Selepas selamat melahirkan bayi keduanya pada 30 Mac lepas, pelakon Nad Zainal kini menjalani proses berpantangnya dengan cukup selesa sambil dibantu oleh confinement lady sepanjang berpantang.

Menerusi Instagramnya, Nad dilihat sering berkongsi beberapa gambarnya bersama Baby Budi Kalsom ketika melalui proses berpantang. Namun perkongsian Nad mengenai kelahiran bayi keduanya itu melalui pembedahan menarik perhatian wargamaya.

Kata Nad, samada melahirkan secara normal atau melalui pembedahan, sakit dan nikmat melahirkan anak tetap sama. Jadi tidak perlu membanding-bandingkan. Begitu kata Nad melalui Instagramnya.

“Merana lepas czer? Boleh ke pantang normal?

“Assalamualaikum, ok pertama sekali tak kisahlah ibu melahirkan secara normal mahupun pembedahan, tak perlulah dibanding-bandingkan, kerana semua melalui nikmat dan sakit yang sama,” luahnya berkongsi.

Namun kata Nad lagi, biarpun melalui kepayahan yang sama ketika melahirkan, namun berbeza ketika menjalani proses berpantang seperti yang dilaluinya kini.

IKLAN

“Dan bila time berpantang pula, ada beza, yang normal boleh tangas, yang czer tidak.

“Yang normal 1st day pantang dah boleh berbengkung, yang czer kalau boleh tunggu luka kering.

“Tapi…..kalau bertungku, haaaa boleh!! Cuma, area perut tak boleh… tapi selalunya after czer selalu lenguh pinggang tau mommies,” tulisnya lagi.

 

Malah kata Nad menerusi video yang dikongsikannya sambil mempromosikan tunku elektrik, dia sendiri merasai kesakitan yang sama, lenguh-lenguh di bahagian pinggang.

IKLAN

” Saya hari tu, bersalin melalui pembedahan, kadang-kadang saya punya pinggang tu rasa sakit.

“Sebab kesan epidural tu buat saya rasa tak selesa rasa lenguh-lenguh,” katanya berkongsi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata para pengikut Nad turut berkongsi kisah dan pengalaman mereka yang pernah melalui kelahiran berbeza iaitu secara normal dan pembedahan. Malah turut berkongsi beberapa tip berpantang, seperti yang dialami Nad.

Semoga urusan berpantang Nad dipermudahkan dan teruslah berkongsi kisah Baby Kalsom yang mempunyai nama cukup indah dan unik.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

Terdahulu, Nad selamat melahirkan bayi keduanya itu pada 30 Mac lalu menerusi pembedahan. Nad turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Fahad Ibrahim yang kini sudah pun berusia lima tahun.

Artikel berkaitan: Sedapnya Nama Cik Som, Unik & Cukup Indah, Budi Kalsom Pilihan Nama Nad Zainal Buat Puterinya

Tahniah Nad Zainal, Selamat Bersalin Anak Kedua, Akui Gementar 5 Tahun Tak Ada Baby

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @nad.zainal