Tak Payah Masak Lama-Lama, Stok Bubur Nasi Guna Kaedah Pantas, Superb!

Share

Ibu yang kembali bekerja pastinya berdepan dengan pengurusan masa terutama dalam menyiapkan stok makanan anak di rumah pengasuh atau taska. Tak perlulah masa yang lama untuk masak nasi, langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Azira Abdullah ini pastinya dapat membantu.

Ada cara mudah yang dikongsikan olehnya iaitu dengan cara mengisar beras yang telah pun digoreng terlebih dahulu. Hasilnya bukan hanya lebih cepat masak, bahkan bubur jadi lebih sedap. Jom cuba!


Cara buat bubur nasi dan boleh buat stok beberapa hari. Saya buat untuk anak bujang saya baru masuk 6 bulan.

Ini cara mudah untuk ibu-ibu yang bekerja macam saya dan tak nak menunggu lama kan. Memang benda macam rumit tapi senang untuk esok harinya.

Basuh beras dan goreng sehingga air kering.

Pakai blender kering.

Lepas dah blender, tapis kan dia.

Lepas tu ambil 1 sudu saja, letak air kosong.

Lepas tu dah boleh rebus macam biasa. Masak lagi lama lagi sedap…tinggal atas masa kite free or tak.

Selebihnya boleh simpan dalam peti ais, nak guna baru ambil dan rebus.

Selamat mencuba!

3 Tip Pantas!

Antara cara lain yang ibu boleh usahakan untuk memasak bubur nasi dengan super pantas adalah dengan melakukan beberapa tip yang dikongsikan ini:

Kisar dan jemur
Kisar halus beras dan kemudian dijemur hingga kering supaya beras lebih sekata dan halus malah senang hendak dimasak.

Bekukan beras

Salah satu teknik yang boleh dicuba adalah dengan membekukan beras dan biarkan semalaman. Keesokkannya barulah bubur dimasak seperti biasa. Lagi pantas!

Letak bekas kecil

Membekukan beras dengan bekas yang dikecilkan antara salah satu teknik pantas. Jadi bubur tidaklah mengambil masa yang lama untuk dimasak.

Boleh beli set bubur dan bekas makanan anak di SINI.

IKLAN