Tak Payah Buat Doh, Pakai Roti Paratha Je Sediakan Homemade Pizza, Sarapan Mudah & Pantas!

Share

Buntu dengan sarapan yang sama setiap hujung minggu pastinya membosankan. Anak-anak juga pastinya inginkan kelainan di pagi hari. Di hujung minggu ini, apa kata anda cuba sediakan pizza homemade buat anak-anak.

Tak susah pun malah bertambah pantas bila anda gunakan roti paratha sebagai dohnya. Lagi jimat masa, mudah dan cepat. Dalam masa 20 minit sahaja sarapan sudah pun tersedia buat anak-anak. Mudah kan? Jadi jom cuba resipi pizza menggunakan roti paratha ini, resipi Puan Nurasyikin Ali yang memang awesome. Anak-anak pasti teruja bila pizza panas dihidangkan atas meja.

Jadi mak mak ni selalu pening nak pikir menu, nak masak apa kan. Saya share semula Resepi Breakfast Homemade Pizza segera ni. Boleh la mak mak buat breakfast untuk anak pagi esok. Saya guna pemanggang ajaib je tau. Mudah dan cepat.

Ni antara bahan-bahan yang diperlukan. Saya guna roti paratha.

Ni bahan-bahan yang telah dihiris nipis. Isi ayam kisar tu saya goreng terlebih dahulu.

Make sure sapu dulu minyak pada permukaan pemanggang ajaib. Buka api dapur paling kecil. Lepas pemanggang ajaib dah panas, letakkan roti paratha.

Sapukan jugak sos spaghetti dan tabur keju mozarella untuk melekatkan topping.

Kemudian susun sosej ayam dan isi ayam yang dah digoreng tadi.

Letakkan cendawan, lada benggala dan nenas. Kalau suka lebih inti, boleh letak lebih. Taburkan lagi keju mozarella. Masak selama 15-20 minit dengan api perlahan. Jangan sampai hangit ok.

Tadaaa… dah siap! Pizza dengan keju banjir.

Nyums sangat. Kalau korang ada chilli flakes atau serbuk oregano pun boleh je tabur. Saya takde semua tu. Makan simple gini je. Happy breakfast korang.

Selamat mencuba!

IKLAN