Kadang-kadang, sebagai ibu bapa, kita tak sedar yang kita sedang buat anak rasa kecil hati. Bukan sebab kita marah, bukan sebab kita abaikan secara terang-terangan, tapi sebab kita—secara tak langsung—bersikap pilih kasih. Kita mungkin tak perasan, tapi anak-anak sangat peka.
Mereka tahu bila abang selalu dipuji, bila adik dapat lebih perhatian, bila kakak dibelikan sesuatu yang mereka sendiri tak pernah dapat. Dan di situlah, luka kecil mula terbentuk dalam hati mereka.
Salah Ke Kalau Tak Layan Semua Anak Sama?
Persoalannya, boleh ke sebenarnya kita pilih kasih antara anak-anak? Salah ke kalau kita melayan anak-anak dengan cara yang tak seimbang? Dalam satu sesi soal jawab, Ustaz Azhar Idrus pernah ditanya tentang hal ni.
Dan jawapan beliau cukup jelas—perbuatan pilih kasih dalam bentuk zahir seperti memberi lebih nafkah, hadiah atau layanan istimewa kepada seorang anak berbanding yang lain adalah dilarang dalam Islam. Haram hukumnya. Sebab anak-anak semua ada hak yang sama terhadap ibu bapa mereka.
Tapi jangan salah faham. Kalau dalam hati kita rasa lebih lembut pada seorang anak sebab dia lebih manja, lebih rapat, atau lebih senang dibentuk—itu tak salah. Sebab kasih sayang dalam hati memang tak boleh kita kawal. Tapi layanan dan tindakan yang zahir, itu kita boleh kawal. Itu yang Allah kira. Itu yang anak-anak lihat dan rasa.
Ads
Luka Pilih Kasih, Tak Nampak Tapi Dalam
Dan kalau sikap pilih kasih ini terus berlaku dalam rumah, tanpa diperbetulkan, kesannya sangat besar. Anak yang rasa dipinggirkan boleh membesar dengan rasa tak cukup baik, tak cukup layak, tak cukup disayangi.
Dia mula diam, simpan rasa, dan akhirnya menjauh.Bukan sahaja dari ibu ayah, tapi juga daripada adik-beradik sendiri. Hubungan kekeluargaan yang sepatutnya jadi tempat paling selamat, berubah jadi ruang yang dia nak lari.
Kita Tak Perlu Sempurna, Tapi Kena Cuba Adil
Sebab tu, sebagai ibu ayah, kita kena selalu muhasabah diri. Bukan mudah nak berlaku adil dalam setiap masa, tapi kita boleh usaha. Kita boleh semak semula cara kita bercakap dengan anak-anak, cara kita puji, cara kita marah, cara kita beri perhatian.
Ads
Setiap anak ada keunikan sendiri. Mereka tak perlukan kasih sayang yang sama bentuk, tapi mereka perlukan kasih sayang yang cukup untuk mereka rasa ‘saya ni disayangi.’
Apa Anak Sebenarnya Nak? Bukan Lebih, Tapi Cukup
Anak-anak tak minta banyak. Mereka tak minta lebih dari adik-beradik lain. Mereka cuma nak rasa mereka juga penting. Mereka pun berhak dapat pelukan, perhatian, dan senyuman yang sama.
Dan kadang, dengan hanya satu layanan yang adil, satu kata “abang pun pandai,” atau satu pelukan pada waktu yang tepat—itu dah cukup untuk sembuhkan hati yang hampir retak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Susu Bayi Juga Saya Sediakan..” -Mulianya Hati Ibu Ni, Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu!
Umumnya bagi sesiapa yang hidup dalam kesusahan, bukan semua selesa untuk meminta-minta secara terbuka kepada orang lain. Lantaran itu, bagi kita yang berkemampuan hulurkan lah bantuan walau dengan apa cara sekalipun seikhlas mungkin. Agar kehidupan sesama kita di dunia ini menjadi lebih harmoni.
Ini kisahnya seperti wanita ini yang begitu mulia hatinya dengan mmengambil inisiatif menghulurkan barangan keperluan secara percuma kepada golongan memerlukan dengan mendirikan Pondok Sedekah.
Hebatnya kisah Haslinda Wahab, 40 tahun ini yang menetap di Kuala Nerus, Terengganu merupakan peniaga kedai makan dan sebelum itu merupakan asnaf dan penerima zakat.
Memetik berita yang dikongsikan Sinar Harian, katanya, inisiatif membuka Pondok Sedekah itu adalah sebagai tanda kesyukuran selepas dia berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan berkat bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya pernah merasai kesusahan kehidupan sewaktu bergelar ibu tunggal selama 13 tahun sehingga menerima zakat dan bantuan daripada Maidam dan JKM.
“Kehidupan saya mula berubah apabila membuka kedai makan dengan pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Selepas itu, rezeki saya terus murah apabila bertemu jodoh dengan suami pada tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Maras di sini semalam.
Ujar Haslinda, dia menyediakan barangan keperluan seperti beras lima kilogram, minuman coklat, kicap, minyak, biskut, mi segera dan susu formula bayi di pondok sedekah bersebelahan premis perniagaannya di Pengkalan Maras.
“Susu bayi yang saya sediakan di sini dari jenama Dutch Lady yang biasa digunakan oleh ibu-ibu. Ramai juga yang datang untuk dapatkan susu anak.
“Kalau keluarga anak ramai sekampit beras tu tahan dalam dua tiga hari sahaja. Biasanya mereka yang datang ambil barangan ini kita akan tanya dulu untuk pastikan penerima adalah mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, kesemua barangan keperluan tersebut boleh diambil secara percuma oleh golongan memerlukan.
Dalam pada itu, Haslinda turut mendedahkan pelbagai ujian dilalui orang ramai ketika ini di mana dia sendiri tidak menyangka ada yang seminggu terputus bekalan beras di rumah.
“Saya tak sangka ramai yang datang ke sini sebab rumah tiada beras. Ada yang minta izin ambil beras sebab sudah tiga hari terputus bekalan makanan itu.
“Ada juga yang telah seminggu rumahnya tiada beras. Kalau mampu beli pun beras siap bungkus sikit-sikit dari kedai runcit seberat 1 kilogram (kg) untuk sekali masak.
“Kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini mempunyai ahli keluarga yang ramai mungkin lebih dari lima orang anak.
“Saya bersyukur sebab saya kini mampu membantu untuk meringankan bebanan mereka yang susah. Saya nekad untuk tidak berhenti dan doakan saya dapat teruskan sumbangan ini,” ujarnya.
Haslinda memberitahu, terdapat juga insan pemurah yang ingin turut sama menyumbang dengan menyalurkan wang ringgit bagi membeli barangan yang akan diagihkan di pondok itu.
Alhamdulillah! Moga lebih ramai insan mulia seperti wanita ini tampil sama-sama membantu mereka yang memerlukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup berumah tangga ada onak dan durinya. Namun ada kemanisan dan kebahagiaan yang ditempuh bersama. Biar susah namun ditanggung bersama. Itulah nilai kasih sayang dan kesetiaan sampai syurga.
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh, guru yang cukup dikenali di media sosial ini amat terkesan di hati kita. Kisah kesusahan berumah tangga dan pengorbanan seorang isteri. Maka suami kena hargai jasa dan kesetiaan tak berbelah bagi pada suami.
Kisah puan isteri.
9 tahun pertama pernikahan kami, tidak ada sebentuk pun cincin mampu aku hadiahkan untuk dia. Sembilan tahun pertama perkahwinan kami, tidak sekali pun aku bawa dia dan anak-anak melancong ke Langkawi ke, Genting Highland ke, homestay ke, chalet ke, hotel ke.
9 tahun pertama kami hidup bersama, tidak sekali insan ini bersungut hendak itu hendak ini. Cuma aku perasan bila dia terbaca kawan-kawan atau sanak saudara dia update pergi melancong, kawan-kawan dia update beli emas, dapat hadiah dan seumpamanya, dia selalu respon dengan penuh teruja.
Bila aku perasan reaksi dia, cepat-cepat dia buat macam tak ada apa-apa. Dia takut aku berkecil hati aku tak mampu bawa dia dan anak-anak melancong, tak mampu bawa ke hotel, ke homestay, ke chalet, tak mampu belikan dia itu ini.
Dia tahu aku memang tak mampu dari segi kewangan masa itu. Maka dia diam tanpa sebarang permintaan. Namun aku tahu, jauh disudut hati dia, dia inginkan merasakan semua itu.
Awal pernikahan, kewangan aku memang sangat sempit. Hanya mampu bagi nafkah RM100 sahaja sebulan untuk barang dapur. Sewa rumah dan bil semua aku settlekan.
Kemudian dapat rezeki anak sulung. Hidup dikotaraya, dengan gaji kecil ditambah potongan yuran kebodohan (baca : personal loan), dah mula ada anak, memang cukup mencabar.
Duit memang sangat kritikal. Pernah puan isteri bagitahu aku, “Jika abang tak cukup duit, tak payah bagilah duit dapur tu. Saya ada duit untuk beli semua tu. Bil api tu saya bayarkan tak apa”.
“Mana boleh. Tu kewajipan abang. Walau tak banyak abang mampu bagi, abang wajib kena bagi”.
Keras dan tegas aku jawab masa tu. Terkedu dia. Dan lepas tu, tidak lagi bersuara tentang hal itu. Bila dia nampak aku resah, bad mood, tak keluar rumah, dia akan check wallet aku. Dia tahu saat aku tengah sesak sangat-sangat. Dibuka wallet, lihat ada dua tiga ringgit sahaja. Dia letak RM10 – RM20 dalam tu.
Esoknya aku nak isi minyak motor, tengok ada lebihan wang. Dapat la makan kat kantin. Kalau tak, tak pergi kantin or berhutang saja.
Bila sampai tahap macam tu, aku memang rasa loser sangat. Rasa tak guna. Rasa bersalah pada diri dia dan anak-anak.
Aku merenung sendirian. Memikirkan tentang aku. Seorang lelaki. Seorang suami. Seorang ayah.
Seorang yang sepatutnya menyediakan semuanya untuk anak isteri, namun kewangan semasa memang aku tak mampu.
Jauh disudut hati aku ingin sediakan apa jua keperluannya. Aku ingin memberi segala kesenangan yang mampu aku bagi kepada dia dan anak-anak.
Dan saat itu aku bertekad, aku akan lakukan apa saja untuk ubah nasib diri aku. Untuk laksanakan tanggung jawab dan amanah yang terletak dibahuku.
Sejak itu, aku lakukan pelbagai jenis kerja. Menjual di pasar malam, mula menulis buku, jadi dropship, kerja di kedai makan dan sebagainya. Apa jua yang boleh jana income, aku akan buat. Keluar lepas Maghrib, pulang jam 5 pagi.
Aku perlu ubah nasib aku. Aku perlu bertanggungjawab atas semua amanah yang Allah letak atas bahu aku. Alhamdulillah, berkat kegigihan, usaha keras, kecekalan, doa demi doa dari isteri, dari ma, dari abah, dari anak-anak, dari orang-orang alim, dari anak-anak yatim dan asnaf, sedikit demi sedikit Allah buka pintu rezeki.
Dah mula ada income tambahan. Dah mula rasa lega sedikit dalam perbelanjaan bulanan. Duit belanja dapur aku mula naikkan sedikit demi sedikit. Lebihan aku sangat disiplin simpan. Tak ada nak beli Starbucks ke apa walau simpanan dah agak banyak.
Disiplin sungguh aku menyimpan duit income tambahan. Phone aku tak pernah tukar, pakai phone murah yang 2nd sahaja. Kain baju berjenama tak ada beli, pakai yang bundle sahaja.
Memang gaya hidup aku langsung tak bertukar. Hanya hidup seperti sebelum adanya pendapatan tambahan. Akhirnya pada tahun 2018 target aku sampai. Simpanan dah cukup untuk aku tunaikan segala impian tersembunyi puan isteri.
Buat kali pertama dalam perkahwinan kami, di anniversary ke-9 kami, aku pimpin tangan insan ini masuk kedai emas. Minta dia pilih mana saja yang dia berkenan. Menangis dia masa tu.
Tak percaya dia aku nak belikan dia rantai emas. Tak percaya dia aku ada duit nak bayar. Sampai masa tu dia suruh jual rantai emas yang lama untuk beli yang baru. So, aku cuma perlu topap sedikit sahaja.
Tapi aku tak benarkan jual yang lama dan minta dia pilih saja. “Boleh tak ambil yang ni? Mahal ni. Tak apa lah, ambil yang tu sajalah. Murah sikit”, itu ayat puan isteri masa memilih rantai emas.
Dia masih tak percaya aku ada duit untuk membayarnya. Tersenyum sendirian aku bila teringat hal ni. Pada akhir tahun yang sama, aku bawa family termasuk mak mertua dan adik ipar melancong ke Sabah. Setelah 9 tahun kami tak pernah melancong ke mana-mana, itu yang pertama kalinya. 9 tahun insan ini setia, sabar, tabah, berkorban untuk suaminya. Tanpa keluh kesah. Tanpa meminta-minta. Dan akhirnya Allah perkenankan segala doa. Syukur, alhamdulillah.
Kawan-kawan. Jika hari ini kita masih dalam kesempitan, jangan pernah berhenti usaha dan berdoa. Pandang mata anak-anak. Pandang mata isteri. Dan cakaplah pada diri,
“Ini amanah yang dikirim pada aku. Aku perlu menjaga mereka sebaik mungkin”.
Cekalkan hati, korban masa rehat, buang rasa malas, bangkit dan usaha sahaja. Dan di masa yang tepat, InsyaAllah sedikit demi sedikit segalanya akan berubah.
Dan buat wanita diluar sana, percayalah. Dalam diri dan hati seorang suami dan ayah, mereka ingin memberi seluruh dunia dan isinya pada kalian dan anak-anak.
Mereka ingin memberi sebesar mana kesenangan. Sebanyak mana kebahagiaan. Namun terkadang masanya belum sampai. Terkadang doa itu Tuhan masih belum lepaskan.
Maka terus saja setia. Terus saja bersabar. Terus saja menadah tangan berdoa. Dan teruslah menyokong dia sentiasa.
Di suatu masa yang tepat, satu persatu doa kita Allah makbulkan. Percayalah!
#MFS – Suatu pengkisahan –
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup berumah tangga bukannya mudah. Perlu saling memahami antara satu sama lain demi mencari kebahagiaan bersama pasangan.
Ada waktunya kita terpaksa berkorban untuk memberi keselesaan pada keluarga dan anak-anak yang lebih kecil. Namun bagi usahawan berjaya dan selebriti media sosial, Syafiqah Aina yang juga pengasas jenama AINAA, dia paling bersyukur kerana dianugerahkan suami yang cukup rajin berusaha.
Malah kongsinya lagi, suaminya, Hafiz Mohamad tak pernah berhenti berusaha semenjak awal perkahwinan mereka lagi. Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan penghargaan malah berkongsi cerita kegigihan suami yang tak pernah henti-henti.
“Dulu sebelum kahwin, Hafiz selalu tanya Aina “Tak apa ke hidup dengan I nanti? I tak kaya, family I pun hidup sederhana je”
“Aina always cakap dekat Hafiz, “Tak kaya tak apa, yang penting You rajin. Kalau pilih yang kaya tapi malas macamana?
“Duit banyak mana pun lama-lama akan berkurang kalau malas. Tapi kalau rajin, susah ke senang ke bila tetap usaha, insyaAllah hidup mesti akan rasa cukup,” luahkan berkongsi.
Malah kata Aina lagi, suaminya adalah orang yang paling rajin dan bersemangat semenjak dari awal perkenalan mereka lagi.
Walaupun kesibukan itu membataskan waktu untuknya dan anak-anak bersama, namun dia reda demi masa depan mereka kelak.
“Satu apa yang Aina suka pada Hafiz dari dulu is dia memang sangat-sangat rajin! Tak pernah stop untuk buat something.
“Zaman study dulu weekdays class & weekend setiap minggu dia mesti akan ulang alik Muadzam-JB untuk uruskan kerja.
“And up until now, masyaAllah Aina syukur. Dari bina AINAA awal kahwin dulu sampai sekarang, Aina tak pernah nampak lagi dia betul-betul rehat dari fikir & guna kudrat dia untuk usahakan AINAA.
“Kalau orang tanya, “Aina okay ke Hafiz always kerja. Dekat office kerja, balik rumah pun still dengan Team? Kurang masa untuk Aina & Family”. Alhamdulillah, Aina rasa kalau Aina merungut, Aina adalah orang yang paling tak bersyukur.
“Jadi, Aina always ingatkan diri untuk sentiasa bersyukur. Hidup & manusia tak akan pernah sempurna.
“Kalau Hafiz always bagi yang terbaik untuk usahakan AINAA, Aina juga mesti usaha jadi yang terbaik untuk melengkapi apa kekurangan Hafiz 🤍,” kongsinya lagi.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.