Kita rasa menyediakan nasi beriani sedikit sukar kerana bahan rempahnya yang banyak. Sebenarnya memasak nasi beriani paling mudah bila gunakan pes mudah. Lagi menjimatkan dan paling mudah disediakan. Pantas!
Superdaddy, Khairul Abdullah tidak kurang juga berkongsi tip mudah masak beriani. Jom cuba!
Hidup mestilah beriani! Haaa jom kita buat nasi yang mudah yakmat ni. Kalau resipi ni pun kau tak beriani nak buat, hmmm lemahh!
Bahan-bahan yang nak kena ada:
2 ½ cawan beras basmathi -direndam 30 minit
½ ekor ayam dipotong ikut suka
4 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 biji tomato dibelah 8
650ml air
1 pek pes Nasi Briyani MAGGI
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bungan cengkih dan lawang serta buah pelaga sehingga harum.
Ads
2. Masukkan pes briyani Maggi dan kacau sebati. Pastu masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak.
3. Kemudian toskan beras lalu masukkan ke dalam bahan tadi dan kacau biar sebati, biar semua beras disalut pes tadi.
Ads
4. Seterusnya masukkan air dan kacau. Kalau nak mudah pindahkan bahan semua ke dalam periuk letrik dan tekan on. Kalau rajin biar jer dalam kuali tu. Tutup dan biar air kering dan perlahankan api, biar 10 minit.
Siap.
Ads
Ayam tu kau boleh kutip dan masukkan dalam air fryer dengan suhu 200 degree dalam masa 20 minit kalau kau suka ayam garing.
Selalu kita makan daging burger rasa sedap dan berjus. Rupanya ada cara nak pastikan daging kekas berjus dan sedap serta tak kering.
Perkongsian tip dari Zurina Zulkefli ini anda kena cuba. Memang nampak berjus, tebal dan sedap. Padu!
Masakkan burger homemade sempena hari jadi suami. Walaupun hari jadi dia, saya masakkan burger ikut citarasa saya sebab saya yang teringin nak makan.
Kalau makan burger ni, saya suka patty daging yang tebal dan berjus, kemudian ada tomato dan salad. Cukup sekadar itu sahaja, saya tak gemar burger yang terlalu sarat dan banyak sos.
Bahan-bahan patty:
Daging kisar
Keju
1 biji bun burger
Serbuk lada hitam
Roti burger
Hirisan tomato, timun dll
Sedikit garam
Masukkan daging ke dalam mangkuk, tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kuantiti ikut citarasa ya.
Kemudian ambil sebiji bun (roti) burger basahkan dan kepalkan. Campurkan bun basah ke dalam daging kisar. Fungsi campur bun tersebut adalah untuk merangupkan rasa patty apabila dimasak nanti.
Dan kepalkan daging menjadi bebola.
Hasilnya setelah dimasak, kelihatan sedikit garing jika patty dicampur dengan bun.
Masukkan kepingan keju, sambil tu ruang kuali yang ada boleh penaskan bun burger yang telah dibelah dua. Tutup kuali untuk cairkan keju.
Siap!
Akhir sekali letakkan dan susun hirisan tomato, patty daging, serta sos.
Nasi-nasi istimewa sesuai dihidangkan untuk hidangan berbuka dihujung minggu bersama anak-anak. Mahu lebih istimewa apa kata kita cuba memasak Nasi Arab pula untuk keluarga.
Tak perlukan rempah, begini cara menghasilkan nasi arab paling mudah. Jom ikuti perkongsian resipi Nik Imana.
Alhamdulilliah, dah nak masuk 5 tahun jadi isteri orang. Hari ni masak Nasi Arab Mandy Ayam, resepi dah pernah share dalam group ni masa PKP tahun lepas, tapi tak pe lah kita share lagi sekali.
Bahan-bahan Ayam:
Ayam bahagian Whole leg
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu lada hitam
1/2 jintan manis
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu ketumbar
1 biji pati ayam
Sedikit garam
1 biji tomato
1 biji cili hijau dipotong
Sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili, hirisan lemon -untuk panggang ayam
Nasi Arab:
3 pot beras basmathi
1 sudu planta/minyak sapi
Sedikit biji ketumbar
Lada hitam
Jintan manis
Jintan putih
Sambal nasi arab:
Cili merah
Tomato
Daun ketumbar
Garam & perahan lemon
1. Rebus ayam bahagian whole leg tu dengan 1 batang kulit kayu manis, 1/2 sudu lada hitam, 1/2 jintan manis, 1/2 sudu jintan putih, 1/2 sudu ketumbar, 1 biji pati ayam, sedikit garam, 1 biji tomato & 1 biji cili hijau dipotong.
Rebus beberapa ketika supaya ayam masak dibahagian dalam. Lepas tu toskan ayam. (rempah-rempah tu kalau tak suka tergigit, boleh blend bagi hancur)
2. Untuk masak nasi, aku guna 3 pot beras basmathi, cuci dan rendam setengah jam. Kalau guna beras biasa tak yah rendam, nanti hancur nasi korang tu.
Panaskan 1 sudu planta/minyak sapi, tumiskan sedikit biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kalau takut tergigit boleh blend halus) & bay leaves.
Sedikit tu maksud aku secubit kot. Tumis benda tu semua sampai baik bau pastu masukkan beras tadi, goreng sekejap pastu masukkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan biasa korang masak nasi la & letak garam sikit.
Lepas tu bila nasi dah kering, taburkan daun ketumbar & buat lubang kat nasi tu sikit untuk letakkan pewarna kuning, pastu biarkan sampai nasi masak.
3. Ayam yang ditoskan tu sapu sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili. Pastu letak hirisan lemon & panggang dalam air fryer/oven. Kalau nak masak ayam letak dalam nasi pun boleh tapi aku tak suka, so aku panggang je.
4. Untuk salatah, potong bawang holland, timun batang & tomato kecik-kecik. Lepas tu perah lemon, garam, gula & kacau. Kalau tak ada lemon, guna je cuka pon boleh.
5. Untuk sambal nasi arab, blend cili merah, tomato & daun ketumbar. Perasakan dengan garam & perahan lemon.
6. Untuk sup pulak, lebihan air rebusan ayam tadi aku tambah akar daun ketumbar pastu tambah garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning.
7. Lepas tu boleh hidang lah ayam tu letak atas nasi lepas tu makan dengan semua condiments tu sampai lah semua tersadai di dinding kekenyangan.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...