Kita pasti akan berkongsi rasa gembira bila ada rakan sekerja yang hamil. Bukan saja kita akan lebih prihatin dan ambil berat tentang rakan tersebut, tetapi dah tentu kita takkan benarkan dia buat kerja yang berlebihan supaya kesihatan dirinya dan kandungan lebih terjamin.

Lain pula kisahnya dengan wanita di China ini yang ditahan selepas didakwa meracuni rakan sekerja yang sedang hamil untuk menghalangnya daripada bercuti panjang selepas bersalin.

Menurut portal South China Morning Post, mujurlah perkara tersebut disedari oleh mangsa kerana dia merasakan air yang diminumnya sedikit pelik.

Selepas teringat tentang gurauan rakannya tentang air yang ‘diusik’, mangsa meletakkan iPadnya berhampiran meja untuk merakam sebarang kejadian yang mencurigakan. Ketika itulah terakam video suspek yang menambah sesuatu di dalam minumannya.

Baca Juga:

IKLAN

Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!

Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!

Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan, Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku

Tak Nak Kawan Ambil Cuti Bersalin, Tergamak Letak Racun Dalam Minuman
Sumber foto: South China Morning Post

Suspek melakukan perkara jahat itu untuk menghalang rakannya dari mengambil cuti bersalin dan menambah beban kerja sedia ada. Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes tersebut masih dalam siasatan.

IKLAN

Majikan mereka juga memberi jaminan untuk mengmbil tindakan selanjutnya terhadap suspek. Difahamkan kedua-dua mereka bekerja di syarikat Biro Penyiasatan Hidrologi dan Sumber Air di wilayah autonomi Enshi Tujia dan Miao di wilayah Hubei.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI