Bila anak masih lagi tidak bercakap pada usianya mencecah dua tahun, mulalah kita bimbang. Namun pelbagai cara dan ransangan yang cuba dilakukan, anak masih tak menunjukkan tanda-tanda untuk bercakap. Apa mak ayah nak buat?
Paling penting kata Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Aisyah Kassim, elakkan menggunakan tujuh kaedah ini. Mak ayah perlu tahu.
7 KESILAPAN BILA AJAR ANAK CAKAP
“Stressnya rasa dah ajar anak cakap tapi dia masih tak sebut..”
“Saya rasa dah banyak dah cakap dengan anak, tapi kenapa dia tak nak cakap jugak..”
Jom check ada atau tidak kita buat 7 kesilapan ni bila ajar anak cakap. Memangg kadang-kadang kita rasa dah bercakap banyak, tapi mungkin ada teknik yang salah kita buat.
Ads
1. Paksa anak sebut terus
Jika anak tak terus sebut bila kita ajar, jangan pula kita stress dan putus asa sebab mereka perlu serap dulu apa yang kita cakap.
2. Tidak menguji kefahaman anak terlebih dahulu
Kena biar anak faham dulu. Mereka kena faham dulu setiap perkataan tu merujuk kepada apa, objek, perbuatan, sifat dan lain-lain.
3. Minta anak ulang banyak kali
Tak perlu minta anak cakap ulang kali sebaliknya tambahkan perkataan baru untuk anak.
Ads
4. Tanya soalan banyak-banyak
Bertanya soalan yang terlampau banyak tak membantu anak bercakap lebih. Dari bertanya soalan, lebih baik berikan anak jawapan.
5. Tak banyak ulangan
Biar cakap berulang untuk anak faham dan ingat.
6. Intonasi tak best
Buatlah intonasi yang menarik supaya anak boleh mendengar dan beri tumpuan.
Ads
7. Cakap panjang-panjang
Gunakanlah ayat yang pendek dan simple untuk anak mudah pick up dan ingat perkataan.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada hari raya ke-5 tahun lepas ketika usianya 4 bulan, saya sekeluarga dianugerahkan seorang anak angkat tanpa disangka-sangka. Bayi yang dinamakan Muhammad Arfan adalah anak dari perkahwinan campur dua bangsa iaitu Melayu dan Cina. Oleh kerana kesempitan kewangan dan keadaan persekitaran yang tidak kondusif untuk membesarkannya, keluarga Arfan memilih untuk melepaskannya di bawah jagaan kami.
Prosedur Penyerahan
Prosedur penyerahan anak angkat tidaklah rumit kerana keluarga kandung bersetuju tanpa sebarang bantahan. Setelah perbincangan dibuat dan sebulat suara bersetuju, saya dan ibu kandung mengisi borang JPN AA07 (Surat Akuan Berkanun: Surat Keizinan Pengangkatan).
Surat ini perlu ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah supaya ianya dapat disahkan. Setelah Arfan dibawa pulang ke rumah, kami perlu memaklumkan kepada pejabat JKM terdekat tentang pengambilan anak angkat ini dan mengisi Borang 12.
Satu surat sokongan akan diberi oleh JKM supaya saya dapat memelihara anak ini secara sah. Dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan kebenaran dari pihak JKM ialah salinan slip gaji, salinan kad pengenalan suami isteri, salinan kad pengenalan ibubapa kandung dan salinan surat nikah kami suami isteri.
Urusan di JKM juga tidak lama. Hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Borang 12 ini kami perlu pegang selama 2 tahun sebelum dapat kami memohon sijil anak angkat yang sah dari JPN.
Kos Penjagaan
Arfan hadir dalam hidup kami tanpa diduga. Saya tidak pernah mencari anak angkat kerana saya sendiri sudahpun memiliki tiga anak kandung dan semuanya sedang bersekolah.
Namun begitu saya anggap ini adalah amanah dari Allah kerana memelihara anak angkat ini besar tanggungjawabnya. Kami cuba menyediakan segala yang terbaik untuk Arfan termasuklah membeli insurans pelindungan kesihatan untuknya. Ketika kami mengambil Arfan, dia dibawa pulang sehelai sepinggang.
Kos untuk kami menyediakan segala kelengkapannya dalam masa singkat mencecah hampir RM7 ribu. Ini termasuklah buaian, katil bayi, pakaian, stroller dan barangan bayi yang lain. Alhamdulillah, rezekinya sentiasa ada di rumah ini dan sentiasa dimanjai. Arfan menjadi buah hati kami sekeluarga dengan keletah yang menggelikan hati. Semakin besar semakin lasak dan mengarah-ngarah bak putera raja.
Pengalaman Menjaga Anak Angkat
Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ketika mula-mula memelihara Arfan ialah perubahan waktu tidur. Selama ini kami sekeluarga tidur lena waktu malam tanpa gangguan. Tetapi sejak ada anak kecil ni, semua terpaksa berjaga 3 jam sekali kerana terdengar tangisan laparnya. Oleh kerana sudah berbulan tak cukup tidur dan lingkaran bawah mata semakin hitam, saya pernah bertanya pada doktor, ada ubat tidur untuk bayi tak? Haha. Mujurlah doktor memahami keadaan saya dan mencadangkan saya menukar susu formula bayi kepada yang paling kurang gula. Sahabat di facebook juga memberi tips supaya saya lakukan urutan aromaterapi pada bayi untuk menenangkan dia supaya mudah tidur.
Saya tahu ramai sahabat saya yang masih belum memiliki cahayamata tercari-cari anak angkat untuk melengkapkan keluarga. Apabila mereka tahu saya diberikan anak angkat walaupun sudah mempunyai zuriat sendiri dan fizikal saya pula cacat, ramai mempersoalkan kelayakan saya. Anak ini adalah anugerah dan amanah dari Allah. Apabila Allah percaya akan kemampuan kita untuk memelihara dan mendidik seorang anak kecil, Allah akan hadirkan mereka ke dalam dakapan kita. Menjaga anak angkat dan anak sendiri sama sahaja ujian dan keseronokannya. Yang penting ialah kita berlaku adil kepada kesemuanya.
Tip Penjagaan Anak Angkat
Sekiranya ada pasangan yang mahu mengambil anak angkat, saya boleh beri tips ini. InsyaAllah akan dipermudahkan. Santunilah anak-anak yatim sekerap yang boleh, seikhlas hati. Sebelum saya dianugerahkan anak istimewa ini, saya kerap membantu anak-anak yatim dan anak tak sah taraf di rumah perlindungan remaja hamil. Rasa kasih saya terhadap anak-anak ini membuka pintu rezeki pada keluarga kami untuk menerima seorang cahayamata yang cukup sempurna di hati kami. Cubalah, semoga Allah memakbulkan doa kalian yang sabar menanti.
Penjagaan anak angkat dan anak sendiri adalah sama. Apa yang anak kandung saya dapat, Arfan juga dapat yang sama (mungkin lebih sikit sebab dia bongsu). Kesemua anak-anak saya termasuk Arfan dilindungi insurans, diberi keselesaan yang sama dan InsyaAllah pendidikan yang terbaik supaya apabila dia dewasa kelak, dia dapat membantu keluarga kandungnya keluar dari kesempitan hidup.
Niat saya memelihara anak angkat ialah untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarganya, menyediakan kediaman yang selesa baginya untuk membesar, memberi pendidikan yang terbaik dan membentuk dia menjadi insan yang tinggi empati. Saya mengharapkan dengan segala usaha yang saya lakukan ini, Arfan boleh berjasa kepada orang tuanya kelak dan memberikan yang terbaik untuk mereka pula.
Di dalam Al Quran sudah ditegaskan bahawa hubungan di antara anak dan keluarga kandungnya tidak boleh dirahsiakan mahupun dipisahkan (Surah Al Ahzab ayat 4-5). Terma yang digunakan di dalam Islam untuk pengangkatan dipanggil ‘kafala’, yang bermaksud memberi makan. Itulah amanah dan tanggungjawab penjaga (ibubapa angkat) yang sebenar dalam Islam.
Walaupun kita mengambil tanggungjawab memelihara anak ini, tetapi hukum agama perlu dipatuhi;
* Anak angkat akan tetap ber’bin’kan ayah kandungnya (jika perkahwinan didaftarkan) atau ber’bin’kan antara 99 nama Allah jika anak itu tak sah taraf. Nama ibu kandung juga tidak akan diubah kepada nama ibu angkat walaupun anak itu jadi anak susuan.
* Anak angkat akan mewarisi harta dari sebelah keluarga kandungnya sahaja dan bukan dari keluarga angkat. Jika anak itu tak sah taraf, maka dia hanya akan mewarisi harta pusaka dari sebelah ibu kandungnya sahaja. Jika anak angkat mewarisi harta dari keluarga kandungnya, ibubapa angkat tidak berhak mengambil atau menuntut harta itu dari mereka.
Dalam kita bersungguh mahu memelihara anak angkat, kita perlu bersedia dengan pelbagai cabaran dalam membesarkan mereka. Anak yang lahir itu mungkin ada penyakit yang sukar diubati atau masalah pembelajaran yang memerlukan penglibatan kita yang berterusan. Apa pun latar belakang anak ini, yang mencorakkannya adalah kita. Bagaimana cara kita mendidik mereka dan keadaan persekitaran anak ini membesar yang akan membentuk karakter dan kejayaan masa depan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasaan cepat takut atau risau pada ibu bapa akan ‘dipindahkan’ pada anak, ini faktanya. Apabila ibu bapa berasa takut atau risau, kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan dan kerisauan itu kepada anak juga.
Perkongsian dari Perunding Keibubapaan Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar ini menjelaskan situasi kenapa anak jadi penakut dalam situasi berbeza. Jangan salahkan anak lagi tapi tengok diri kita dulu.
Apabila anda cemas dan ‘anxious’ dengan subjek MATEMATIK dan anda juga sering menceritakan betapa susahnya Matematik di hadapan anak, kemungkinan besar anak juga akan menyerap ‘anxiety’ anda dan melihat subjek itu sebagai sesuatu yang sangat susah tanpa berusaha terlebih dahulu.
Apabila anda menekan dan memaksa anak kerana cemas anak belum boleh MEMBACA pada usia 6 tahun, kemungkinan besar anda juga akan memindahkan rasa cemas dan ‘anxiety’ anda itu kepada anak. Tindakan yang sebegini tidak menjadikan anak cepat membaca malah menyebabkan tekanan kepada anak dan diri anda.
KANAK-KANAK TIDAK MEMPUNYAI RASA TAKUT DAN MEREKA JUGA MEMPUNYAI SIFAT INGIN TAHU YANG TINGGI TERHADAP PERSEKITARAN MEREKA. FOBIA ATAU KETAKUTAN TERHADAP SESUATU AKAN WUJUD DALAM DIRI KANAK-KANAK SEKIRANYA KANAK-KANAK ITU MELALUI PENGALAMAN YANG NEGATIF ATAU TRAUMATIK. SELAIN ITU FOBIA JUGA DIPELAJARI DARIPADA KETAKUTAN YANG DITUNJUKKAN OLEH AYAH ATAU IBU TERHADAP SESUATU.
Anak-anak menjadikan ibu bapa sebagai panduan ketika berhadapan dengan sesuatu. Jika ayah atau ibu kelihatan cemas, takut dan ‘anxious’, anak akan membuat kesimpulan bahawa situasi itu membahayakan, tidak selamat dan memerlukan perlindungan.
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa tindak balas kita menyebabkan kita ‘memindahkan’ fobia, ‘anxiety’ dan stres kepada anak-anak. Ada anak yang mungkin tidak terpengaruh tetapi ada anak yang akan terkesan dengan tindak tanduk kita.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.