Apa yang ada hari ini adalah pinjam Allah semata-mata. Begitu kata usahawan berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida yang menitipkan pesanan buat lima anaknya agar tidak mudah leka dengan kemewahan hidup.
Menerusi rakaman video dimuat naik semula @denikiqm5rz, Aliff memaklumkan bahawa kekayaan yang mereka miliki ketika ini hanyalah pinjaman daripada Allah SWT.
Malah Datuk Aliff juga berpesan agar sentiasa berjimat untuk masa depan sebagai persiapan di hari mendatang.
“Jangan terlalu bermegah atau perasan yang kita ini anak orang kaya.
“Bila kita rasa begitu, kita ego dan boros.
Ads
“Duit yang ada itu simpan sebab tak mustahil satu hari nanti abah akan susah dan akan menumpang korang.
“Jadi, berjimat-cermat. Bila abah bagi duit, simpan.
“Cuba tengok kehidupan orang lain yang susah, bukan nak menghina ke apa tetapi kita kena bersyukur,” katanya menerusi video itu.
Ads
Aliff berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok usai mereka solat berjemaah bersama di rumah.
Dalam pada itu, pasangan usahawan berjaya ini juga turut mengingatkan anak-anaknya untuk tidak melakukan perkara yang tidak senonoh di belakang mereka.
Ads
“Yang kedua, jangan buat benda tak elok di belakang abah dan mama. Abang tak boleh kawal korang.
“Kalau nak buat benda tak elok, ingat dan kenang abah dan mama yang penat cari duit siang dan malam,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut sudah semestinya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji cara Aliff dan Shahida mendidik anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila kerajaan mengesahkan bantuan kewangan berjumlah RM150 secara one-off akan diteruskan bagi tahun hadapan, ramai ibu bapa menarik nafas lega. Inisiatif ini dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan 2026 dan ia bertujuan membantu meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak di seluruh negara.
Pengumuman rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini pastinya memberi kelegaan kepada jutaan ibu bapa, khususnya yang sedang merancang perbelanjaan awal sebelum sesi persekolahan baharu bermula. Lebih melegakan, bantuan ini diberikan tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa atau penjaga, sekali gus memastikan setiap murid menerima manfaat yang sama rata.
Bagi tahun 2026, seramai lebih 5.2 juta murid sekolah rendah dan menengah, termasuk pelajar Tingkatan Enam, layak menerima Bantuan Awal Persekolahan 2026. Pendekatan inklusif ini jelas mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kebajikan pendidikan anak-anak terus terpelihara tanpa mengira latar belakang keluarga.
Bantuan sebanyak RM150 ini diharap dapat membantu ibu bapa menampung keperluan asas persekolahan seperti pakaian seragam, kasut, beg sekolah serta alat tulis. Bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah, bantuan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan kewangan yang sering dirasai menjelang awal tahun.
Menurut makluman rasmi KPM, bagi tahun 2026, kaedah penyaluran bantuan akan kembali dilaksanakan secara serahan tunai di sekolah. Agihan ini dibuat menerusi program pertemuan antara guru dan ibu bapa yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing.
Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan proses agihan, malah secara tidak langsung mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa. Ia juga memberi ruang kepada ibu bapa mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkembangan akademik serta kebajikan anak-anak mereka.
Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, agihan Bantuan Awal Persekolahan 2026 dijadualkan bermula seawal 11 Januari 2026 (Ahad). Proses ini akan dilaksanakan secara berperingkat di sekolah-sekolah seluruh negara.
Sehubungan itu, ibu bapa disarankan agar sentiasa peka dengan sebarang makluman rasmi daripada pihak sekolah bagi memastikan kehadiran semasa hari agihan dan proses penerimaan bantuan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekeliruan.
Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM800 juta khusus untuk Bantuan Awal Persekolahan menerusi Belanjawan 2026. Peruntukan besar ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam menyokong pendidikan dan kesejahteraan murid di Malaysia.
Selain itu, kerajaan turut memperluas Bantuan Am Persekolahan (BAPs) kepada murid miskin sehingga Tingkatan Lima, berbanding hanya sehingga Tingkatan Tiga sebelum ini, dengan peruntukan sebanyak RM180 juta. Langkah ini dilihat sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan keciciran pelajar akibat kekangan kewangan.
Dalam masa yang sama, sebanyak RM150 juta turut diperuntukkan bagi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk membantu anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan meneruskan persekolahan. Bantuan ini amat penting bagi memastikan peluang pendidikan yang adil dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Usaha ini selari dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memberi fokus kepada pengukuhan akses pendidikan yang adil, menyeluruh dan inklusif, terutama kepada golongan yang memerlukan.
Selain bantuan kewangan, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut diteruskan dengan peruntukan RM870 juta. Program ini dijangka memberi manfaat kepada seramai 870,000 murid di seluruh negara bagi memastikan mereka menerima makanan berkhasiat sepanjang sesi persekolahan.
Buat ibu bapa, manfaatkan Bantuan Awal Persekolahan 2026 sebaiknya untuk keperluan persekolahan anak-anak. Persiapan yang rapi bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah mampu meningkatkan keyakinan dan semangat anak-anak untuk memulakan tahun persekolahan baharu dengan lebih ceria, positif dan bersedia menghadapi cabaran pembelajaran.
Ramai yang sangka minuman “zero sugar” dan produk tanpa gula lebih sihat, tapi hakikatnya ada bahaya tersembunyi di sebaliknya.
Dr. Rizal, pakar dalam bidang otak, berkongsi pengalaman beliau ketika bekerja di Melbourne, di mana beliau sendiri melihat kesan menakutkan pemanis tiruan seperti aspartame, sucralose, dan maltodextrin ke atas otak manusia melalui imbasan otak.
Kajian menunjukkan bahawa pemanis tiruan ini bukan sekadar menggantikan gula biasa, tetapi boleh mencetuskan masalah kesihatan serius seperti lonjakan insulin, keradangan pembuluh darah, dan pembentukan plak pada arteri semua ini meningkatkan risiko strok.
Lebih mengejutkan, bahan ini bukan hanya ada dalam minuman diet, tapi juga dalam ubat batuk dan produk farmasi lain. Jadi, sebelum ambil sesuatu yang dilabel “bebas gula,” semak dulu kandungannya.
Jika ada aspartame atau sucralose, lebih baik elakkan! Sebagai alternatif, Dr. Rizal mencadangkan gula kelapa kerana indeks glisemiknya lebih rendah dan lebih selamat untuk kesihatan.
Dari dulu saya kata pemanis tiruan bahaya. Sebabnya saya lihat kesan pemanis tiruan seperti aspartame, sucralose, maltodextrin ke atas otak manusia.
Antara kerja saya di Melbourne dulu ialah scan otak manusia. Jadi saya lihat apa yang orang lain tidak dapat lihat. Tengok sendiri kesan menakutkanya pada manusia.
Kat bawah ni gambar dari kajian. Pengkaji lihat kesan ambil pemanis sintetik aspartame. Dalam minuman zero sugar, ubat batuk biasanya diletak aspartame ni.
Begitu juga produk dari farmasi. Banyak gula gula gula tiruan ni.
Nak baca detail boleh rujuk jurnal Cell Metabolism. Apa berlaku bila minum manisan dari aspartame ni:
1. Sebabkan insulin spikes. 2. Naikkan inflamasi pada pembuluh darah 3. Plak pada arteri
Apa berlaku kalau ketiga tiga ni ada?
Ia naikkan risiko terkena strok.
Jadi kalau ada produk guna aspartame, sucralose jangan ambil. Bahaya pada diri. Ia rosakkan organ dan kesihatan dalam diri.
Kalau nak manis, boleh cuba gula kelapa. Indeks glisemik lebih rendah. Lebih selamat.
Figura yang satu ini sememangnya cukup dikenali sebagai seorang bapa yang cukup penyayang. Malah keakraban pengacara popular, Awal Ashaari bersama dua anak perempuannya, Lara Alana dan Lila Amina sememangnya tak mampu disangkal lagi. Melekat bagaikan magnet.
Mengenali bapa penyayang yang cukup hebat ini di atas pentas pengacaraan, siapa menyangka Awal Ashaari tidak mampu untuk berpisah lama dengan dua anak perempuannya, malah cukup sensitif bila berbicara soal anak.
Malah untuk berpisah lama dengan dua orang kesayangannya itu terasa cukup sukar buat Awal. Berkongsi cerita meninggalkan Lara dan Lila ketika mengerjakan umrah beberapa bulan yang lalu, Awal yang terpilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial 2023 ini berkongsi kisah dua buah hatinya menerusi sesi Live yang cukup menyentuh hati semua.
Akui Awal, dia punya cara sendiri bagi mengawal emosinya yang terlalu rindukan anak ketika berjauhan.
“Sebenarnya Awal dengan Scha ni kami ada dua ‘coping mechanism’ yang berbeza. Macam Scha kalau dia nak pergi ke mana-mana dia sedih waktu nak berpisah tapi dia ok sebab dia sentiasa call anak-anak,” ujar Awal memulakan bicara.
Lain pula kisahnya dengan bapa kepada dua cahaya mata ini yang punya terapi sendiri bila terlampau rindukan Lara dan Lila.
“Bagi Awal pula, saya sensitif dan sangat beremosi, lebih-lebih lagi nak berpisah dengan anak. Bila berpisah dengan anak, saya tak nak ada drama dan tak nak nampak kesedihan itu.
“Bila pergi umrah hari itu, jujurnya saya buat video call hanya tiga kali sahaja. Masa Scha buat video call dengan anak-anak pun saya akan cuba mengelak untuk cakap dengan anak-anak.
“Setiap kali kalau tinggalkan anak, ada benda yang saya buat. Contoh hari ini hari terakhir dengan anak, saya akan ambil baju dia masukkan dalam zip lock dan zip supaya bau tak hilang.
“Bila dekat sana, malam-malam kalau rindu, saya akan bukak dan bau dalam-dalam. Barulah saya rasa tenang. Lepas tu saya akan terus rasa ok. Itu cara saya dan saya buat ni dari Lara kecil dulu sampailah sekarang,” ujar Awal bercerita.
Berbeza tapi saling melengkapi
Akui Awal lagi, dia dan Scha sememangnya berbeza dalam mendidik anak-anak namun saling melengkapi. Scha sememangnya lebih tegas dan menjaga disiplin rutin harian anak-anak manakala dia sendiri lebih santai namun bertegas bila perlu.
“Saya ni kalau dengan anak saya lebih suka go with the flow. Saya lebih relaks dan lebih banyak terapkan bermain, bergurau dan body contact dengan anak-anak. Anak-anak kalau tak ada satu hari saya jadi macam resah.
“Perasan tu macam nak cepat balik, nak bau dan gomol anak tu lebih sebab kita buat semua itu hari-hari.
“Saya tak tegas tapi garang, kalau menjerit dari atas semua akan menikus hilang. Semua dah tahu kalau daddy datang maksudnya serius,” ujar Awal lagi ketika ditanya sisi kebapaannya bersama anak-anak di rumah.
Awal yang menjadi penerima anugerah Pa&Ma Gala Award bersama 19 selebriti mama dan papa lain turut berkongsi rasa kesedihan hatinya bila anak-anak semakin membesar.
“Bila kita ada anak ni, kita rasa masa berlalu sangat pantas. Saya rasa macam tak cukup dan masih tak puas lagi spent time masa dengan mereka. Kalau boleh saya nak ulang balik masa, saya nak kurangkan kerja, kurangkan keluar dan nak duduk dengan mereka.
“Saya dan Scha juga paling takut tunggu masa anak-anak ada life sendiri itu nanti datang dalam hidup kami. Kalau boleh nak simpan anak-anak duduk dengan kami sampai bila-bila tapi kami tahu semua itu tak mungkin akan terjadi,” luah Awal sebak.
Terdahulu, Awal dan Scha Al Yahya mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Lara Alana dan Lila Amina.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
10 resipi sahur simple kaya protein untuk anak tadika berpuasa. Menu lengkap 10 hari pertama Ramadan supaya anak kekal bertenaga dan ceria sepanjang latihan puasa.