Mak-mak pastinya buntu dan pening kepala memikirkan apa menu untuk dibawa ke jamuan sekolah anak sebelum cuti sekolah ini. Nak masak apa? Idea ringkas dan mudah pastinya jadi pilihan ibu bekerjaya.
Idea jagung rebus dengan susu yang dibungkuskan dalam bekas kecil ini mungkin memberi idea kepada ibu-ibu. Jom cuba perkongsian Pn Sunita Sabtu.
Jamuan anak di kelas kafa petang ni. Kita buat jagung susu letak siap-siap dalam bekas bagi sorang satu. Senang!
Isi jagung
Susu pekat
Sedikit mentega
Ads
Kukus isi jagung hingga lembut.
Masukkan ke dalam bekas bersama dan campurkan bersama sedikit mentega atau marjerin.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Siapa sangka? Walaupun gelaran Miss Universe Malaysia 2010, Nadine Ann Thomas, sudah diperolehi lebih 15 tahun lalu (iaitu pada tahun 2010) dan beliau mewakili Malaysia di peringkat global.
Kini beliau telah “terjun” secara serius ke dunia perkembangan kanak-kanak bukan sebagai ikon fesyen atau pengacara, tetapi sebagai pengasas dan Jurulatih Sensori Kanak-Kanak di Sensoria Kid yang terletak di Sri Hartamas.
Baru-baru ini, PA&MA berpeluang menemui beliau di lokasi pusat Sensoria Kid, pusat perkembangan miliknya menerusi sesi interaktif eksklusif bagi program ‘Dunia Si Manja’. Siapa sangka, figura ini beralih ke stimulasi perkembangan bayi!
Menemui ibu kepada dua orang anak ini, nyata yang melangkah ke dunia dunia rangsangan bayi, perjalanan Nadine Ann Thomas membuktikan perubahan yang bermakna dalam hidupnya.
Menerusi Sensoria Kid, beliau bukan sekadar melatih tapi ‘menerapkan’ kefahaman kepada ibu bapa perkemba gan anak sejak bayi lagi.
Nadine juga dikenali sebagai “Sensory specialist” dan menegaskan bahawa tiap pengalaman di zaman bayi dari gestur mudah hingga ke bunyi boleh membantu perkembangan minda bayi.
Sensoria Kid pula ditubuhkan sekitar tahun 2022, menjadi wadah utama untuk mendidik ibu bapa dan mempraktikkan pendekatan stimulasi sensori yang berkesan dan berdasarkan sains perkembangan bayi.
Rangsangan sensori bukan sekadar trend, tapi keperluan penting dalam tumbesaran bayi. Dari setiap sentuhan, bunyi, bau dan gerakan, otak bayi mula ‘membaca dunia’ — membina sambungan neuron yang menjadi asas kepada kemahiran motor, bahasa, fokus dan emosi apabila mereka membesar nanti.
Dalam satu sesi bermanfaat bersama Nadine Ann, menerangkan 4 aktiviti sensori paling ‘powerful’ yang boleh ibu bapa cuba sendiri di rumah, khas untuk bayi berusia 6 hingga 12 bulan. Yang penting, semua aktiviti ini mudah dan selamat! Jom lihat aktiviti ini!
1.Lagu & Gerakan Tangan (Action Song)
Lagu seperti Itsy Bitsy Spider bukan saja menyeronokkan, tapi mengaktifkan koordinasi motor, memori dan ikatan emosi antara ibu bapa dan anak. Bayi belajar meniru gerakan sambil merangsang pendengaran dan visual.
2.Puppet Show Pertunjukan Boneka Bertemakan Haiwan
Gunakan boneka comel seperti singa, zirafah atau gajah untuk main peek-a-boo! Ini bantu bayi faham object permanence dan galakkan tumpuan visual serta komunikasi awal. Puan Nadine cadangkan guna boneka kecil yang mesra tangan ibu.
3.Messy Play
Let baby explore oats, batang kayu manis, dan baby puffs — semua boleh diramas, dihidu dan disentuh. Aktiviti ini merangsang deria bau, sentuhan dan fine motor skills bayi. Jangan risau, bahan semua selamat kalau masuk mulut sikit-sikit.
4.Build A Jungle
Cipta suasana ‘hutan’ kecil di ruang tamu guna kain hijau, bunyi burung dari speaker, dan boneka haiwan. Bayi boleh belajar kaitkan tekstur dan bunyi dengan suasana. Ini teknik sensory immersion yang efektif untuk stimulasi otak. Serta gabungkan semua deria dalam satu ruang: muzik lembut, tekstur kain berbeza, aroma lembut dan cahaya malap. Baby akan lebih relaks dan dalam masa sama, otaknya aktif memproses pengalaman baru secara serentak.
Menurut Puan Nadine Ann, ibu bapa tak perlu mahal-mahal beli mainan canggih. Apa yang penting ialah niat untuk terlibat dan menyediakan pengalaman yang bermakna untuk anak. Setiap aktiviti ini adalah peluang merangsang otak anak anda sekaligus membuka jalan untuk perkembangan menyeluruh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran cahaya mata sememangnya banyak mendidik kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Mereka dapat mengubah sikap negatif ibu ayahnya ke arah yang positif. Bukan mudah untuk melalui fasa perubahan dari hidup berseorangan, kemudian berdua dan akhirnya mendapat anugerah terindah dari Allah SWT.
Tanggungjawab berat ini disertai rasa bahagia dan amanah berat untuk dipikul bersama-sama dengan pasangan. Anak pertama terutamanya ibarat permata yang menjadi bukti kasih sayang suami dan isteri. Seterusnya bila dapat anak-anak yang lain, ia menjadi penguat kepada kasih sayang dan keharmornian rumah tangga.
Video yang dikongsikan melalui akaun TikTok robycooks yang menunjukkan suaminya yang bertemu serta memegang anak sulung mereka buat kali pertama menarik perhatian warganet.
“Time ni bersalin, suami tak boleh teman. Tu suara penat semacam je 😌”.
Dapat dilihat lelaki ini sedang berjalan menuju ke arah isteri dan bayinya. Riak wajahnya yang tampak sedikit cemas adalah sesuatu yang normal bagi seorang lelaki yang pertama kali bergelar seorang ayah.
Jom tonton video ini;
Sempat juga dia bertanya pada isterinya bagaimana untuk mengangkat anak mereka itu,
“Macam mana nak buat ni yang? Takut..”
Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan warganet;
Sambil dibimbing isterinya, lelaki ini dengan berhati-hati mencuba untuk mendukung bayi mereka diiringi dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.
Tambah sweet, sebaik sahaja berjaya mendukung anaknya lelaki itu terus memanggil bayi tersebut dengan nama Zehra dan memperkenalkan dirinya sebagai Ayah.
Fasa anak membesar sangat cepat. Dari sehari ke sehari sedar-sedar anak sudah besar. Dari pandai senyum, tahu-tahu dah boleh berjalan dan berlari.
Biasanya usia 6 bulan ke atas, anak mula untuk meneroka sesuatu yang baru. Tempoh ini ibu bapa perlu siapkan mental dan fizikal kerana anak makin lasak.
Bukan itu saja, gambar dan video kenangan anak-anak juga akan menjadi kenangan untuk tatapan pada masa akan datang.
Seperti perkongsian pelakon dan usahawan, Fizo Omar di instagramnya, dia berkongsi mengenai gelagat anak perempuan keduanya iaitu Wan Khaleeda yang kini berusia enam bulan.
Dalam video yang dimuat naik itu, gelagat comel Khaleeda sedang menghisap jari bayi lelaki di sebelahnya sangat mencuit hati.
Reaksi Khaleeda ketika menghisap jari bayi lelaki yang dipanggil Noh itu seolah-olah Khaleeda menghisap jarinya sendiri. Bersungguh-sungguh sekali dia menghisap jari tersebut walaupun ditegur daddynya.
“Sekali sekala Khaleeda tukar selera,” tulis Fizo di ruangan kapsyen.
Apa yang menarik perhatian, Noh seolah-olah reda dengan tindakan Khaleeda dan membiarkan Khaleeda mengulum jarinya.
Bukan itu saja, setelah beberapa minit anak dara Fizo menghisap jari Noh, barulah bunyi tangisan Noh. Namun reaksi Khaleeda yang tergelak bila mendengar Noh menangis buat ramai yang geram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat anak kepada pasangan Fizo Omar dan Fazeera Nazri.
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.