Bagi ibu yang baru melahirkan anak, menanti anak disuntik terutama meneria suntikan vaksin pastinya mendebarkan. Pelbagai perasaan mula muncul, bimbang anak menangis tak berhenti dan tak kurang juga bimbang anak demam selepas dicucuk.

Buang semua perasaan ni dan sebaiknya fikirkan yang positif sahaja. Dr Izzar Anwari, suami kepada pelakon Ummi Nazeera berkongsi tip yang dilakukan olehnya ketika mendapatkan suntikan vaksin buat anak sulung mereka, Ayra Aneesah.

Vaccine day for @ayra.aneesah ! Masa vaksinkan anak, tipsnya adalah kena distract anak SEBELUM, SEMASA & SELEPAS doktor inject. Baru dia lupa nak nangis. Panggil nama anak atau buat bunyi-bunyi. Dr. Bahrin pula ambil mainan yang warna terang-terang. ?

Ni Ayra ambil vaksin pneumococcal. Penting vaksin ni. Siapa nak tahu pasal vaksin pneumococcal ?

Kongsi Ilmu Dengan Followers


Dalam pada itu, doktor muda ini turut berkongsi ilmu dengan pengikutnya mengenai penyakit pneumokokal dan mengapa ia penting diambil oleh anak-anak kita.

IKLAN

Penyakit Pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Penyakit pneumokokal adalah serius dan boleh membawa MAUT. 

Tak Nak Anak Menangis Bila Kena Cucuk, Dr Izzar Berikan Tip, Kongsi Kenapa Perlu Ambil Vaksin Pneumococcal!

Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (jangkitan saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan darah) , sinusitis (jangkitan sinus) dan otitis media ( jangkitan dalam telinga)

VAKSINASI adalah cara terbaik untuk MENCEGAH penyakit pneumokokal.

Menyedari kepentingan vaksin pneumokokal ini, kebanyakkan negara di dunia ni dah memasukkan vaksinasi pneumokokal ni ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan mereka tapi Malaysia belum lagi. So, parents kena dapatkan vaksin ni sendiri di klinik/hospital private.

IKLAN

Selain ambil semua vaksin(free) yang diwajibkan di klinik kerajaan tu, ada banyak lagi vaksin extra yang parents boleh ambil untuk anak. Tapi kena keluar duit sendiri la. Dan please ambil sekurang-kurangnya vaksin pneumokokal kalau parents nak pilih satu je extra sebab vaksin ni yang paling penting.

Di Malaysia ada 2 jenis vaksin pneumokokal iaitu Prevera13 dan Synflorix

Prevera13: Vaksin yang mahal sikit sebab dia cover 13 jenis(strain) bacteria pneumokokal.
Synflorix : Vaksin ni murah sikit sebab dia cover 10 jenis bakteria pneumococcal.

Tak Nak Anak Menangis Bila Kena Cucuk, Dr Izzar Berikan Tip, Kongsi Kenapa Perlu Ambil Vaksin Pneumococcal!

IKLAN

Dua-dua vaksin ni kena ambil 4 dos total kalau first dose diberi semasa umur 6 bulan dan ke bawah. (Boleh diberi seawal umur 6 minggu)

Tapi, kalau first dose diberi semasa umur lebih 6-11 bulan , cuma perlu kasi 3 dose total. Jimat sikit la.?. Dah besar lagi pun boleh ambil vaksin ni. Tanya doktor mengenai dos dia.

Parents boleh tanya kat klinik jenis vaksin mana dia kasi. Call je klinik tanya harga.

Tak Nak Anak Menangis Bila Kena Cucuk, Dr Izzar Berikan Tip, Kongsi Kenapa Perlu Ambil Vaksin Pneumococcal!

So parents yang plan nak buat anak tu, masukkanlah sekali kos nak beri vaksinasi penumokokal dalam perancangan sekali ya dan berbincanglah dengan doktor dulu ya kalau ada apa-apa persoalan di kalbu (jadual dos vaksin etc). Jangan join group fb antivaksin pula. InsyaAllah demi kesihatan anak yang merupakan tanggungjawab kita.

Kredit: @Dr. Izzar Anwari

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI