Ibu mana yang tak sayang anak? Dan ibu mana yang tak mahu beri yang terbaik untuk anak-anaknya? Tapi, bila cara didikan kita mula dipertikai, siapa tak terasa hati?

Itulah yang terjadi pada selebriti cantik dan penuh gaya, Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta, apabila segelintir netizen mempertikaikan pendekatannya dalam mendidik anak-anak.

“Tak Payah Jadi CCTV…, “Che Ta Bidas Teguran Netizen Tentang Cara Didik Anak

Ads

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Che Ta menegaskan, setiap ibu bapa pastinya mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak mereka.

Jangan sibuk nak tegur rumah tangga orang kalau diri sendiri pun tak betul. Zaman sekarang ini ramai yang acah-acah dekat media sosial seolah-olah mereka betul.

Tegur anak kita kenapa tak macam itu..kenapa tak macam ini.

Anak awak, ajarlah cara awak. Anak saya, saya ajar cara saya. Sibuk je nak atur hidup orang lain, awak jaga anak awak, saya jaga anak saya. Masing-masing besarkan anak ikut cara masing-masing sudah.

Justeru, aktres berusia 52 tahun itu menasihati warganet supaya jangan mudah untuk menilai kehidupan seseorang.

Ads

Ramai yang terpaling suci, terpaling nombor satu dan terpaling sempurna hidup mereka sampai sibuk nak cerca hidup orang lain.

Tak payah, jaga diri sendiri. Tak payah jadi CCTV hidup orang, fokus dengan hidup sendiri sahaja.

Bergaya Tapi Berdisiplin

Che Ta mungkin terkenal dengan gaya hidup glamor, tetapi beliau juga dikenali sebagai ibu yang sangat mengambil berat tentang pelajaran dan disiplin anak-anak. Dalam beberapa temu bual terdahulu, Che Ta pernah berkongsi bahawa walaupun anak-anaknya dilimpahi kemewahan, mereka tetap diajar tentang tanggungjawab, adab dan hormat orang tua.

Dalam satu kenyataan lain, Che Ta turut menyatakan bahawa dia dan suaminya, Zain Saidin, sering menitikberatkan aspek pendidikan serta pembentukan karakter anak-anak sejak dari kecil.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI