong:
Mengurangkan risiko sembelit di kalangan kanak-kanak. Boleh dikatakan 40-60% kanak-kanak mempunyai masalah sembelit dan bila ditanya mereka ini kurang minum air kosong.
Mengurangkan masalah dehidrasi. Kanak-kanak sangat aktif bermain tidak kisah di luar atau di dalam rumah. kebarangkalian mereka untuk berpeluh sangat tinggi dan menyebabkan mereka akan kekurangan air dalam badan.
Bantu organ badan berfungsi dengan baik. Sebagai contoh organ kulit jika sangat kering akan menyebabkan kegatalan dan akan berdarah.
Setelah ibu-ibu faham dan tahu kebaikan minum air kosong ini untuk anak-anak, maka mudah untuk ibu-ibu didik mereka dan sebenarnya bukan sahaja anak-anak yang kena minum air kosong, kita sebagai orang dewasa yang meningkat usia juga digalakkan minum air kosong secukupnya tambahan pula kita aktif melakukan aktiviti rutin harian.
1) Sediakan Botol Air Yang Cantik Dan Menarik
Mungkin ada ibu bapa terlepas pandang dengan tips dan cara ini iaitu menyediakan botol air yang cantik dan dapat menarik perhatian anak. Tahukah anda kanak-kanak ini lahiriahnya mereka sukakan perkara di luaran terlebih dahulu berbanding dalamnya ada apa. Sebagai contoh, kanak-kanak suka surprise egg kerana wrapping surprise egg sangat menarik membuatkan kanak-kanak ini menjadi obses untuk sentiasa membelinya sedangkan apabila mereka buka surprise egg mereka hanya layan sekejap sahaja permianan di dalamnya. Begitu juga dalam mendidik anak minum air kosong. Mulakan dengan luarannya nampak menarik terlebih dahulu.
Sebelum Lisa beli botol air anak yang pertama lisa akan tanya dahulu apa kartun yang dia paling suka dan Fareeq kata dia lebih gemar mickey mouse atau robot. Bila lisa belikan botol air yang ada gambar mickey mouse dan robot, dari situ Fareeq sangat suka bawa botolnya ke mana-mana dan secara tidak langsung apabila dia haus dia akan terus minum air botol yang dipegangnya itu.
Anda boleh lihat di sini antara jenis botol air yang dapat bantu menarik perhatian anak-anak supaya suka minum air kosong.
2) Minum Air Menggunakan Straw
Ada sesetengah kanak-kanak mereka tidak sukakan minum air kosong menggunakan cawan kerana ia mudah tumpah dan mereka tidak dapat nak agak perlu teguk tahap mana. Apabila mereka sudah rasa susah untuk minum dengan cara menggunakan cawan, maka mereka akan lebih suka minum air kotak di mana ia ada straw dan mudah untuk minum. Sebab itu, anda digalakkan untuk membeli botol air yang ada straw untuk kanak-kanak ini atau membeli straw plastik supaya mudah untuk kanak-kanak minum air.
3) Lead By Example( Ibu bapa Contoh Terbaik)
Sebelum menyuruh anak-anak ini minum air kosong secukupnya, ibu bapa sendiri perlu minum air kosong secara konsisten. Kanak-kanak akan tiru apa yang kita lakukan bukan apa yang kita suruh mereka buat. Walaupun sekarang ini ibu bapa rasa sukar untuk minum air kosong, tidak mengapa boleh dimulakan sedikit demi sedikit dan sambil itu ajak anak minum air kosong bersama-sama. Tiada istilah terlambat dalam mengajar anak-anak ke arah kebaikan. Sentiasalah positif dalam mendidik anak-anak.
4) Mendidik Seawal 6 bulan
Bagi anda yang mempunyai anak masih bayi, ketika inilah masa terbaik untuk kenalkan anak-anak amalan minum air kosong sejak mereka bayi lagi. Umur yang ideal untuk diperkenalkan minum air kosong adalah seawal 6 bulan kerana ketika usia ini mereka sudah mula makan solid food dan risiko mereka untuk menghadapi masalah sembelit agak tinggi. Ketahuilah bahawa umur ini, kanak-kanak akan ikut sahaja apa yang ibu berikan kepada mereka. Maka lebih mudah untuk mereka mengamalkan minum air kosong sehingga besar nanti.
Berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dengan mempunyai 2 orang anak, Lisa lambat perkenalkan anak pertama Lisa dengan air kosong menyebabkan dia agak sukar untuk minum air kosong dan sehingga umurnya 2 tahun barulah dia betul-betul suka untuk minum air kosong. Berbeza dengan adiknya, Sarah. Lisa mula perkenalkan Sarah dengan minum air kosong seawal 6 bulan dan alhamdulillah sehingga kini air kosong merupakan minuman kegemarannya selain susu badan atau susu formula.
5) Sediakan Buah Yang Kaya Dengan Kandungan Air
Di samping memberi air kosong untuk kanak-kanak ini sentiasa hidrasi, mereka juga boleh makan-makanan yang kaya dengan kandungan air seperti tembikai, sayuran, buahan yang lain. Buahan dan sayuran ini mampu membekalkan air dalam badan kanak-kanak selain sumber minum air kosong sahaja. Selalulah mendidik anak untuk mencintai makan buahan dan sayuran yang dapat memberi mereka
Sebenarnya mendidik anak minum air kosong bukanlah susah jika kita tahu cara dan teknik yang betul. Tambahan pula bila kita sudah faham mengapa air kosong sangat penting untuk anak-anak dan pada diri kita juga. Cumanya kesedaran itu perlu dipupuk dari awal lagi.
InsyaALLAH, Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak untuk minum air kosong secara konsisten dan di samping itu memberi kesihatan yang lebih baik kepada kita semua.
Ada ibu bapa tanpa sedar atau menyedari bahawa mereka sebenarnya pilih kasih pada anak-anak. Anak yang pandai lebih disayangi manakala anak yang kurang pandai selalunya kurang diberi perhatian atau dipandang sebelah mata.
Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi, tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya. Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya sedang menyakitkan hati anak-anak adalah apabila kita bersikap pilih kasih.
Adakah kita dibenarkan untuk pilih kasih antara anak-anak? Salah atau tidak jika kita melayan anak secara berat sebelah? Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya? Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Maksudnya : “Maka hendaklah kamu takut akan Allah dan hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu.”
Menyebut tentang impak sekiranya kita pilih kasih pada anak, mereka mungkin akan mengalami beberapa keadaan ini:
– Kurang keyakinan diri
– Kemurungan
– Cenderung bertindak kasar atau agresif
– Mengalami gangguan pembelajaran
– Berpotensi untuk mempunyai masalah komunikasi dengan orang sekeliling
Selain itu, untuk anak-anak yang terlalu diberi perhatian pula mungkin akan:
– Mengalami masalah dengan adik-beradik yang lain kerana rasa iri hati
– Mudah merasa terkongkong
– Tidak pandai berdikari dan terlebih manja
– Sentiasa memberontak dan tidak pandai untuk bertoleransi dengan orang lain
Sebagai ibu ayah, sebaik-baiknya cubalah mengelak untuk mempunayi sikap pilih kasih ini kerana ia memberi efek yang negatif pada anak-anak. Selain mengganggu proses tumbesaran mereka, keadaan ini akan menyebabkan anak cenderung memberontak dan sentiasa berperangai negatif.
Diam tak diam, anak kesayangan pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir, Ana Nayla kini sudah pun berusia hampir sepuluh bulan.
Dalam usianya menghampiri usia satu tahun, banyak yang dikongsikan Ayda mengenai cinta hatinya itu, lebih-lebih lagi mengenai journey penyusuannya buat Ana Nayla.
Menurut kata Ayda menerusi perkongsiannya di Insta Story, ibu cantik dan ceria ini mengakui anak kecilnya itu mudah untuk dijaga.
Jika orang lain paling sukar membawa anak berjalan kerana anak tidak mahu duduk dalam carseat, namun bagi Ayda dia bertuah kerana tidak berdepan masalah itu.
Kata Ayda, puterinya itu mudah untuk tidur, lebih-lebih lagi ketika berada di dalam kereta.
“Everytime masuk kereta, boss baby mesti mengantuk. Senang jaga and boleh buka radio kuat-kuat. No worries, dia memang dari kecil boleh tidur bising-bising.
“Malam dia tidur je, mommy and daddy tengok movie,” kongsinya menerusi Insta Story.
Dalam pada itu, jika orang lain memujuk anak menggunakan gajet, Ayda lebih senang memilih untuk tidak terlalu memperkenalkan anaknya itu dengan gajet.
“No iPad, no iPhone. No cartoon bila dalam kereta. For now kita tak biasakan dia dalam kereta even dekat rumah dengan gajet.
“No cartoon/TV/phone terutamanya masa makan, nak tidur. Playtime only boleh. Alhamdulillah she very good girl.
“Bila tak biasakan, dia tak minta atau menangis kalau tak dapat,” tulisnya lagi.
Terdahulu Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini menerima kehadiran cahaya sulung mereka pada 21 September 2021.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!