Baru-baru ini Mead Johnson Nutrition telah menamatkan kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’ dengan memberi penghormatan kepada enam Wira Tempatan dalam satu acara maya. Kempen ini dilancarkan di bawah jenama susu formulasi dewasa baharu Mead Johnson Nutrition – PROVITAL Immuna Plus dalam usahanya untuk menyokong kesihatan para wira tempatan ini yang banyak berbakti kepada masyarakat. Acara maya tersebut dirasmikan oleh Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Puteri Sultan Selangor, sempena Hari Malaysia.

Tak Pentingkan Diri, Suka Bantu Orang Lain. Banggalah Dengan Semangat Rakyat Malaysia Ini!
Acara maya bagi kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’ dihadiri oleh Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah (tengah atas), Gonzalo Balcazar (tengah kiri, berdiri), Dr Kent Woo Chee Keen (tengah bawah), juruacara Xu Zhen Ru (tengah kanan, berdiri) dan Wira-wira Tempatan (kiri dan kanan)

Beri Penghargaan Kepada Wira Tempatan

Kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’ bertujuan meraikan dan memberi penghargaan kepada wira tempatan yang banyak membuat perubahan positif kepada masyarakat menerusi usaha murni yang dilaksanakan oleh mereka. Keenam-enam mereka telah dicalonkan oleh orang ramai.  Kesemua wira tempatan ini adalah Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, Adrian Pereira, Esther Chit, Aunty Jenny, Har Yin Geong, dan Siamy Tan.

IKLAN
Tak Pentingkan Diri, Suka Bantu Orang Lain. Banggalah Dengan Semangat Rakyat Malaysia Ini!
Enam Wira Tempatan bagi kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’

“Mead Johnson Nutrition memang sentiasa menyokong usaha menjaga kesihatan badan dan masyarakat. Kami kagum dengan kegigihan luar biasa kesemua wira tempatan ini yang telah menabur budi kepada masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, sejajar dengan wawasan PROVITAL Immuna Plus untuk memupuk masyarakat Malaysia yang lebih sihat, kami ingin memberi penghargaan kepada wira-wira ini dengan melindungi kesihatan mereka, ”  jelas Gonzalo Balcazar, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Vietnam.

Mead Johnson Nutrition Sumbang 1,000 Pek PROVITAL Immuna Plus

IKLAN

“Walaupun ramai yang telah menyokong wira-wira kita dalam pelbagai cara, kita tidak harus lupa untuk menjaga kesihatan mereka supaya badan mereka lebih kuat dan sihat untuk meneruskan misi membantu masyarakat. Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia untuk menyumbang 1,000 pek PROVITAL Immuna Plus yang mengandungi nutrien untuk menyokong kesihatan imun keluarga-keluarga yang memerlukan agar mereka kekal sihat dalam masa yang mencabar ini, ” tambah Gonzalo.

Tak Pentingkan Diri, Suka Bantu Orang Lain. Banggalah Dengan Semangat Rakyat Malaysia Ini!
: Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah (kiri) selaku Pengerusi Yayasan Food Bank Malaysia menerima sumbangan susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus daripada Gonzalo Balcazar (tengah, berdiri)

Di dalam acara itu juga, Dr Kent Woo Chee Keen, Perunding Perubatan, Pakar Alergi dan Imunologi Gleneagles Hospital Kuala Lumpur turut melahirkan rasa bangganya melihat rakyat Malaysia bersungguh-sungguh untuk membantu satu sama lain dalam situasi sekarang tanpa mengabaikan kesihatan mereka.

IKLAN

“Orang ramai perlu memahami kerja sosial boleh memberi kesan kepada badan kita dan seharusnya meningkatkan kesedaran tentang cara untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan daya tahan. Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mencontohi Wira-Wira Tempatan kita dengan menjaga diri dan orang terdekat mereka,” ujar Dr Kent lagi.

**Sumber foto (top image): www.shutterstock.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI