Penangan roti yang satu ini sememangnya cukup hebat. Dek kerana keinginan untuk merasa, ada sesetengah daripada kita yang sanggup mencari di kedai yang agak jauh semata-mata untuk menikmati roti viral ini.
Sekali mencuba, pasti antara untuk cuba membuatnya pula. Cara membuatnya yang cukup mudah membuatkan terdetik hati untuk mencuba buat keluarga pula. Pun begitu, proses menguli sememangnya mengambil masa yang agak lama. Jangan bazirkan masa sebaliknya cuba resipi ekpress yang dikongsikan oleh Nor Emiza Suartam ini. Hanya gunakan roti burger dan kemudiannya diolah menjadi Garlic Bread Korean Cheese. Memang superb!
Nak tahu bagaimana caranya, jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh beliau.
Roti viral…Garlic Bread Korean Cheese. Guna roti burger je senang dan cepat. Yang penting menjadi dan sedap.
Untuk inti krim cheese:
Krim cheese 250gm -biarkan pada suhu bilik
Susu pekat 3 sudu makan
2 sudu makan whipping krim @ susu cair
Sedikit jus lemon @ limau
*Ketiga tiga bahan ni kacau dalam bekas sampai sebati. Bila dah elok sebati dan nampak licin masukkan dalam pipping beg.
Ads
Untuk butter garlic:
Butter 250gm -cairkan
7 ulas bawang putih -kisar
1 sudu susu pekat
Telur sebiji
Daun parsley kering
Cairkan butter dalam periuk. Bila dah cair masukkan bawang putih kisar dan susu pekat kemudian kacau. Kemudian ketepikan. Bila dah sejuk baru masukkan telur dan daun parsley. Kacau sebati dan ketepikan.
Proses yg terakhir, masukkan adunan krim cheese tadi dalam roti yang telah dibelah tadi. Kemudian celupkan roti ke dalam bancuhan butter garlic. Celupkan bahagian atas sahaja. Biarkan roti terendam sekejap agar butter dapat meresap dalam roti.
Ads
Kemudian boleh la bakar dalam oven ikut kesesuaian suhu oven masing-masing. Saya guna suhu 170 dalam masa 15 minit atau sampai roti tu nampak garing.
Selamat mencuba.
Ads
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Oat memang baik untuk si kecil mama, banyak khasiat yang terkandung di dalamnya yang baik untuk tumbesaran si kecil. Tapi kadang tak tau apa hidangan yang boleh mama sediakan menggunakan oat untuk dimakan oleh si kecil.
Jom cuba resepi daripada Mommy Yuyu menggunakan oat. Nampak mudah dan menyelerakan!
Hello Mommies,
Anda tau tak oat baik untuk bayi dan kanak-kanak?
5 kebaikan Oatmeal!
* Tinggi dengan Serat dan Nutrien. Oatmeal adalah makanan kaya serat, magnesium, zat besi dan zink yang tinggi
* Lembut untuk penghadaman
* Mencegah sembelit
* Diadun baik dengan makanan lain
Ok jom mulakan
Anda kena sediakan:
1 sudu besar minyak zaitun
Bawang putih dan bawang merah (untuk menumis)
Lobak merah (bergantung banyak mana, boleh tukar sayur lain)
Mushroom seasoning (untuk anak bawah 2 tahun boleh skip)
Isi ayam
1 biji telur
2 sudu besar oat
2 sudu besar keju cheddar
serbuk lada hitam secukup rasa (optional)
Cara memasak:
Bakar dalam air fryer dengan suhu 190 darjah selama 10 minit. Jika gunakan oven, mama boleh selaraskan suhu.
Boleh blend atau tumbuk saja bahan tumis tadi.
Untuk melihat video cara memasak boleh klik Instagram MommyMed..Selamat mencuba mama!Nak balik kg ni boleh la bawa bekal hehe
Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Roti canai antara sajian sarapan kegemaran ramai termasuk anak-anak. Lebih enak kalau dihidang bersama kuah kari serta sambal yang power! Kalau mama nak buat sendiri roti canai untuk keluarga, boleh ikuti resipi ini.
Resipi ini sesuai untuk anak berumur 3 tahun ke atas kerana terdapat garam, gula di dalam bahan adunan. Bagi anak yang mempunyai alahan terhadap telur, roti ini sesuai kerana tiada telur dalam bahan adunanya.
ROTI CANAI (tanpa telur)
Bahan-bahan;
*1 sb gula
*1 sb susu pekat
*1 sb planta ( cairkan dalam kuali )
*1 sudu kecil kfc garam
*1 cawan air sejuk dari peti
4 cawan gandum
Cara penyediaan;
Sebatikan smua bahan bertanda untuk bagi gula larut, pastu masukkan gandum sedikit-sedikit sambil tu uli. Uli sampai sampai doh jadi licin. Lepastu bulatkan ikut besar mana kita nak.
Agak-agak la, saya buat dapat 10 biji. Nak besar lagi boleh buat 8 biji je. Lepas tu sapu minyak, sebenarnya minyak tu sikit je, tapi bila dah tengelam roti tu nampak macam banyak.
Dalam 3-4 jam dah boleh goreng. Masa tebar dengan goreng minyak tak perlu guna banyak sangat dah. Cara tebar boleh google. Saya pun blajar dari google tapi tak. Saya pun tak berapa pandai jugak… Tapi suka mencuba… So selamat mencuba la semua yea…😊
Sumber: Rohani Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menghasilkan nuget daripada isi ayam bersama campuran tepung mungkin sudah terbiasa. Namun nuget dengan campuran bahan utama iaitu isi ayam dan kepingan roti gardenia ini cukup menarik untuk disediakan pada anak-anak kita. Jadi lebihan roti gardenia janganlah dibuang, sebaliknya buatkan nuget homemade ini.
Menariknya resipi nuget yang dikongsikan oleh Fafae Mimie ini cukup mudah malah rasa dan tekstur nuget yang dihasilkan juga lebih lembut dan sedap. Hanya rendamkan roti dengan susu dan kemudiannya dikisar bersama bahan lain. Jom cuba resipi mudah ni.
Minum petang, nuget ayam homemade. Buat lebih, frozenkan. Esok sarapan goreng ni je.
Susu segar dlm 100 ml
Roti
Bread crumb/ tepung tempyra
Rendam roti dalam susu selama 10 minit.
Blend semua.
Kukus dalam 20 minit dan potong.
Cara salut dengan 4 bahan ni.
1. golek nuget kat telur 2. golek nuget kat tepung (tepung gandum 2 sudu +1 sudu tepung beras) 3. golek balik dalam telur 4. golek kat breadcrumb
Ni pulak salutan tempura, saya guna tepung tempura bestari je.
Sedia untuk digoreng, boleh frozenkan jugak!
Siap!
EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING
Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.
Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.