Baru mencecah usia lima tahun, namun anak sudah dipaksa untuk menulis dengan baik malah cantik dan kemas. Hal ini sepatutnya tidak perlu berlaku kerana setiap anak-anak punya perkembangannya sendiri.

Menurut Pn Mariam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist di BEYOND Home Therapy, anak-anak mempunyai peringkat dan perkembangannya sendiri dalam menulis. Jadi jika anak sudah pandai menulis tetapi tidaklah cantik dan sekemas anak-anak yang lain, itu tidak mengapa. Ini perkembangan anak-anak kecil kita dari usia dua tahun yang mak ayah perlu tahu.

Tak Penting Pun Tulisan Tak Cantik Di Usia 5 Tahun, Janji Anak Capai Perkembangan Sepatutnya, Memadai!


UMUR 5 TAHUN MENULIS CANTIK DAN KEMAS?

Betul ke anak umur 5 tahun sepatutnya dah pandai menulis cantik dan kemas? Tangkap layar dari komen seorang ibu di Facebook saya. Jom bincangkan.

Pertama sekali, sebelum kita terjah ke perkembangan menulis. Ada banyak lagi komponen yang perlu dilihat. Iaitu:
1. Perkembangan motor halus.
2. Perkembangan kognitif.
3. Perkembangan pra-menulis.

Yang terakhir barulah perkembangan menulis. Isu menulis, membaca dan mengira (3M) ini memang isu yang hangat sejak dari dahulu lagi. Jadi, saya rasa penting untuk beri pencerahan yang jelas kepada semua mak ayah berkaitan isu ini.

Tak Penting Pun Tulisan Tak Cantik Di Usia 5 Tahun, Janji Anak Capai Perkembangan Sepatutnya, Memadai!

1. PERKEMBANGAN MOTOR HALUS

2 Tahun:
Bina 6-7 tingkat bangunan blok. Guna sudu dan garfu dengan baik.

2 Tahun 6 Bulan:
Bina 8 tingkat bangunan blok. Menconteng dengan mengengam pensil.

3 Tahun:
Bina 9-10 bangunan blok. Membutang dan membuka butang.

4 Tahun:
100% memakai pakaian tanpa bantuan kecuali mengikat tali.

IKLAN

2. PERKEMBANGAN KOGNITIF (PIAGET)

0-2 Tahun (Tahap Sensorimotor)
Belajar menggunakan deria iaitu melalui penglihatan, pendengaran, sentuhan ataupun menghisap.

2 – 7 Tahun (Tahap Pra-Operasi)
Belajar menggunakan simbol dan bahasa termasuk huruf dan nombor.

3. PERKEMBANGAN PRA-MENULIS

2-3 Tahun
Garisan lurus menegak dan melintang

3 Tahun
Melukis bentuk bulat

4 Tahun
Meniru bentuk silang
Melukis bentuk petak

4 Tahun 6 Bulan
Melukis garisan diagonal

5 Tahun
Melukis bentuk pangkah (X) dan segi tiga

IKLAN

Tak Penting Pun Tulisan Tak Cantik Di Usia 5 Tahun, Janji Anak Capai Perkembangan Sepatutnya, Memadai!

Kalau lihat 3 jenis perkembangan ini tidak ada satu pun yang mengatakan anak umur 5 tahun sepatutnya sudah menulis cantik dan kemas. Betul tak?

Sebab memang tidak ada langsung ya. Kalau ada mohon maklumkan saya. Kalau betullah dakwaan tersebut, memang ramailah anak-anak yang akan dirujuk kepada Occupational Therapist untuk masalah perkembangan.

*Sekiranya mak ayah perasan anak dah terlewat 6 bulan dari perkembangan di atas, mohon dapatkan bantuan awal ya. (Untuk JB atau Selangor, boleh hubungi BEYOND Home Therapy )

Sehingga kini tidak ada langsung kajian yang membuktikan:

“Anak yang pandai menulis dan membaca di awal usia lebih berjaya semasa dewasa”

Tak Penting Pun Tulisan Tak Cantik Di Usia 5 Tahun, Janji Anak Capai Perkembangan Sepatutnya, Memadai!

Yang ada cumalah kajian yang membuktikan “anak yang pandai membaca semasa umur 8 tahun lebih berpotensi mendapat sijil sekolah menengah”.

IKLAN

Kalau anak boleh menulis dengan cantik dan kemas semasa umur 5 tahun, hatta semasa 3 tahun pun. Tahniah! Tetapi ia bukanlah mengambil kira purata perkembangan anak.

Pernah ada seorang guru tadika menceritakan kepada saya tadika tempatnya bekerja memaksa anak seumur 2 tahun untuk duduk belajar membaca untuk capai target umur 3 tahun dah pandai menulis dan membaca.

Secara jujurnya, saya terkejut dan sedih sebab anak umur 2 tahun dah “dipaksa”. Saya tak pernah nak kecam mak ayah yang ajar anak 3M awal kalau anak dah betul-betul bersedia dan menunjukkan kebolehan awal.

Tak Penting Pun Tulisan Tak Cantik Di Usia 5 Tahun, Janji Anak Capai Perkembangan Sepatutnya, Memadai!

Cuma, pendapat saya tak patut mak ayah dan guru pukul rata semua anak tanpa melihat dari sudut pandang perkembangan penting yang lain juga. Jangan disebabkan 10 anak yang dilihat “boleh buat”, kita nak jangkakan semua anak boleh buat sebab setiap anak berbeza.

Ada yang ada kelebihan lebih pada skil tangan, ada yang lebih pada skil mendengar, skil melukis, berimaginasi dan sebagainya.

Untuk memberi “diagnosis” tahap perkembangan menulis anak “tak cantik dan kemas” seperti anak-anak lain, pendapat saya terlalu berat untuk si anak.

Tapi ini mungkin sesetengah tempat sahaja, kini banyak dah tadika yang mengamalkan konsep belajar sambil bermain dan mementingkan kesediaan menulis dan membaca sebelum mengajar.

Saya pasti ada juga sesetengah tempat yang terpaksa ajar anak cepat bagi memenuhi permintaan mak ayah yang mahukan,

“Anak cepat baca, kira dan ngaji”

Apabila anak tak capai target mak ayah, guru pula dipersalahkan tetapi yang menjadi mangsa adalah anak itu sendiri.

Kadang-kadang kita lihat anak kawan-kawan lain umur 3-4 tahun dah pandai membaca dan menulis memanglah terbit di hati “anak aku lambat ke” tapi saya mohon mak ayah berpeganglah pada perkembangan dan kesediaan anak. Anak pandai awal tak menjanjikan keberjayaan anak di masa akan datang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI