Bila anak semakin membesar apalagi sudah pandai bercakap, anak akan mula rasa geli pada sesuatu benda yang dipegangnya. Lebih-lebih benda yang jarang dipegang dan mengotorkannya. Sedangkan hakikatnya banyak benda mengajar anak untuk jadi peka dengan alam sekeliling.
Salah satunya adalah bermain pasir. Main pasir bukan hanya membiasakan anak dengan alam sekeliling bahkan aktiviti ini merangsang sensori anak ketika disentuh dengan tangan.
Jadi sejak bayi lagi, mak ayah perlu membiasakan anak dengan pasir dan benda-benda yang bertekstur supaya anak dapat merasa sentuhan dan merangsang sensorinya.
Ads
Arini teacher share gambar main pasir kat playschool.
Anak mummy memang gemar main pasir, siap pakej masuk mulut rasa lagi kalau pegi pantai. Memang favourite dia la main pasir.
Ads
Antara kebaikan sand play ni: – Boleh stimulate sensory motor, fine motor skill anak. Sebolehnya kena stimulate dari baby untuk sensory takdela nanti bila anak dah besar masih takut pijak pasir atau pegang pasir. Pastu marah anak kenapa geli, no no no)
– Social skill anak, dia berkawan dengan kawan. Berinteraksi dengan persekitaran.
– Eye hand coordination
Ads
– Pembentukan bahasa, melalui interaksi
– Kreativiti dan imaginasi anak dapat dirangsang
Main pasir biasa pun boleh sayang-sayang, tak perlu pasir kinetik ke apa tau. No problem. Janji tujuannya dan manfaatnya sama ☺
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi yang sering meragam atau sukar tidur mungkin sedang mengalami ketidakselesaan seperti kembung perut, ketegangan otot, atau gangguan emosi ringan. Salah satu cara semula jadi yang sangat berkesan untuk menenangkan bayi dan memberi keselesaan ialah melalui urutan. Ramai ibu bapa mungkin tidak tahu bahawa urutan yang dilakukan dengan teknik betul mampu membantu mengurangkan ketidakselesaan bayi dengan berkesan.
Minyak aromaterapi untuk bayi dirumus khas agar lembut dan selamat untuk kulit mereka yang sensitif. Bezanya dengan minyak biasa, minyak aromaterapi bukan hanya untuk urutan fizikal — tetapi juga untuk memberi kesan terapeutik melalui bau.
Ia bukan semata-mata tentang ‘minyak’, tapi tentang mencipta satu suasana tenang dan hubungan intim yang menenangkan untuk si kecil. Bila bayi rasa selesa — tak kembung, tak gelisah — barulah mereka mudah tidur, menyusu, dan berkembang dengan sihat.
Berikut antara minyak aromaterapi yang paling selamat dan disyorkan untuk bayi, terutamanya yang berumur 3 bulan ke atas:
Menenangkan, bantu bayi tidur lebih lena, melegakan stres
2. Chamomile (Roman Chamomile)
Mengurangkan kerengsaan kulit, membantu melegakan bayi yang meragam atau tantrum ringan.
3. Sweet Orange (Citrus sinensis)
Memberi mood ceria, segar dan melegakan perut kembung.
4. Frankincense (Boswellia carterii)
Menyokong sistem pernafasan, bagus untuk musim sejuk atau bayi selesema ringan.
Pastikan ‘Essential Oil’ Bukan Sekadar Minyak Wangian
Cari label “100% pure essential oil” dan elakkan minyak sintetik atau “fragrance oil”.
Gunakan Minyak Pembawa (Carrier Oil)
Minyak pati tidak boleh disapu terus ke kulit bayi. Ia perlu dicairkan dalam carrier oil seperti:
Minyak jojoba
Minyak kelapa dara
Sweet almond oil
Ikut Kadar Cairan Yang Selamat
Untuk bayi: 1-2 titis minyak pati dalam 2 sudu besar minyak pembawa. Jangan lebih! Bayi sangat sensitif pada aroma dan kandungan minyak yang pekat.
Elakkan Minyak Ini Untuk Bayi
Peppermint, Eucalyptus, Clove, Cinnamon, Rosemary – minyak ni terlalu kuat dan boleh merengsakan kulit atau sistem pernafasan bayi.
Lakukan Patch Test
Cuba sapu sedikit minyak campuran di lengan atau betis bayi. Perhatikan 24 jam jika ada tanda kemerahan atau alergi.
Nak tengok macam mana langkah urutan bayi menggunakan minyak aromaterapi ni? Puan Rita Omar, pengasas Gritz menunjukkan bagaimana urutan lembut yang digabungkan dengan aroma semulajadi dapat menenangkan bayi.
Urutan bayi bukan sekadar rutin memanjakan, tetapi satu bentuk penjagaan penting untuk kesihatan dan kesejahteraan anak. Dengan memilih minyak aromaterapi yang sesuai dan mengamalkan urutan dengan teknik yang betul, ibu bapa dapat membantu melegakan masalah seperti kembung perut serta menjadikan bayi lebih tenang, ceria dan tidur lena.
Penting untuk lebih ramai ibu bapa tahu bahawa minyak aromaterapi bukan sekadar trend moden, tetapi satu alat semula jadi yang selamat dan sangat membantu dalam penjagaan awal bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu pastinya pernah berhadapan dengan masalah anak mengawal remote control atau telefon di tangan mereka. Gagal untuk meminta secara baik, pastinya ramai di antara kita yang dengan mudahnya merampas dari tangan anak.
Sebenarnya hal ini salah kerana ia mendidik anak untuk sama meniru perbuatan yang kita lakukan kepadanya. Malah banyak kesannya kepada perkembangan otak si kecil.
Dr. Aimi Jaafar bercerita cara sihat berinteraksi dengan anak kecil secara tepat.
Alat kawalan jauh.
Atau lebih dikenali dengan ‘remote control’,
itulah ‘mainan’ kegemaran Aydin Alhaq.
Adakah mungkin disebabkan banyak butang-butang beraneka bentuk dan warna yang boleh ditekan, ataupun kebolehannya untuk mengawal dari jauh?
Sedang semua mata tertumpu di kaca televisyen, menunggu langkah seterusnya oleh sang naga kecil dalam cerita ‘How to Train Your Dragon 2’ yang baru dibeli oleh kakak-kakak sepupunya Aydin, tiba-tiba poof, kaca televisyen berubah menjadi semut-semut yang diikuti oleh bunyi bingit tidak bermakna.
Liar mata-mata mencari punca pertukaran channel itu.
‘Aydin~~~~!’
Jari-jari halus itu rancak memicit butang-butang yang tidak diketahui fungsinya, dengan senyuman penuh kepuasan terlukis di riak wajah comel itu.
Bagaimana mahu mengambil mainan kegemarannya itu dari tangannya? Kalau dirampas, pasti menangis. Kalau diminta, fahamkah si kecil yang baru berusia 9 bulan itu?
Kakak-kakak sepupu Aydin sudah mula bermasam muka, Aydin killed the excitement.
Oklah. ‘Aydin, meh kasi remote tu sekejap. Ni ada satu lagi remote, ada lampu dia, kita tukar ok?’
Mata galak itu memandang alat kawalan jauh yang dihulurkan kepadanya. Seperti ada bintang-bintang bersinar di matanya, langsung dilepaskan alat kawalan jauh di tangannya, dan dicapai yang baru.
‘Tett, tett, tettt’, dengan beberapa picitan, kaca televisyen kembali menayangkan gambar si pahlawan kecil di atas naga.
‘Yayyyy’, semua pun kembali memberi tumpuan ke kaca televisyen, fokus mengikuti plot cerita itu.
Semua, tapi tidak semua. Ada sepasang mata yang galak, memandang dengan sepenuh perhatian pada alat di tangannya, memicit setiap butang, mengkaji mainannya yang baru.
———————————————————————-
Walau tidak nampak kepentingannya sekarang, sebenarnya bagaimana kita melayan anak sewaktu masih kecil adalah sangat sangat penting. Waktu inilah mereka belajar. Belajar bagaimana menjadi manusia berperasaan, beradab, beretika.
Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik. Kadangkala anak kita mengambil sesuatu yang bahaya, seperti gunting, pastilah kita akan terus melepaskannya dari tangan anak kita.
Tapi pastikan ada kata-kata yang menjelaskan kenapa ia diambil dari tangannya. Walau kita rasa dia belum faham, tapi secara luar sedar, dia akan lebih tenang dan jiwanya akan memahami. Apa yang dia faham? Yang kita bukan marah atau paksa, tapi kita sayang dan risau.
Anak kecil juga punya perasaan, bukan?
Kredit: Dr Aimi Jaafar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tak dak istilah terlambat atau tak terer”. Begitu kata penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Biyajid buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.
Menerusi Instagramnya, Ustaz Don menyampaikan pesanan itu agar sama-sama, baik suami atau isteri dapat memperbaiki diri dan menjadikan rumah tangga sebagai institusi yang bahagia.
Pesanan istimewa itu dikongsikan Ustaz Don ketika sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke sembilan. Sambil berkongsi video makan makan istimewanya bersama isteri tercinta, Dr Husna Zahry, Ustaz Don berkongsi tip untuk pasangan baru berkahwin.
“9th Anniversary. Akhirnya, berjaya jugak nak boh post ni. That’s one for the keeper. Sekadar bukti kita sempat #hidup di 2021 waktu #pandemic. Kan 💕Dinda💕 @husnazahry kan?
” Kepada pasangan baru atau muda, satu perkara yang saya belajaq dalam rumahtangga ni ialah, “sentiasa ada ruang untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan kualiti sebagai suami isteri”,” kongsinya menerusi Instagram.
Malah kata Ustaz Don lagi, dalam berumah tangga, tidak ada istilah terlambat atau ‘terror’. Semuanya boleh diperbaiki bersama-sama, baik suami atau isteri.
“Tak dak istilah terlambat atau tak terer. Kita suami isteri dua dua tak terer. Jadi, sama-sama kena jadi terer.
“Ingat, kaki kanan tak akan boleh lari lebih laju dari kaki kiri.
“Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di Akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti Para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ . آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
“Ini doa yang saya teringin nak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah #ampunilah andai aku ada #menggurishati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan depa ataih ku. آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين,” tulisnya lagi.
Tip dan pesanan dalam berumah tangga
Dalam pada itu, melalui entrinya yang terdahulu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu juga turut menasihati dan berpesan beberapa tipnya sepanjang mendirikan rumah tangga bersama. Boleh juga dijadikan panduan untuk kita.
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’. Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa. Tak tau nak kata macam mana, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana. Amalkan lah… jangan tinggai.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa. Sewa pun tak apa. Kecik bukaan dia pun tak apa. Beli pun tak pa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, tak apa.
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi macam saya. Umuq 35 baru nak belajaq jaga duit dan urus duit, nanti menyesai tak sudah Abang. Mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat macam saya Abang… maklumat sekarang dah banyak.
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, tak salah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang-kadang kita buat moto, kira-kira dah boleh beli satu Kancil. Saya tak kata pun salah buat moto. Buat. Tak dak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!